Posts

Showing posts from September, 2013

Tatkala Kebimbangan Melanda Diri- Part 2

Image
Entry ini sambungan daripada entry kebimbangan  yang pernah aku post suatu ketika dahulu.. ceh..macam beratus tahun dahulu ja.. padahal beberapa bulan saja.. ok, kisahnya, lepas aku menangis tu aku sambung tido balik, kemudian aku bangun tido waktu budak sekolah balik, kat umah aku bila bunyi jambatan yang bergegar itu tandanya ibu bapa yang membonceng motosikal mengambil anaknya pulang dari sekolah.. jambatan itu merupakan jalan short cut jiran kampung aku, sampai sekarang tidak runtuh lagi walaupun jambatan itu sudah tua.. bila jam di dinding menunjukkan pukul 1: 30 petang, jambatan itu akan berbunyi.. bunyi itu lah yang membuatkkan aku tersedar dari tido yang lena..  Bila aku buka mata, aku nampak cahaya terang yang memancar ke arah aku, cahaya itu berbentuk bulat, ia seakan sama dengan bulan di langit tu.. bulan itu sebesar mesin basuh 8kg di rumahku, yang peliknya aku tidak mengerti mengapakah bulan itu mengejar aku.. tidak ada pekerjaan lainkah dia.. Jadi, ...

Macam mana perasaan berfungsi?

Hari ini kita berbicara tentang perasaan atau orang putih panggil feeling. Dalam psikologi, perasaan diertikan sebagai Concious subjective experience of emotion (pengalaman subjektif sedar mengenai emosi). Bagaimana perasaan anda sekarang? Gembira, Sedih, Terharu, Bimbang, Takut, Sayang, Sakit, Geram, Sunyi, Kecewa dan seumpamanya? Pernahkah anda merasai perasaan sebegini? Jangan kata tak pernah ya, robot sekarang pon dah ada perasaan tau.. Kita tak boleh hidup tanpa perasaan bukan? Aku tak boleh bayangkan kalau hidup tanpa perasaan. Aku pernah tengoksatu  cerita omputih tu, nama apa entah aku lupa, manusia tak boleh ada perasaan kalau tak kene tangkap la jawabnya, kena hukum.. Mental kejap aku tengok cerita macam tu.  Contoh bagaimana perasaan anda pertama kali jatuh cinta. Mesti selalu senyum sorang2, sengih sana sini. Happy semacam ja.. takut la pulak aku. Tapi bila putus cinta rasa sakit dan sedih bukan? macam ada something yang cucuk dalam hati ni, bagi yang dah p...

Praktikal Part 2

Assalamualaikum.. Entry ini sambungan daripada praktikal part 1 .. Syukur Alhamdulillah praktikal sudah pon selesai.. Agak sedih jugak la perasaan aku sewaktu melangkah kaki meninggalkan tempat praktikum.. Teringat dekat pekerja2 disitu yang baik dengan aku.. Tapi pada masa yang sama gembira sebab bebas daripada berasakan asam garam dunia pekerjaan.. Ok, kita sambung bercerita tentang organisasi dan praktikal. Bila sebut organisasi sudah tentu ia tidak lari daripada seseorang yang perlu bekerja dalam kumpulan kan walaupun pada hakikatnya manusia tidak suka bekerja secara berkumpulan. Ada macam-macam karenah organisasi tetapi tidak ada organisasi yang begitu perfact yang sentiasa dalam keadaan aman dan mempunyai kelebihan. Setiap organisasi pasti ada kekurangan juga cuma kita tidak tahu kerana tidak mahu tahu. Kita bekerja dengan manusia, manusia tu berbeza, berbeza sikap, tingkahlaku, fikiran, perasaan. kemahiran, pengalaman dan sebagainya. Mereka ini perlu bersatu untuk mewuj...

Ku Tahu Ku AdaMu

Ya Allah.. Kau ungkaikanlah masalah yang melanda diriku.. Terkadang aku bangkit dalam menghadapi masalahku.. Terkadang aku lemah untuk terus bangkit berjuang meleraikan masalah.. Aku jadi lemah tatkala tiada orang yang sudi mengdukungiku. Aku jadi lemah.. Maafkan aku.. Tiada niat untuk mengeluh kerana aku tahu Engkau tidak akan membebani melebihi kemampuan hambamu.. Aku tahu Engkau tahu aku sedang hilang cara untuk menangani situasiku sekarang.. Dan aku tahu semua masalah akan terungkai kerana adaMu disampingku..  Ya.. Aku tidak keseorangan..