Posts

Showing posts with the label cerita

Kemelut SV dan Supervise

"SV akak tu cerewet dik, akak pon tak tau apa yang dia nak, dah banyak kali proposal akak kena tolak" Petikan SMS dari akak yang aku kenal melalui dunia maya. Beliau merupakan seorang guru, ditawarkan oleh KPM untuk melanjutkan master, sehingga sekarang proposalnya masih tidak diterima oleh supervisor. Jadi, dia minta bantuanku. Bukan sebab aku boleh buat proposal tu diterima, tapi aku cubala sedaya upaya untuk tolong beliau. Mungkin tidak ada instinct antara beliau dengan SV. Itu jawapan umum yang boleh aku jangkakan. Hehe. (Macam-macam la kau fara). Disebabkan kena fokus kerja lagi, biasala kan tugas guru sekarang semakin banyak. Jd ia telah membuatkan beliau tidak ada masa untuk berjumpa face to face dengan SV. Beliau tidak dapat nak memahami SV, SV pon tidak dapat memahami beliau. Jadi, tidak tahu apa yang sebenarnya.SV inginkan. Setelah aku meneliti proposal yang direject oleh SV tersebut, melihat pada komennya aku sudah tahu SV tersebut seorang yang cerewet, ma...

Warkah Perantau- Berkorban apa sahaja

“Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra sejati dan mulia” Adakalanya kita harus berkorban untuk orang yang kita sayang bukan? Emakku, dari kecil aku sudah nampak, dia selalu berkorban untuk anak-anaknya. Dia sanggup tidak makan asalkan anaknya makan. Dia sanggup cedera asalkan bukan anaknya yang cedera. Apa yang kita selalu buat? Kita selalu memberontak jika keinginan kita tidak ditunaikan. Kita selalu pentingkan diri sendiri. Bila emak tidak ada dirumah, hidup bagaikan kosong macam lagu najwa latiff. Bila emak pulang ke rumah, perasaan amat gembira kami tonjolkan di belakang emak, kosong tidak ada lagi, malah bermacam-macam nombor yang muncul.  Masing-masing berusaha untuk mencari perhatian mak dan bermanja-manja dengan mak. Terlalu comel wajah bahagia kami bila emak berada di samping kami. Bila dirumah kami selalu ikut emak sehingga tidak sedar mak ingin masuk toilet pon kami ikut. Kami comel bukan? Abahku, Dia sang...

Iman lagi dan lagi..

Image
Bila melihat budak2 kecil.. Teringatkan wajah riang Iman, juga wajah mengamuknya.. Aku telefon Iman, dia bertanya mengapa aku begitu lama tidak pulang ke rumah.. Aku menjawab aku harus pergi sekolah, kalau tak pergi sekolah nanti cikgu marah.. Kata Iman dia ingin jumpa cikgu yang aku maksudkan tu.. Nak bercakap dengan cikgu sendiri, minta izin supaya ibunya dapat pulang ke rumah... macam2 iman ni.. makin hari, makin banyak cakap..  tak macam dulu.. Dulu cakap sepatah dua pastu "bye ibu.. slmt malam" sekarang kemain soal aku itu ini.. Kanak2 ni banyak soal kan? soalannya pula kadang2 susah untuk dijawab... Selagi kita tak jawab, selagi tu dia tanya..

Ada sesuatu yang tertinggal...

