Posts

Showing posts from June, 2013

Berbicara Dengan Sepi..

Image
Duhai Sepi.. Kadangkala engkau penyeri.. Kadangkala engakaulah api.. Duhai sepi.. Kadngkala engkau hadir tanpa diundang.. Menghayutkan aku tatkala dendang.. Duhai sepi.. Aku tidak minta ditemani engkau.. Aku yang diminta menemani engkau.. Duhai sepi.. Bisakah setelah diteman aku engkau lepaskan.. Lepaskan aku dalam kesepian.. Pergilah sepi.. Kerana aku mahu engkau tahu.. Sesungguhnya kesepian itu tidaklah seindah yang engkau sangkakan..

TIPS SEMASA MENJALANI PRAKTIKAL.

Image
Anda pelajar yang bakal menjalani praktikal/Latihan Industri/praktikum  ?  Selamat menempuh dunia praktikum saya ucapkan kepada anda dan kepada saya sendiri... Anda bakal berhadapan dengan pelbagai cerita dan pengalaman yang indah mahupun yang kurang indah di tempat praktikum anda nanti.. Mungkin cerita kita semua akan berbeza... Bukan akan tapi pasti berbeza... Tapi apa-apa pon semoga kita berjaya menghadapi dengan tenang.. Sudah bersediakah anda untuk menjalani praktikum? Sebelum tu jom lihat tips2 dari sahabat saya iaitu sahabat interaktif  ini.. Tapi jangan lihat saja.. jom kita praktikkan tips ini semasa menjalani praktikal.. (zOOm in sikit) Pertama sekali cari peluang untuk 'menjual diri'.  Maksudnya cuba beri keyakinan kepada organisasi berkenaan apa yang anda mampu buat.  Kadang kala skop  kerja diberikan tidak sepenuhnya sama dengan apa yang dipelajari.  Namun itu tidak menghalang untuk calon memberikan komitmen dalam tugas...

TATKALA KEBIMBANGAN (ANXIETY) MELANDA DIRI.

Saya sedang mengalami kebimbangan pada tahap yang tinggi ataupon dalam istilah psikologi anxiety. Siapa yang tak pernah mengalami kebimbangan.. kamu semua pon pernah kan.. Tapi kadang-kadang orang buat dek je dengan gangguan emosi ni kan.. Kebimbangan ni berlaku bila kita berhadapan dengan keadaan yang menekan ataupon bahaya. Aku? sedang berhadapan dengan situasi yang menekan.. Ini bukanlah pertama kali aku mengalami gangguan kebimbangan tapi inilah kali pertama mengalami gangguan kebimbangan yang terlampau..darurat sangat... Sebab masalah pelajaran ditambah pulak dengan  masalah family dan lain-lain masalah lagi.. Ia telah buat aku jadi kacau..kacau..dan kacau.. aku tak dapat nak memberi fokus pada study.. Badan aku terasa penat, aku lihat tangan aku yang sedang pegang pen menggigil.. jiwaku susah untuk tenang.. apakah yang aku fikirkan..? aku fikirkan masalah dan penyelesaian.. sebab aku tak tahu adakah masalah aku ni dapat diselesaikan atau tidak itu yang buat aku jad...

SURAT UNTUK ABAH

/////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////// Assalamualaikum Abah.. Maafkan kami kerana selama ini kami banyak buat salah kat abah.. Pertama, pernah salahkan abah di atas apa yang menimpa keluarga.. Kedua, pernah membenci abah kerana pergi tinggalkan kami dan mak.. Sejak abah pergi dari rumah.. semuanya berubah... Adik-adik jarang pergi sekolah kerana hilang galakan daripada Abah.. Mak masih lagi seperti dahulu tetapi banyak berubah.. Kami salahkan Abah atas apa yang berlaku ke atas kami.. Tapi kami sedar kerana jasa abah jugalah kami dapat membesar.. Mungkin jodoh Mak dan Abah tidak panjang.. Kami sentiasa menari bersama alunan takdir yang Allah tetapkan.. kerana kami tahu tiada yang indah selain alunan takdir Allah.. Kami nak abah tahu walaupon kami marah abah, kami selalu rindu dekat abah... kami rindu dengan masakan abah.. sup ayam,, gulai ikan patin, pu...

MIGRAINE DATANG LAGI!

