Posts

Showing posts from March, 2014

Warkah Perantau- Berkorban apa sahaja

“Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra sejati dan mulia” Adakalanya kita harus berkorban untuk orang yang kita sayang bukan? Emakku, dari kecil aku sudah nampak, dia selalu berkorban untuk anak-anaknya. Dia sanggup tidak makan asalkan anaknya makan. Dia sanggup cedera asalkan bukan anaknya yang cedera. Apa yang kita selalu buat? Kita selalu memberontak jika keinginan kita tidak ditunaikan. Kita selalu pentingkan diri sendiri. Bila emak tidak ada dirumah, hidup bagaikan kosong macam lagu najwa latiff. Bila emak pulang ke rumah, perasaan amat gembira kami tonjolkan di belakang emak, kosong tidak ada lagi, malah bermacam-macam nombor yang muncul.  Masing-masing berusaha untuk mencari perhatian mak dan bermanja-manja dengan mak. Terlalu comel wajah bahagia kami bila emak berada di samping kami. Bila dirumah kami selalu ikut emak sehingga tidak sedar mak ingin masuk toilet pon kami ikut. Kami comel bukan? Abahku, Dia sang...

Khabar Sebuah Pesawat MH370

Kita dikejutkan dengan berita pesawat MAS yg hilang, sehingga sekarang belum dikesan. Ya Allah apa yang berlaku kepada pesawat itu? Amat sedih mendengar khabar tersebut, adikku mesej mengadu perasaan sedihnya, dia tidak dapat tido lena katanya, dan mimpi kelibat-kelibat orang meminta pertolongan. Mak aku juga sedih katanya, mak aku cuba menggunakan apa yang telah dikurniakannya sebelum ini tetapi sudah lama tidak menggunakannya iaitu kuasa firasat, entahlah aku pon tidak tahu istilah yang tepat untuk menggambarkan apa yang dimiliki mak aku. Dulu mak aku terkenal sbgi orang yg boleh menyembuhkan penyakit misteri, menolong orang yang ada masalah dalam keluarga atau suami isteri, boleh membuatkan seseorang kelihatan berseri (mandi bunga),juga boleh mengesan lokasi barang atau sesuatu yang hilang. Namun, ia datangnya daripada Allah. Ia menjadi pekerjaan mak aku untuk mencari sesuap nasi. Cuma satu ja, ia tidak begitu berkesan jika orang tersebut ialah anaknya sendiri. Sekarang m...

Waris dari pengalaman.

Sebenarnya, rugi bagi orang yang tidak tahu bawak motor. Susah untuk bergerak, motor senang untuk dapatkan tapi buat apa kalau tidak tahu memandunya. Dulu, aku tahu bawa motor tapi sejak kemalangan itu aku jadi takut untuk memacu motosikal. Sebenarnya, waktu aku memcuba naik motor tu, tanpa belajar terlebih dahulu, aku cuma memerhatikan adik. Aku memcubanya kerana dicabar oleh adik-adikku. Mentang2lah mereka pandai naik motor, ditanya aku dengan soalan “ kak sorang ja yang tak pandai naik motor kan, kenapa kak tak pandai , takut ke? Terasa tercabar disitu. Malam tu jugak aku cuba naik, nak membuktikan la kononnya. Aku memacu dengan adikku yang bongsu dan adik yg ke-10. Pada mulanya yes..berjaya.. Tp lama kelamaan, bila nak turun bukit tu aku tak dapat kawal motor, terjatuh dalam longkang, nasib baik adik2ku tidak cedera Cuma aku saja yang cedera di lutut, sakit la jugak, tp aku sembunyikan kesakitan tu, aku taknak orang lain nampak aku sakit. Lagi satu tahap kebimbangan aku yang ting...