Posts

Showing posts from September, 2012

Perlukah Mahasiswa diberi Kebebasan Berpolitik.??

Image
Pilihan raya kampus dah berakhir.... dan keputusan dah pon keluar... Tujuan aku post ni bukan untuk memberitahu aku berada di pihak mana... aku ingin bertanyakan satu soalan..sape yang nak jawab, jawab di ruangan komen, kalau no komen, is no komen la...hehe Soalannya berbunyi perlukah mahasiswa diberi kebebasan berpolitik?? Sejak dua menjak ni aku tengok ramai mahasiswa yg terlibat dgn politik bukan dalam kampus sahaja malah luar kampus... Bagi aku la kan, aku tak setuju kalau mahasiswa diberi kebebasan berpolitik...tp bukan 100% xsetuju...ada tempat mahasiswa tu perlu bersuara kan.... Kita renungkan balik, apa tugas, fungsi , peranan kita sebagai mahasiswa...  motif dan sebab kita belajar... aku belajar ni untuk apa er..???erm...mata ke kanan ke kiri...  Mahasiswa ada kuasa ka nak ubah apa yang dia nak... kuasa??? faham tak apa maksud kuasa yg sebenar2nya?? kuasa tu elemen yg penting jugak yg perlu ada dlm diri seseorang tu sebelum...

LELAKI MENANGIS??

Image
" kalau lelaki menangis, mereka kata pondan, lembut dan sebagainya tapi kalau pompuan nangis mereka kata comel..ini tidak adil!! " Ini merupakan status fb salah seorang kenalan kat fb aku.... Betul k macam tu..??? Memang la, aku ada terdengar jugak di sekeliling aku ni mereka mengatakan lelaki pondan la kalau menangis... Kalau pompuan memang la, air mata tu bagaikan dah sebati dengan dia.. takleh nak pisahkan.. aku ni hari2 nangis tau...bukan tanda aku tak kuat ka apa ka.... Aku nangis sebab nak luahkan apa yang aku rasa kat hati aku ni..time aku happy aku nangis time sedih pon aku nangis.. alamak ai...memang hati aku ni kecil sangat.. But bagi aku..lelaki yang menangis tu tanda hati dia lembut, bukan dia yang lembut tau....dan juga tanda bagaimana perasaan(emotion) ikhlas diungkapkan...diluahkan... Dan sangat comel kalau lelaki menangis...kan kan kan... hahaha..tapi adik lelaki aku menangis, aku gelakkan dia sam bil aku kata  " fuyoo..menagis......

Adakah Keikhlasan Itu Boleh Diukur??

Image
Assalamualaikum... Hai.. memandangkan baru start sem dan masih dalam proses menyusun jadual kelas dan program.. Aku takde keje lain, mengadap laptop je keje aku.. Hari ni aku nak tahu pasal keikhlasan pulak... Adakah Keikhlasan seseorang boleh diukur?? jawab...jawab... Maksud Ikhlas disini ialah melakukan sesuatu kerana Allah S.W.T. dan niat kita kerana Allah. Kalau kita melakukan sesuatu tu tanpa keikhlasan maknanya sia-sia saja apa yang kita lakukan tu. Contohnya, kita menderma dengan nilai yang tinggi semata-mata nak tunjuk kita ni baik dan tidak kedekut. Astaghfirulahalazim.... Kita kena betulkan niat kita tu...mendermalah dengan hati yang ikhlas kerana Allah..menderma sebab nak bantu hamba Allah yang tidak bernasib baik.. Tapi untuk wujudkan keikhlasan tu susah kan... Sebab apa?? Sebab keikhlasan itu melibatkan hati kita, hati kita ni seni, ada macam2.. ada nafsu yang jahat yang tersembunyi, ada suara yang berbisik2 untuk kita bersikap sebaliknya...maklumla kita n...