Keyakinan diri untuk menjawab exam esok semakin lenyap dan pudar.. Migraine datang kembali menyelubungi hidup aku.. pagi tadi bila cahaya matahari memancar ke arahku terasa seperti kejutan elektrik dikepalaku… pagi tadi juga waktu makan..tekak terasa loya.. makanan tidak sempat untuk aku habiskan..sebab aku takut bila aku memaksa diri untuk makan dan terus makan..nanti termuntah depan kawa-kawan aku, menggegar la di meja tu sekejap..haha Ia mungkin berpunca daripada tidurku yang tidak pernah teratur semenjak setiap kali bermulanya semester baru.. dan stress juga sentiasa menghampiriku biarpun aku tidak pernah sama sekali terdetik pon ingin bersama stress.. aku juga makan tak teratur, perutku ini terlalu cerewet dan sangat memilih apabila berdepan dengan makanan.. Disini amat susah untuk aku jumpa dengan makanan yang aku idamkan tidak seperti di kampung.. cakap apa sahaja mau makan, depan mata..toint2 timbul.. arhgg.. Kepala ni sekejap berdenyut, sekejap tidak.. amat sus...

Duit, Money, Wang, Uang, Fulus dan sewaktu dengannya..

Siapa kata duit, money atau wang tu tak penting? Memang duit bukan segala-galanya, tapi hakikatnya segala-galanya memerlukan duit bukan? Mana ada benda free dalam dunia ni.. masuk toilet pon kena 50 sen. Orang dok kata duit tak penting pon..bahagia tu lebih penting.. Tapi sebab ada duit la yang buat kita bahagia… kalau takda duit, kita tak boleh nak buat apa, tak leh nak survival..dan tak bahagia..  dan manusia sanggup buat macam-macam untuk dapatkan duit bukan? Ia bukan semata-mata untuk jadi kaya ja tapi untuk survival…sebab nak hidup.. hidup...dan hidup.... ada ka orang yang tak nak hidup? Ada tapi itu orang yang bermasalah.. Sebab duit jugalah aku hampir hampir……… Tapi nasib baik ada jalan penyelesaian....

Tatkala Kemurungan melanda diri.

Image
Aku telah mengambil kursus luar fakulti iaitu penulisan skrip drama/tv dan diberi tugasan menulis skrip. Dalam fikiran aku sudah ada jalan ceritanya tapi agak susah juga ya untuk menulisnya. Ceritaku tentang seorang wanita yang mengidap kemurungan/depresi setelah kehilangan orang yang tersayang. Dia juga bergelut dengan takdir yang sudah tertulis sejak azali lagi. Oleh sebab cerita tu berkaitan dengan kemurungan, aku search kat google, cari sedikit maklumat berkenaan dengan kemurungan. Dalam mencari2 info pasal kemurungan, tetiba aku teringat peristiwa yg berlaku ke atas aku ketika berumur 14 tahun. Aku mengalami kemurungan tapi bukan pada tahap yg terlalu klinikal, aku tidak berapa ingat dengan betul tapi yang aku ingat entah kenapa tiba2 malam tu aku berasa tiada seorang pon di dunia ni yang sayang aku, peduli dengan aku, malam tu aku sedih dan menangis hanya kerana angapan yg tidak benar. Keluargaku semua sudah nyenyak diulit mimpi yang indah tapi aku menangis bersama den...

Syukur Alhamdulillah.. Terima Kasih semua..

Image
Alhamdulillah..syukur..sebaik sahaja latihan ilmiah dihantar baru la diri ni berasa sedikit lega..  Waktu aku menaip kata-kata penghargaan untuk dimasukkan dalam latihan ilmiah aku tu… Tiba-tiba dengan lajunya air mata aku mengalir jatuh kepipi.. Hanya Tuhan saja yang tahu apa makna disebalik air mata itu.. Ya Allah, terima kasih banyak2 kerana memberi kekuatan kepada hambamu, bila aku jatuh Engkau bangunkan aku semula..  Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan billionan dan trilionan terima kasih kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang proses menyempurnakan latihan ilmiah aku. Semoga Tuhan membalas jasa baik kalian semua. Terutamanya    Dr Mohd Awang iaitu  penyelia yang sempoi dan penyelia yang sentiasa "cool" yang banyak memberi tunjuk ajar kpd sy.. Mak, abah, kawan-kawan seperjuangan dan semua yang mengenali diriku.. haha.. macam nak ucap terima kasih ja pada semua.. Tapi alamaknya panjang la post ni kalau aku sebut...