Posts

Showing posts with the label Psikologi

Manusia dan Tekanan

Image
Manusia dan Tekanan memang sukar untuk dipisahkan. Semua orang pernah berasa tertekan bukan. Tidak perlu aku terangkan lagi bagaimana rasanya. Kita tertekan dengan macam2 masalah. Tertekan dengan masalah kerja, pelajaran, rumahtangga, sahabat, pasangan. Haiwan ada masalah tak? hehe.. Bila perhatikan orang-orang sekeliling, bermacam cara mereka cope masalah stress diorang. Kadang2 buat aku tergelak juga. Bagaimana orang coping stres? Adik aku bila dia stress dia menari dan memekik  sorang2 katanya. Dia menngadu masalah stress tu pada aku. Kerjanya yang buatkan dia jadi stress. Aku menasihatinya dan last2 aku kata itulah kerja. Mana2 sama ja. Then, dia diam. Ada sorang kawan aku ni bila dia stress, jelas nampak diwajahnya, muka ketat ya amat, mata merah. Aku nak tegur pon takut. Ada juga bila stress, pergi meraung atas bukit, tempat yg kurang orang lalu lalang, luahkan segala apa yang buat dia stress (macam dalam filem tu). Aku tidak pernah cuba cope dengan...

HAPUSKAN SOCIAL LOAFING!!

Sesesorang yang bekerja secara kumpulan cenderung untuk curi tulang kerana mereka menganggap ada orang lain dalam kumpulan tersebut yang akan buat kerja. Tanpa sedar hal inilah yang banyak terjadi dalam kalangan pelajar, pekerja, keluarga dan kita2.. Jadi apakah yg akan berlaku jika adanya fenomena sebegini? Inilah social loafing, Aku kenal dgn istilah ni waktu praktikal dulu, aku menggambarkan situasi kerja, lecturer aku suh baca istilah ni.. Tp sekarang jumpa balik istilah ni dlm subjek psikologi sosial.. inilah kelebihan belajar psikologi, kita akan kenal dengan pelbagai istilah, istilah2 inilah yang memberi jawapan kepada kita tentang sesuatu yang berlaku dalam hidup dan persekitaran kita.. Tapi tidak ramai yg tertarik dengan ilmu psikologi padahal ia penting, ia penting utk kita memahami manusia lebih2 lagi manusia yg suka pakai topeng.. (dh melarat2 tulisan) Back to the point, susah kan kalau kerja kumpulan ni.. kalau kumpulan tu terdiri daripada individu yg bertang...

Kenapa Lelaki tu Simple?

Kenapa lelaki tu simple? Pada suatu malam, jam 3am, ketika online fb, ternampak adik lelaki bongsu aku yang berumur 14 tahun tu online kat fb.. Lalu aku menegurnya kat chat fb.. Aku: Hey! kat kedai CC lagi masa ni.. Buat apa? Dah tengah malam ni, p la balik rumah. Adik: Bukan CC, kt rumah. Aku: Rumah? Online pakai apa pulak? Adik: Pakai telefon. Aku: Bila masa beli telefon? Telefon apa? Harga berapa? Ambik duit mana? Adik: Kerja la.. Aku: Kerja kat mana? Kerja macam mana? Dengan siapa? Brp sebulan gaji? Adik: Hentian gua musang.. Ya Allah, tengok.. banyak soalan yang aku tanya tapi adik aku hanya memilih salah satu soalan yg aku ajukan.. Dia hanya bagi jawapan seketul saja.. Bila dah jadi macam tu, aku terus call mak aku tanya lebih terperinci pasal dia.. Semua soalan aku dah terjawab.. Balik nanti nak tukar telefon dgn adik.. Satu lagi kisah, Pada suatu hari, Waktu menunggu abang ambil aku nak balik kampung.. aku sms abang aku.. Aku: Kat mana? Lambat lagi ka sam...

KITA NI BIAS BUKAN?