Otak agak berat dan berserabut, mungkin aku banyak berfikir.. Bermula bangkitnya aku dari tidur sampailah sekarang.. Tetiba ja macam-macam yang terlintas di kepala aku ni.. Bangun tido nampak hanger, teringat waktu kecil dulu mak aku selalu pukul kat punggung dgn hanger, kejutkan aku bangun subuh, itulah cara kejutkan orang yang susah nak sedar.. Dari situ la aku mula teringat semalam mak ada call aku sekejap then suruh telefon dia balik tapi aku tak call-call pon, aku lupa.. Masa tu la jugak aku fikir time bila aku nak call mak aku balik, masa tu la jugak kena bergegas mandi p kelas, kalu aku call mesti aku berbual panjang, masa mana nak mandi.. Tak jd call, pergi mandi.. Sementara menunggu bus, terfikirkan si iman.. jauh benar mengelamun, bus dah ada depan mata pon xperasan, nasib baik nampak kawan aku bergerak, baru tersedar dari lamunan..  Pagi yang agak kedinginan, dalam kelas pasang aircond tahap beku.. Kedengaran tone suara lecturer yang agak slow membuatkan aku meng...

Bagaimana anda bercerita?

Image
Bagaimana anda bercerita bila tengok gambar ni? Beginila jadinya bila tangan bangku menukis.. gambar2 ni ada ceritanya.. cerita tentang 3 sahabat.. Anda boleh lihat videonya  di sini..

Hidup Tak Dapat Lari Daripada Membuat Pilihan

Salahkah seseorang memilih untuk bekerja daripada meneruskan persekolahan? Kebanyakan orang memandang rendah pada orang yang tidak berpelajaran tinggi, cukuplah dengan kata-kata hinaan dan cacian. Bagilah kata-kata yang membina. Apa perasaan kita bila orang berkatakan hal yang tidak benar tentang kita, hina kita caci kita? Mesti perasaan kita macam nak terjun bangunan ja kan bagi orang yang tidak mampu lagi bersabar. Mereka hanya tahu berkata-kata tanpa selidik dahulu apa sebab seseorang tu tidak meneruskan persekolahan. Tidak cukup hanya persepsi semata-mata. Setiap apa yang berlaku tu bersebab bukan? Bagi seseorang yang aku kenal dia mengambil jalan untuk bekerja kerana tidak mampu menanggung biaya sekolah. Adik beradiknya ramai. Hidupnya serba kurang. Ayahnya hanya bekerja kampung, ibunya pula menguruskan rumah. Dia bekerja kerana ingin mengurangkan beban ibubapanya. Dia bekerja kerana ingin menyara adik2nya yang lain. Gaji ayahnya hanya cukup untuk makan. Dia terpaksa memi...

Duit, Money, Wang, Uang, Fulus dan sewaktu dengannya..

Siapa kata duit, money atau wang tu tak penting? Memang duit bukan segala-galanya, tapi hakikatnya segala-galanya memerlukan duit bukan? Mana ada benda free dalam dunia ni.. masuk toilet pon kena 50 sen. Orang dok kata duit tak penting pon..bahagia tu lebih penting.. Tapi sebab ada duit la yang buat kita bahagia… kalau takda duit, kita tak boleh nak buat apa, tak leh nak survival..dan tak bahagia..  dan manusia sanggup buat macam-macam untuk dapatkan duit bukan? Ia bukan semata-mata untuk jadi kaya ja tapi untuk survival…sebab nak hidup.. hidup...dan hidup.... ada ka orang yang tak nak hidup? Ada tapi itu orang yang bermasalah.. Sebab duit jugalah aku hampir hampir……… Tapi nasib baik ada jalan penyelesaian....

Kecelaruan apakah ini?

Image
Assalamualaikum pembaca tersayang.. Semenjak dua menjak ini aku berasakan fikiran aku terlalu kacau.. aku terlalu banyak berfikir.. entah apa yang difikirkan aku, aku pon tak tau.. kadang-kadang aku berfikir tentang sesuatu yang tidak ada jawapannya… dan pertanyaan yang ada dalam fikiran aku ni, mendesak aku untuk mencari jawapan…  selagi tidak dapat jawapan, selagi tu fikiran aku kacau.. Rasa berdentum-dentam ja dalam kepala otak ni.. Mungkin aku tak cukup rehat.. dan perlukan rehat.. tidur aku pon tidak teratur.. aku tidak biasa tidur awal.. paling awal jam 3pagi aku masuk tido dan bangun subuh kemudian tido balik beberapa jam, bangun pula jam 8.30 untuk ke kelas… kadang2 kitaran tido aku tidak sempat untuk masuk ke alam mimpi pon.. Memang di wajah aku kecelaruan itu tidak nampak, tapi dalam hati ni hanya Tuhan saja yang tahu.. Kecelaruan apakah ini?  Aku harap aku akan pulih kepada sedia kala…Doakan saya..

