Posts

Showing posts from March, 2013

JOM KAHWIN!!

Image
Assalamulalaikum..pembaca tersayang.. Now, tanggal 23,3,2013 dengan sekali lafaz.. abang aku dan kakak ipar dah sah bergelar suami isteri..hehe..bukan majlis kawen aku ye..aku lambat lagi kot...haha aku rasa sedih pulak bila abang aku dah kawen…haha.. sepatutnya kita gembira bila orang kawen tapi aku ni sedih pulak.. xbetul la aku ni.. Just nak share gambar orang kawen.. Aku taknak menaip lebih2, biarlah gambar dibawah berbicara..nanti bila aku menaip kan panjang berjela2 la pulak.. tapi...gambar2 tak sempat nak edit.. cincin dah mas kahwin.. ni time akad nikah.. aku tengok abang aku nervous sangat.. dah bpe kali dia telan air liur.. tp nasib baik sekali lafaz ja.. puteri nuri..anak buahku.. aku adalah insan penyayang..hehe perarakan.. macam sdih ja diorang ni.. ni abah aku.. ni mak aku.. ni abang aku anak ke-2.. lepas dia kawen terus berisi macam ni..  akak aku-nak ke-4.. dia pon lepas kawen makin ...

Kecelaruan pakaian.

Image
Assalamualakum pembaca… Bila malam ja saya jadi burung hantu yang menjaga orang tengah2 malam.. tak dapat tido sebab lepas isyak dah tido sejam sahaja tapi aku rasa aku dah tido satu malam.. Aku dalam kesusahan sekarang… kesusahan apakah?? Begini ceritanya… Semalam..waktu aku ingin ke kuliah, aku membelek-belek helaian demi helaian baju di almari bajuku.. Membelek-belek itu bertujuan mencari pakaian yang sesuai untuk ke kuliah… Tetapi sewaktu aku membelek-belek helaian demi helaian itu, tidak ada satu pun aku ketemui baju yang sesuai untuk ke kuliah… Sebelum ini, aku sangat gemar mengenakan pakaian seluar jeans dan baju kemeja atau T-shirts apabila ke kuliah.. tetapi pada tahun ini semester baru, aku didapati bajuku semua agak singkat , ketat dan agak kecil untukku dipakai.. sebab apakah?? Berat 48, tinggi 160.. masih lagi sama amacam dahulu, tiada perubahan, tetapi kenapakah aku rasa baju dan kemeja aku semua macam kecil ja er? Jadi, aku memilih baju kurung s...

RESULT STPM???

Image
Assalamualaikum pembaca tersayang… Siapa yang ambik result STPM ni?? hehe.. memang aku ambil tapi pada tahun 2010 bukan 2013.. Bila dengar tentang result STPM aku teringat peristiwa yang terjadi pada aku semasa menduduki peperiksaan STPM dulu.. Serius…kisah ni aku rasa,mungkin terjadi kepada aku sorang ja.. kisahnya begini.. Pada suatu hari, tetiba mak dan ayah aku menghadapi pergolakan dan konflik antara satu sama lain. Pada masa yang sama aku sedang menduduki peperiksaan STPM.. jadi untuk lulus dalam STPM kita haruslah membaca dan mengulangkaji pelajaran.. tapi jangan study last minute macam aku ya.. Mengikut jadual belajar aku, waktu petang pukul 3 adalah waktu untuk aku belajar.. tetapi sebab wujudnya perang antara mak dan abah aku.. aku terpaksa tangguhkan waktu belajarku ke sebelah malam.. mengikut jadual, pada waktu malam pula pukul 9 aku akan mula belajar dan mengulangkaji tetapi perang antara kedua belah pihak masih lagi tidak berhenti.. jadi, untuk kali ke...

SUARANYA YANG MERDU.

Image
Subahanallah... suara pelajar tahfiz ni sangat merdu... sedap didengar.. mesti best time adik ni mengaji... rasa dah jatuh cinta pada suara adik ni pulak... diulangi  jatuh cinta pada suara ya... Dik... apa kata.. adik buat album..lagu bersifat ketuhanan..  zikir2.. ayat2 Al-quran.. Adik kat mana.. akak nak jumpa adik...nak dengar suara adik depan2... ha..adik dah ada peminat... *macam2 la saya merepek..

KURSUS PRA-PERKAHWINAN.

Image
Assalamualaikum…pembaca tersayang… Selepas dah penat membaca bahan-bahan berkaitan tajuk tutorial yang akan dibentang pada minggu depan ni.. rasa nak berehat sekejap, dan rasa ingin bercerita dan kongsi pengalaman… Tajuk ari ni.. kursus kahwin.. Siapa yang dah pergi kursus kahwin?? Angkat tangan…hehe.. Aku dah pergi kursus pra-perkahwinan.. tapi itu tidak bermakna aku akan kahwin pada masa terdekat.. calon pon takda, camne nak kawin… tapi yang aku hairannya, kawan2 dan family dok hapy sangat apasal.. aku lambat lagi kot… macam macam respon dapat… SITUASI 1. BERCAKAP DGN ADIK DALAM TELEFON. “ Wei, minggu depan aku nak g kursus kahwin, dia buat kat U aku” kata aku. “ Mu nak kawen dah ka?? Bila??” adik aku. “ Mu ingat orang g kursus kawen ni, nak kawen dalam masa terdekat ni ka? Aku saja la ambil, nak dapat ilmu, nanti nak kawen tak payah aku g kursus kawen dah “ kata aku. “ Aku ingat mu nak kawen dah…” Adik aku. SITUASI 2. BERBUAL DGN KAWAN. ...

Bersyukur Itu Indah.

Image
Saat ini, Detik ini.. Mengenang kembali hari-hari yang telahku lalui selama ini.. Teringat semua yang Allah berikan padaku… Baruku kusedar.. Betapa banyaknya nikmat yang diberi oleh Allah kepadaku.. Kadangkala aku  lalai daripada  mengucapkan syukur kepada Allah... Kadangkala aku menjadi manusia yang tidak pandai berterima kasih… Saat ini.. Detik ini.. Baruku sedar… Betapa indahnya apabila melafazkan perkataan “ syukur”.. Betapa indahnya melafazkan perkataan “ terima kasih”..  Ya Allah.. Kau kekalkanlah rasa keindahan itu ya Allah.. Jangan biarkan rasa itu hilang dan pudar ditelan arus masa..

MENJADI PENYEJUK MATA.

Image
Apa maksud penyejuk mata tu? Ok, Cuba kamu amati orang di sekeliling kamu, ada tak bila kamu jumpa dia kamu rasa hati kamu tenang ja, sejuk ja bila pandang dia, bila jumpa dia, bila bersama dia…dan kamu ada rasa happy bila bersama dia.. ibaratnya dia tu tak pernah mengeluarkan kata2 yang kesat, kasar dan yang menguris hati kita.. bila kita buat salah dia, tegur kita dgn cara yang baik, biarpun kita sebaliknya…kalau dia salah, dia cepat2 akan minta maaf..  ada x?? ada x?? lebih kurang macam tu la maksudnya.. nak mendalami maksudnya lagi cuba dengar lagu isteri solehah dari saff one ni... gerenti faham.. Siapa yang taknak jadi penyejuk mata kan? Jadi penyejuk mata kepada kawan2, penyejuk mata kepada family, penyejuk mata kepada sang suami dan semua makhluk di muka bumi ini.. Bila dengar ceramah ustazah Fatimah Sharha di Youtude, ia jadi inspirasi kepada aku untuk berusaha menjadi penyejuk mata…aku nak bila orang pandang aku, orang tenang ja.. tapi siapalah ...