“Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa,
itulah kasih mesra
sejati dan mulia”
Adakalanya kita harus
berkorban untuk orang yang kita sayang bukan?
Emakku, dari kecil
aku sudah nampak, dia selalu berkorban untuk anak-anaknya.
Dia sanggup tidak
makan asalkan anaknya makan.
Dia sanggup cedera
asalkan bukan anaknya yang cedera.
Apa yang kita selalu
buat? Kita selalu memberontak jika keinginan kita tidak ditunaikan. Kita selalu
pentingkan diri sendiri.
Bila emak tidak ada
dirumah, hidup bagaikan kosong macam lagu najwa latiff.
Bila emak pulang ke
rumah, perasaan amat gembira kami tonjolkan di belakang emak, kosong tidak ada
lagi, malah bermacam-macam nombor yang muncul.
Masing-masing berusaha untuk
mencari perhatian mak dan bermanja-manja dengan mak.
Terlalu comel wajah
bahagia kami bila emak berada di samping kami. Bila dirumah kami selalu ikut
emak sehingga tidak sedar mak ingin masuk toilet pon kami ikut. Kami comel
bukan?
Abahku, Dia sanggup
bekerja keras bukan untuk dirinya Tetapi untuk anak-anaknya.
Ingin memastikan
anaknya ke sekolah. Abah sangat suka melihat anaknya rajin dan semangat ke
sekolah. Biarpun abah tidak banyak cakap, kami tau abah inginkan yang terbaik
untuk anaknya.
Sebaik sahaja
mendengar bunyi motor Suzuki kepunyaan abah, kami menyorak dan melompat gembira.
“Yey yey abah dah
balik”, suara kanak-kanak riang itulah membuatkan rumah tidak pernah bisu.
Kepulangan abah dari
kerja kami nantikan kerana “Abah nak duit, nak beli chocolate”, dulu seposen dua posen pon sudah memadai untuk mengisi
perut yang mengada, ingin makan makanan lain selain nasi. Kami selalu
berhati-hati apabila berbual dengan abah, skrip ditulis terlebih dahulu di
kotak fikiran sebelum memulakan perbualan dengan abah. Keinginan kami abah cuba
tunaikan walaupun wang sekadar cukup makan.
Lihatlah ! Ibu bapa
sanggup buat apa saja untuk kita lebih daripada kepentingan dirinya, adakah
kita juga sanggup berbuat apa saja sepertimana ibu bapa kita buat? Begitu
hebatnya kasih sayang mereka terhadap kita.
Emak dan Abah..
ketahuilah bahawa kami sangat memerlukan mak dan abah di samping kami walaupun
kami semakin hari semakin sudah menginjak usia tua, berkedut sana sini tidak lagi seperti kanak-kanak
yang comel dahulu. Kami sangat rindukan saat sekeluarga berkumpul bersama
seperti dahulu. Pasti mak rindukan wajah comel bahagia kami bukan? Namun,
apakan daya masing-masing punya tujuan yang memaksa kita berpisah raga tetapi
ketahuilah hati dan doa kami selalu ada emak dan abah. Semoga emak dan abah
dipanjangkan umur. Amin..
No comments:
Post a Comment