Cerita Termenung dalam Menung..

Semasa menunggu bus untuk ke kampus tercinta, aku termenung sejenak kerana waktu itu sahaja peluang yang aku ada untuk termenung.. aku lihat orang yang menunggu bus hanya sepi, diam membisu tanpa kata.. aku mencuba untuk meneroka apa yang yang difikirkan oleh penunggu bus kerana aku melihat masing-masing khusyuk seakan-akan sedang memikirkan sesuatu.. tetapi aku bukan lah orang yang handal untuk meneroka fikiran orang, bukan juga paranormal yang boleh membaca hati orang.. aku hanya boleh mempersepsikan dialog yang keluar melaui fikiran penunggu bus itu.. terlihat lampu-lampu yang menyala dan juga tidak berapa menyala.. tapi itu hanyalah persepsi aku.. persepsi itu kadang kala boleh menipu.. Dalam termenung, aku juga memikirkan bagaimanakah aku pada hari-hari yang akan datang.. terasa masa begitu pantas berlalu.. padahal aku rasa baru semalam meraikan tahun baru.. azam tahun yang lalu sudah tercapai tetapi azam tahun ini mampukah tercapai... dan waktu termenung itu jugalah menca...

CIKGU OH CIKGU..

Image
Cikgu oh cikgu.. Tanpa cikgu saya tidak akan menjadi macam saya sekarang.. Jadi yang macam mana..? saya boleh menulis, membaca, mengira, mewarna, dan sewaktu dengannya…hehe..kira menjadi la tu.. Selamat hari cikgu sedunia.. Bila aku recall balik apa yang berlaku pada aku pada zaman sekolah dulu.. Macam2 catatan yang indah malah yang kurang indah pon masih lagi berlegar-legar bermain di minda aku.. Antara cacatan2 itu ialah waktu kelas fardu ain.. darjah 3, semua pelajar diberi tugas untuk menulis perkataan “Alhamdulillah” dalam tulisan jawi.. Macam biasa ustaz mesti jalan2 ke setiap meja, pastu ustaz berhenti di meja aku..pastu mengusap kepala aku dan mengatakan yang tulisan jawi aku sangat bagus.. apa lagi kembang la hidung 3 inci..hahaha.. kawan aku sebelah tu tetiba masam muka dengan aku, mungkin dia kecil hati sebab ustaz tak puji dia.. jadi, aku pon tak sedap hati.. aku kata la yang tulisan aku tak cantik pon tulisan dia lagi cantik..dia terus senyum.. te...

KISAH SEORANG IBU..

              Mak..oh.. mak..            Dialah emakku dan dia jugalah abahku.. abahku bukan sudah pergi buat selama-lamanya tetapi jodohnya tidak panjang dengan mak aku.. dia pergi meninggalkan kami sekeluarga.. lalu membina kehidupan baru bersama keluarga barunya..             Mak aku seorang yang sempoi dan sporting.. dan mak yang tidak mengongkong anaknya..            Dia selalu berkorban untuk anaknya, sedangkan anaknya nak berkorban pon masih lagi berkira-kira.. teringat lagi di waktu kecil.. aku datangnya dari keluarga yang susah, adik-beradik ramai, kadang-kadang untuk mendapatkan sesuap nasi itu amat perit.. mak aku selalu mendahulukan anak2nya.. dia tidak kisah kalau dia tidak makan..            kami yang kecil2 ni mana tau apa, tau makan ja.. tapi kami bersyukur kerana kami makan bukanlah kerana untuk...