6 Tips Redakan Konflik dengan pasangan.

Image
Assalamualaikum para pembaca yang disayangi... hari ni aku nak share tips2 untuk redakan konflik dengan pasangan.. Mesti antara kamu2 yang sedang bercinta sering dilanda konflik dengan orang yang kamu sayang kan.. walaupon masalah punyerlah kecil tapi konflik tu tetap timbul juga tanpa kita sedari... Tapi untuk mengelakkan hubungan kamu menjadi keruh, ada tips2nya... Ikuti tips2nya... 1. MENGALAH.  Tak kirala antara kamu berdua, salah sorang kena ada yang mengalah ok, kalau masing2 nak tunjuk ego, ia akan mengeruhkan hubungan kalian. Ingat..mengalah tu bukan beerti kita kalah atau salah. Itu salah satu cara untuk elakkan masalah kalian bertambah rumit.   2. TIDAK EMOSI. Bila kita marah kita selalu emosi tak tentu pasal kan. Susah nak kawal emosi marah ni kan.  Boleh meletop dunia. Tapi sebaiknya kalau korang taknak konflik korang tu sampai meletop cuba2 la korang tidak beremosi. belajar kawal emosi kita ya. Jadilah manusia yang cool..hehe 3. MENAHAN ...

KELUHAN SMS DARI SI DIA.

Image
" Geram betul dengan bf aku tu, aku text tak balas..." keluh kawanku. " kadang2 Lelaki ni tak suka berSMS" Celahku. " dahla lambat balas, aku antar mesej panjang2, aku dak letak dah tanda soal tapi dia jawab sepatah dua ja.. geram betul"keluh kawanku lagi. " wei, lelaki tu simple, tak macam kita complex, kita ni suka kan berkias bagai, tapi depa idok la faham mana apa yang kita cakap kan..?? ko perasan x...??" celahku lagi. "A'ah..memang pon... aku ni beriya2 ingat dia faham apa yang aku cakap, tapi respon dia macam tak da pape pon.. Wei, aku rasa nak bawa ko la p jumpa bf aku, aku nak suh ko tengok dia, dia tu betul ke suka kat aku, sebab dia kata suka kat aku tp tak pernah pon dia kata dia cinta aku, aku yang selalu terhegeh2 selalu kata kat dia " kata kawanku. " Amboi....ko Ingat aku ni paranormal ke yang boleh baca hati orang..???? haha... Wei, sesetengah lelaki memang macam tu wei,  susah sangat dia nak lua...

JANGAN BERSEDIH.

Image
Gambar dari pakcik google. KATA2 DIBAWAH AKU AMBIL DALAM BUKU JANGAN BERSEDIH.. KATA2 ITU TERSIRAT SERIBU MAKNA... SELAMAT MEMBACA.. Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih akan selalu mengganggumu dengan kenangan masa lalu, akan membuatmu khuatir dengan  segala kemungkinan di masa akan datang, dan akan menyia-nyiakan kesempatanmu pada hari ini.  Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih akan membuat hati menjadi kecut, wajah menjadi muram, semangat akan padam, dan harapan akan menhilang. Jangan bersedih! Sebab kesedihan hanya akan membuat musuh gembira, membuat kawan bersedih, membuat orang yang mendengki senang dan menbuat hakikat2 yang ada berubah. Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih sama dengan menentang qadha’, dan menyesali sesuatu yang pasti, jauh dari sikap lembut, dan benci terhadap nikmat. Jangan bersedih ! sesungguhnya rasa sedih tidak akan pernah mengembalikan sesuatu yang hilang dan semua yang telah pergi, tidak akan membangkitkan ...

CARILAH SAHABAT.

Image
Hayatilah kata2 ini... Saat kukunjungi kekasihku, ia berkata kepadaku: “ siapakah yang ada di balik pintu? “ Kujawab: “ yang ada dibalik pintu hanyalah aku. “ Ia berkata: “ kamu keliru dalam pengertian cinta Kerana dalam ungkapanmu Kamu pisahkan antara aku dan kamu Setahun telah berlalu Saatku kembali datang kepadanya Mengetuk pintu rumahnya dengan lembut Dia berkata kepadaku ‘ Siapa kamu?” Kujawab “Lihat sendiri, masa tidak kenal Tetapi aku yakin yang ada di balik pintu Tiada lain hanyalah kamu.” Ia berkata kepadaku: “Sekarang kamu baru memahami erti cinta Dan mengenalnya dengan baik, Untuk itu Silalah masuk, wahai belahan jiwaku.”