Image
Apa itu bias atau berat sebelah? Kalau ikut kamus dewan bias bermaksud kecenderungan atau sikap prejudis terhadap seseorang atau kumpulan terutamanya dalam perlakuan yang tidak adil. Bias ni sering berlaku dalam kehidupan seharian kita. Bias ada macam2 jenis.. bias gender, bias dalam keluarga, kumpulan, kawan, pendidikan, kerja dan sebagainya.. Tapi kali ni aku nak tulis pasal bias pemikiran, ia istilah dlm psikologi sosial..   Okay, cuba kamu sediakan kertas dan jawab soalan di bawah.. Tulis ja kat mana2, tp jangan tulis atas meja sptmana  yg  selalu kamu buat kat sekolah dulu tu.. 1. Saya tidak hadir ke kelas hari ini kerana? 2. Pointer saya sangat baik berbanding dengan semester lepas kerana? 3. Saya berjaya dapatkan kerja itu kerana? 4. Saya gagal dalam subjek sejarah kerana? Sudah? Okay.. Berdasarkan kepada jawapan kita, bila sesuatu perkara yang berbau kejayaan atau positif, kita cenderung mengaitkannya kepada faktor dalaman kita. Mana...

Sikap Tangguh Kerja ~~~ Stress.

Saya sedar bahawa saya sekarang sedang mengalami stress ataupun dipanggil tekanan.. memang raut wajah saya tidak menunjukkan stress kerana sejak dari kecil diasuh untuk sentiasa bersikap cool.. tetapi dalaman saya berdentum-dentum seperti dentuman guruh di langit.. Apa perlu saya buat? Adakah saya perlu bertindak berfokuskan masalah? Atau berfokuskan emosi? Mana mungkin saya selesaikan masalah stress saya dengan berfokuskan emosi.. Kalau menangis, menonton cerita lawak.. Memang tidak berkesan.. malah makin bertambah stress..dan penyelesaian tak tercapai.. Jadi saya perlu bertindak berfokuskan masalah.. Masalah saya - kerja yang banyak.. setinggi-tinggi gunung everest tinggi lagi kerja saya.. *Hehe..ini menipu namanya.. Penyelesaiannya - sila buat kerja anda sekarang fara.. jangan malas.. dan katakan tak nak pada “Sikap menangguh kerja” Kenapa “Sikap menangguh kerja” tu sering menghampiri kita? Sebab kita sering cari jalan untuk mengelak daripada ...

KITA DAN BOHONG.( Kenapa kita selalu bohong ???)

Image
Sewaktuku termenung..dan asyik termenung tetiba ada sesuatu symbol bermain di kotak fikiran aku ni.. nak tau symbol apa? Simbol “?????” beserta dengan cahaya lampu yang tidak berapa nak menyala.. Apa yang aku fikirkan? Aku tak tahu sama ada korang pernah terfikir tak apa yang aku fikir. Begini.. aku dapati setiap kali kita bercakap dengan orang sekeliling, ada ja perkataan yang bohong muncul sewaktu kita bercakap. Dalam erti kata lain, sebenarnya kita tak nak berbohong tapi tak tau tetiba ja boleh cakap bohong.. sebab? Kita nak senangkan hati orang sekeliling tu..walaupon kita berbohong.. Contohnya, mak aku bermusuh dengan makcik bedah dan dia tak suka kalau nama bedah disebut2, apatah lagi berhubung dengannya.. suatu hari aku jumpa makcik Bedah di pasaraya, makcik Bedah tegur dan bertanya khabar berita dariku. Dari belakang aku nampak mak aku, kemudian terus meminta diri pergi dari tempat tu. Mak aku nampak la, aku tengah cakap dengan seseorang dan dia bertanya. ...

