Posts

Showing posts with the label Kata-kata

MerinduiMu

Duhai hujan yang menangis sayu. Sampaikan salam rinduku padaNya. HambaNya yang tidak layak untuk syurgaNya. Namun bukan pula seksa neraka yang aku inginkan. Sungguhpun aku tidak layak, aku rela berjuang untuk melayakkan diriku. Duhai aingin yang menghembus sepi. Sampaikan salam cintaku padaNya. Katakanlah bahawa aku berterima kasih atas segala kurnianNya. Sesungguhnya Ujian dan cubaanNya tidak pernah sia-sia. Dialah yang membuatkanku hidup dan kepadaNya jugalah aku kembali. Duhai hujan, duhai angin. Usah dikau bersedih. Senyumlah seperti selalu. Di saat engkau diketepikan Ingatlah Allah tetap ada bersamamu. *Aku merinduiMu ya Allah.

Masa dan makna

Semakin hari, sama ada secara pantas atau perlahan masa tetap pergi.. Masa tidak menunggu kita kerana dia sudah lelah.. Sudah lelah menunggu kita bersama-sama dengannya.. Bersama-sama dalam sesuatu yang bermakna.. Walaupun sudah dikirimkan masa berkali-kali.. Tetap jua kita abaikannya.. Mengapa kita harus abaikan masa? Suatu hari pasti kita akan menyesal dengan apa yang telah kita lakukan dengan masa...

Kenapa Lelaki tu Simple?

Kenapa lelaki tu simple? Pada suatu malam, jam 3am, ketika online fb, ternampak adik lelaki bongsu aku yang berumur 14 tahun tu online kat fb.. Lalu aku menegurnya kat chat fb.. Aku: Hey! kat kedai CC lagi masa ni.. Buat apa? Dah tengah malam ni, p la balik rumah. Adik: Bukan CC, kt rumah. Aku: Rumah? Online pakai apa pulak? Adik: Pakai telefon. Aku: Bila masa beli telefon? Telefon apa? Harga berapa? Ambik duit mana? Adik: Kerja la.. Aku: Kerja kat mana? Kerja macam mana? Dengan siapa? Brp sebulan gaji? Adik: Hentian gua musang.. Ya Allah, tengok.. banyak soalan yang aku tanya tapi adik aku hanya memilih salah satu soalan yg aku ajukan.. Dia hanya bagi jawapan seketul saja.. Bila dah jadi macam tu, aku terus call mak aku tanya lebih terperinci pasal dia.. Semua soalan aku dah terjawab.. Balik nanti nak tukar telefon dgn adik.. Satu lagi kisah, Pada suatu hari, Waktu menunggu abang ambil aku nak balik kampung.. aku sms abang aku.. Aku: Kat mana? Lambat lagi ka sam...

Jangan biarkan dia jatuh

Image
Tatkala dia jatuh, bantulah bangunkan dia.. Jangan biarkan dia terus jatuh.. Kerana bila tiba saat kita jatuh... dia akan biarkan kita jatuh.. sepertimana kita biarkan dia jatuh.. Jangan sampai suatu saat rasa kesal menghantui diri.. kerana membiarkan dia jatuh.. Suatu saat juga kita akan percaya bahawa karma itu ada..

Begitukah cinta..

Kita tidak mampu memilih dgn siapa kita ingin jatuh cinta kan? Walaupun kita tahu yang kita tidak sepatutnya jatuh cinta dengannya.. dan kita juga tahu yang dia tidak mungkin pernah membalasnya.. Namun, tetap juga terjatuh… Inilah cinta… Ia pelik bin ajaib..  aku hanya mampu tersenyum.. Siapa yang jatuh cinta ni? semestinya bukan aku.. mungkin orang yang sedang baca blog ni.. haha..

Ku Tahu Ku AdaMu

Ya Allah.. Kau ungkaikanlah masalah yang melanda diriku.. Terkadang aku bangkit dalam menghadapi masalahku.. Terkadang aku lemah untuk terus bangkit berjuang meleraikan masalah.. Aku jadi lemah tatkala tiada orang yang sudi mengdukungiku. Aku jadi lemah.. Maafkan aku.. Tiada niat untuk mengeluh kerana aku tahu Engkau tidak akan membebani melebihi kemampuan hambamu.. Aku tahu Engkau tahu aku sedang hilang cara untuk menangani situasiku sekarang.. Dan aku tahu semua masalah akan terungkai kerana adaMu disampingku..  Ya.. Aku tidak keseorangan.. 

Berbicara Dengan Sepi..

Image
Duhai Sepi.. Kadangkala engkau penyeri.. Kadangkala engakaulah api.. Duhai sepi.. Kadngkala engkau hadir tanpa diundang.. Menghayutkan aku tatkala dendang.. Duhai sepi.. Aku tidak minta ditemani engkau.. Aku yang diminta menemani engkau.. Duhai sepi.. Bisakah setelah diteman aku engkau lepaskan.. Lepaskan aku dalam kesepian.. Pergilah sepi.. Kerana aku mahu engkau tahu.. Sesungguhnya kesepian itu tidaklah seindah yang engkau sangkakan..

Duit, Money, Wang, Uang, Fulus dan sewaktu dengannya..

Siapa kata duit, money atau wang tu tak penting? Memang duit bukan segala-galanya, tapi hakikatnya segala-galanya memerlukan duit bukan? Mana ada benda free dalam dunia ni.. masuk toilet pon kena 50 sen. Orang dok kata duit tak penting pon..bahagia tu lebih penting.. Tapi sebab ada duit la yang buat kita bahagia… kalau takda duit, kita tak boleh nak buat apa, tak leh nak survival..dan tak bahagia..  dan manusia sanggup buat macam-macam untuk dapatkan duit bukan? Ia bukan semata-mata untuk jadi kaya ja tapi untuk survival…sebab nak hidup.. hidup...dan hidup.... ada ka orang yang tak nak hidup? Ada tapi itu orang yang bermasalah.. Sebab duit jugalah aku hampir hampir……… Tapi nasib baik ada jalan penyelesaian....

SETIAP KEPAHITAN PASTI AKAN ADA KEMANISANNYA.

Image
Aku gagal… aku gagal… aku gagal.. Aku gagal menahan airmataku daripada jatuh kebumi… Sebelum ini, Aku tidak pernah menangis sehingga  airmata sudah tidak berupaya lagi mengalir.. Aku tidak pernah menunjukkan kesedihan aku kepada orang disekeliling aku… Aku digelar manusia yang amat sukar untuk mempamerkan kesedihan pada zahirnya.. Yang aku pamerkan ialah gelak ketawaku, padahal jauh dari sudut hati ini tersembunyi kesedihan… Itu adalah kerana aku ingin menunjukkan bahawa aku bukan insan yang mudah putus asa dengan takdirNya.. Tetapi dunia ni telah membuat aku menangis sehingga aku meratapi nasib aku sendiri… Suatu hari aku tidak dapat menahan airmata ini daripada terus mengalir, sewaktu di perhentian bus, datang seorang wanita yang tidakku kenali menegurku.. aku buntu bagaimana caranya untuk aku menahan airmataku seketika daripada dilihat oleh orang ramai… namun aku tidak berjaya, airmata tetap mengalir, lantas wanita itu bertanya kepadaku “ M...