Posts

Jantung

Hai jantung hati! Aku sedang mabuk.. Mabuk rindu dekat engkau.. Aku pasti engkau juga merindukanku.. Tak usah kau nak kata aku perasan dan tak usah kau menafikannya. Tapi jika benar engkau tidak merinduiku. Maka, aku minta hati ini tidak merinduimu juga.  So, aci la.. 

Kembalilah

Hati tenang dan senang bila dapat bertemu mata. Borak-borak sampai lupa untuk pulang. Aku selalu takut untuk pulang sebab kalau kita berjarak pasti ada saja yang tidak kena. Kadang aku tidak faham mengapa engkau seperti chipsmore, kadang ada kadang hilang dari radar. Tidakkah kau kasihan padaku yang sedang merisaukanmu? Setidakkanya ceritalah kepadaku kalau ada sesuatu yang mengganggu fikiranmu.  Disaat tidak ada khabarmu, ku tarik nafas tenangkan diri dan cuba berfikir positif kerana itulah satu-satunya cara untuk aku tidak menangis memikirkanmu.  Biarlah, mungkin kau perlukan ruang dan tidak perlukan aku sama sekali.  Andai dirimu sudah tenang, kembalilah dan berceritalah kepadaku.

Yang mengasihimu

Hai Cinta. Entah mengapa ada saja tingkah kita.  Kalau kau masih ragukan cintaku  Dengarlah lagu " sumpah dan cinta matiku" Begitulah perasaan aku terhadapmu. Tapi kalau aku ragukan cintamu tahu tak apa yang aku buat?  Aku tidak kisah, asalkan aku tahu aku ikhlas denganmu, suatu hari andai engkau benar-benar tulus Allah akan yakinkan aku dengan cintamu.

Perindumu

Hai Cinta..  Kalau tak bertemu, macam-macam sengketa dalam fikiran.. Kita pon ikut otak kita, ketepikan perasaan. Kadang kata-katamu lantang menusuk hati. Biarkan aku dengan airmata.  Selalu ada saja kesalahfahaman, Cuba lihat langit di atas sana, tersenyum melihat tingkah kita, selalu ada peristiwa yang membawa pertengkaran. Ye, macam lagu siti.  Bila bertemu mata, baru tahu ada manisnya. Tidaklah sepahit berjauhan.  Semoga terus manis walaupon kita tahu kehidupan tak selalunya manis. 

Pemujamu

 Hi cinta Aku pemujamu. Tersenyum aku ketika mengenangkanmu di awal pertemuan kita. Aku paling lemah dengan pandangan matamu yang mempesona. Bila rindu menyapa, sedih pon datang. Bermacam soalan di fikiran, tidakkah kau merindukanku sebagaimana aku merindukanmu?  Doaku moga engkau ada rasa yang sama. Sakit juga ye menanggung rindu pada orang yang abaikan kita.  Tapi tak mengapalah selagi ada cinta, selagi itulah aku bertahan. Terima kasih engkau sudah mulai sedar kehadiranku. Kau mulai padamkan lukaku yang kau lukai. Tapi itulah engkau mulai lagi, ulang lagi  Dan aku? Sakit lagi..

Pencintamu

Hai cinta, kali pertama jumpa aku masih ingat suaramu  yang kau lontarkan, bercerita dan bersemangat berbual denganku. Matamu bersinar indah memandangku.  Waktu itu, debaran belum terasa. Aku cuma menganggapmu cuma sebatas rakan sekerja. Tapi tidak beruntungnya aku cuma sekali sahaja kita dalam satu team, satu kerja itu pon cuma beberapa jam.  Setelah itu aku tidak mengerti mengapa aku tidak dapat mengenali bagaimana rupamu. Aku tiba-tiba seperti hilang ingatan sedangkan aku ingin sekali menyapamu lagi. Tapi dalam beberapa minggu kemudian, aku tidak menyangka ingatanku muncul kembali, aku sudah mengingatimu, bunyinya agak kelakar tapi memang begitulah, aku mulai ingat raut wajahmu dan suaramu tapi malangnya kita cuma saling pandang memandang, kita tidak pernah bertegur sapa, ada waktu aku ingin cuba menegurmu tapi tiada kesempatan kerana kau selalu berteman, maklumla aku pemalu orangnya. Tetapi sungguh tidak adil kau tidak mengingati saat-saat kita saling memandang, tidak...

Bye 2025, Hye 2026.

  Dah lama sangat tak menulis, yelah bukan ada orang baca pon, tak la sebenarnya laptop aku dah rosak, kalau ada laptop ada masa free mesti aku menaip dah.  Tak sangka kan, masa begitu cepat berlalu. Sedar tak sedar aku masih lagi single, walaupon di umur aku sekarang dah ramai yg sudah berkahwin & beranak pinak, aku masih lagi sambung status single aku.  Jangan cakap aku ni terlalu memilih dan jangan jg cakap aku ni tak laku tau xbaik meh hempuk sini. Bagi aku jalan cerita setiap orang berbeza. Kakak aku kawen umur 22, adik aku kawen umur 20. Aku di umur 24 baru habis study dan time aku study tu memang aku tak terpikir langsung nk bercinta,fokus aku cuma untuk study. Crush tu adala zmn study, but sekadar crush aku dhla introvert + pemalu tp blh plk crush notice. Tp sorry la aku bukan jenis kacau relationship org, dpt tau crush ada gf aku stop crush kt dia. Haha.  Di umur 25 pula aku start keje time ni aku cuma fokus kerja, nak ada duit sendiri. Memang aku blm pi...