LAW OF UNIVERSAL ATTRACTION

Image
Assalamulaiakum pembaca tersayang... Hambe rasa sudah lama pulak hambe tak menceloteh, memekik-mekik di blog hamba... Bila tak update blog, Hambe rasa kesian pulak dengan blog aku ni.. Waktu macam ni baru ada masa sikit untuk update my blog.. Ok, hambe baru sahaja lepas menghadiri seminar pra-pekerjaan di Universiti hambe yang tersayang.. tahun depan hamba bakal menamatkan study hamba di universiti ini.. hambe berasa sayang la pulak untuk meninggalkan Universiti hambe, banyak kenangan2 pahit dan manis hambe tak dapat lupakan... Ok, berbalik kepada seminar pra-kerja tu, Selepas menghadirinya selama 4 hari hamba dapati sangat sukar dan bukan mudah untuk mendapat pekerjaan yang kita impikan..walaupun pendidikan tinggi sekalipon..kerana banyak persaingan di sekeliling kita.. Kita ni ibarat produk.. kalau berkualiti, jenama baik dan tahan lama ramai customer akan cari produk tu..dan sebaliknya... jadi pandai2 la kita mencorakkan produk tersebut supaya ada tarikan daripa...

TEKNIK BERCERMIN?

Image
Assalamualaikum wahai pembaca... Hari ni saya ingin berkongsi satu teori yang penting la jugak untuk kita ketahui iaitu teori homofili. Teori apa ni? macam susah je bunyinya. Mesti ada sesetengah orang tidak mengambil kisah tentang teori2 ni..sebab banyak dan agak susah untuk mengingati sesebuah teori tapi tahukah anda tanpa teori hujah kita menjadi hambar..hehe.. Teori homofili ni boleh dikatakan sebagai teknik bercermin atau dalam omputehnya mirroring.  Teknik bercermin?? cerciter2.. Ok, secara mudahnya teori ini mengatakan bahawa manusia suka pada wajahnya sendiri. Ok, siapa yang suka pada wajah mereka sendiri dan siapa yang tak suka pada wajah mereka??angkat tangan.. sape yang tak angkat tu masih dalam proses loading kot…atau mengalami kekeliruan.. Mengikut teori ni juga, kita mudah  menyukai orang2 yang sama dengan kita dari segi nilai, sikap, dan perangainya. Hal ini kerana, orang yang serupa nilai, sikap dan perangainya menyukai dan membenci perkar...

BAGAIMANA MENJADI ORANG YANG DISUKAI.

Image
Assalamualaikum...pembaca tersayang… Ok, hari ni aku nak share sedikit tips2 atau cara-cara bagaimana untuk menjadi orang yang disukai yang pernah aku baca dalam buku seni bercakap-cakap dan berbual-bual. Sebenarnya, cara untuk buat orang suka kat kita ni boleh buat dalam pelbagai cara berdasarkan aspek-aspek tertentu. Tapi kali ni aku nak share bagaimana nak jadi orang yang disukai melalui aspek gaya komunikasi kita ataupun cara kita berinteraksi dengan orang di sekeliling kita.  Cara-caranya ialah: 1.      Kita mesti suka menolong orang lain. Manusia ni dia suka kepada seseorang yang suka menolong orang. Orang yang pernah menerima pertolongan dari kita akan suka kepada kita. Pakar psikologi kata orang yang pernah menerima pertolongan mudah terpengaruh dengan pandangan, kata-kata dan nasihat orang yang menolong mereka. 2.       Jadilah orang yang jujur, ikhlas dan berhati baik. Jadikan sifat mulia ni dalam p...

KENAPA KITA LUPA?

Image
Assalamualaikum pembaca tersayang..   di sini tuan hamba ingin berkongsi sedikit ilmu…^^ Ok, tau tak apa itu maksud lupa? Atau tak ingat? Mesti tau kan...  Mengikut definisi Ee Ah Meng(1999) lupa tu bermaksud kegagalan kita mengingat kembali apa yang kita alami atau pelajari sama ada bagi sementara waktu sahaja ataupon selama-lamanya. Dan juga kegagalan mengingat kembali sesuatu maklumat dengan tepat. Ha…penyakit lupa pon selalu jugak jadi kat aku, ia buat aku sangat geram dan marah dengan aku sendiri…erghhhhhh!!! lebih2 lagi time exam… kita dah baca dan pada masa sama kita dah ingat, but time exam sedang berlangsung…apa yang kita baca tu, kita lupa balik… Jadi dalam kepala aku Why?? Kenapa?  Bakit ba? Kyom..? Riyu..? Weisheme..? Iyu..? hehe…. Ok, Bagi menjawab persoalan Apa sebabnya kita selalu lupa? Secara umumnya ada 3 sebab utama iaitu: 1.       Faktor gangguan. Gangguan apakah? Membaca perkara2 lain se...