CERITA PADA SUATU MALAM.

Masa aku pi pasar malam hari tu.. aku jalan sorang-sorang.. Jalan-jalan cari makan..  dari jauh aku nampak pengemis (lelaki,tua). Lantas sifat belas kasihan tu mesti datang kan.. Tangan aku secara perlahan hendak menyeluk saku seluar,  nak keluarkan duit.. Tetiba.. bila aku pi dekat.. asap rokok menghampiri ruang hidungku.. Aku ingat asap rokok sape..  rupanya pakcik peminta sedekah tu.. Apa lagi.. aku memang tak boleh tahan dengan asap rokok.. Aku berjalan di lorong lain.. tak jadi nak bagi sedikit wang pada pakcik tu.. Dalam fikiran aku “ peminta sedekah pon merokok juga ka? rokok dahla mahal.. mampu pulak dia beli..  Malboro pulak tu..haha ka ada orang yang bagi dia..? (macam2 la kalau bercakap dengan hati ni) Macam mana aku tahu malboro? Aku merokok jugak ka?? Haish.. tidokla.. Hidung aku ni selalu terhidu  bau asap rokok sedemikian.. Bau asap tu silap hari bulan dapat buat aku pengsang.. Bau asap tu persis bau ...

APA YANG BERLAKU DI HARI RAYA...??

Image
Hai SelamaT Berhari Raya Yang Kedua... Semalam aku beraya Sakan.. Aku p Redah semua rumah yang aku kenal...rumah jiran, kawan2 aku dan sanak saudara yang dekat2... Bukan aku kutip duit raya..aku g kutip makanan simpan makanan dalam perut aku... Gila..banyak sungguh aku makan, selagi boleh makan, aku makan...Aku main rdah jer apa sahaja makanan.. semua campur2 dalam perut... Pada malamnya... Aku dalam kritikal... Aku dalam wad Berak... hahaha... Aku tak tau aku tersilap makan apa sampai tandas dah jemu dengan aku, asyik tgk muka aku jer dalam tandas.. Dan aku juga tak boleh nak tido, asyik ke tandas jer... Tandas jer yang terbayang dalam kepala aku, benda lain takdak dah... Sampai aku mimpi, masa tu aku dalam LRT KL, aku gelabah cari tandas, nak membuang... Adoi..Tuhan saja yang tahu aku masa tu... Tapi nasib baik ia sekadar mimpi... Aku ingat betul2 dah, kalau betul2 tak tau la apa yang jadi dengan aku... haha... Korang jangan jadi macam aku yer..

kisah seorang budak yang comel part 2

Image
Disebabkan aku bosan dan xbuat apa2, aku nk citer sikit pasal budak ni... ingat lagi x dengan iman?? di part 1 aku inroduce sikit pasal iman ni... hari ni aku nak citer sikit... hari2 kejer aku adalah jaga si iman ni... macam2 karenah dan celoteh budak iman ni.. kadang2 aku kena buli dengan iman... buli macam mana?? ada ke patut aku disuruh joget ataupon menari macam dia, kalu aku x menari, dia akan mengcakar aku punya muka... adoi... dah banyak kali aku kena sebab gua malas nak layan si iman ni... muzik crazy frog ali baba pulak 2... xhenti gelak aku, bila dgr jer muzik ni trs tanganku dicapainya srh menari bersama dgnnya..  IMAN ADA MACAM2 PERANGAINYA, YANG PALING MENONJOL.. SUKA TANGKAP GAMBAR.. ATAUPON AMBIK GAMBAR HAHA.. MACAM MODEL PULAK.. IMAN SUKA MAIN GITAR... DIA SLALU NYANYI  WAW WAW  WAWAWAWAW WAWAWAWAWAWA WAWA WAWAWAWAW.... HAHA... LAGU ANGIN YG HAZAMA NYANYI TIME KONSERT AF........ SAMBIL MAIN GITAR.. JD KE XJD DIA ...