KENAPA ORANG SUKA DAN TAK SUKA KITA?

Image
Assalamualaikum... Di waktu macam ni, aku jadi burung hantu  kejap.. Aku bukan pakar psikologi dan bukan juga Kaunselor... Aku adalah aku..^^ Bila lihat keadaan disekeliling tetiba timbul persoalan ni dalam kepala aku " Kenapa ada orang suka dan ada yang tak suka kita? tak boleh ke kalau semua yang kita kenal tu sukakan kita?" Pertanyaan: Adakah semua orang disekeliling kamu sukakan kamu? Kalau jawapan kamu Tidak. Tahukah kenapa ada orang yang tak suka kita sedangkan kita ni  baik je dengan orang.(kita bukan mrjk kpd aku, kita=manusia) Jawapannya sebab manusia tu berbeza dan  mempunyai hati yang berbeza. Misalnya, adik aku suka Nealofa tapi aku tak suka Neolofa tu…contohlah…bukan betul2..nanti tak pasal2 heboh blog aku… Masing2 ada sebab sendiri kenapa tak suka dan kenapa suka…Adik aku suka sebab dia kata nealofa tu peramah, comel dan hebat berlakon manakala aku pulak mengatakan bahawa nealofa tu sombong, tak cantik dan berlakon taklah hebat.. Hah..kenapaka...

KENALI HIPNOTIS.

Image
Assalamualaikum pembaca tersayang… Ok, topik pada hari ini ialah berkenaan dengan hipnotis. Kamu semua tahu taka pa itu hipnotis atau juga disebut hipnosis.  Macam mana aku boleh kenal dengan perkataan ni? time tengok tv, citer pasal FBI yg sedang menyiasat mangsa dera, dlm cite tu dia kata nanti dia akan buat teknik hypnosis kpd mangsa tp aku tak sempat nak tengok macam mana.. Lepas tu, bila nyanyi lagu salena Gomez “ love you like song” tu ada lirik dia  I’m hypnotise by your destiny..kan!. Aku pon mula la tertanya2, apa maksud dia tu… Pastu lama2 aku lupa.. dan suatu hari ingat balik, nak try search kat google… baru aku tau apa kebenda hipnotis tu.. HIPNOTIS merupakan teknik atau praktik dalam mempengaruhi org lain secara sengaja untuk masuk ke dalam kondisi yg menyerupai tidur, yg mana seseorang yg terhipnotis boleh menjawab pertanyaan yg diajukan dan menerima nasihat tanpa melawan. Teknik ni selalu dilakukan untuk menjelajahi alam bawah sedar. Hah..fah...

Tips-tips mengetahui orang sedang berbohong.

Image
Assalamualaikum pembaca tersayang… Memandangkan malam masih muda..(muda la konon). Hari ni aku nak kongsikan beberapa tips untuk kita lihat sama ada orang tu bercakap benar ataupon bercakap bohong. Tips ni aku baca dalam buku. Kalau aku la, time aku bercakap dengan orang tu, mata aku lebih tertumpu pada matanya. Jarang sekali untuk aku tengok bibirnya ka, hidungnya ka, bulu keningnya ka. Hehee..  Ada kawan aku tu dia lebih suka lihat bibir seseorang apabila bercakap. Lecturer aku kata, kalau nak tengok orang tu bohong ke tak, tengok pada anak matanya. Kalau dia berbohong semasa bercakap, anak matanya akan mengecil. Ok, sekarang kita lihat tips2 lain melalui gesture seseorang tu. 1. Tubuh tidak bergerak @ bergerak berlebihan. Hah…kalau orang yg berbohong, badan dia jadi berat ja nak bergerak sebab mereka tidak berani nak berhadapan dengan lawan bicara mereka dan berusaha meminimakan gerak tubuh dia. Ada juga yang bergerak berlebihan pulak sebab nak menghindari munc...