Posts

Showing posts from January, 2013

ALLAH ITU SENTIASA ADA.

Image
Aku tidak layak untuknya.. Aku hanya seorang wanita yang biasa-biasa.. Sedangkan dia seseorang yang luar biasa bagi aku.. Dia amat baik..dia menghormati orang tua, menghormati orang sekelilingnya dan menghormati wanita seperti aku… Dia juga mempunyai hubungan yang baik dengan Allah..dan hubungan sesema manusia.. Ramai dikelilingnya wanita yang lebih baik daripadaku.. Mana mungkin dia akan memilihku yang biasa-biasa sahaja.. Mana mungkin… Kalau aku inginkan seseorang yang baik… Aku harus berubah menjadi orang yang lebih baik juga.. Sama ada dari segi tingkahlaku, hubungan dengan orang sekeliling dan hubungan dengan Allah.. Tapi apa yang pasti aku berubah bukan kerana dia, Aku berubah kerana Allah… Allah telah temukan aku dengan dia dan Allah telah membuka mataku...

ANTARA KEBEBASAN EKONOMI DAN KEBEBASAN POLITIK.

Image
Assalamualaikum pembaca tersayang.. Ok, dulu aku pernah terfikir antara kebebasan ekonomi dan kebebasan politik tu yang mana satu yang lebih utama? Yela.. aku tengok ada sesetengah orang yang terlalu taksub dengan politik sedangkan ekonomi dia habuk pon tadak… jangan terasa aku tidak berniat nak mengata sesiapa, Cuma aku kata yang realiti la.. Pastu aku nak selongkar2 la pakcik google manalah tahu dia tahu, pakcik google kan serba maklumat  dan serba boleh… Tapi lepas aku post entry perlukah mahasiswa diberi kebebasan politik? Aku lupa lah pulak nak cari maklumat yang aku nakkan untuk membuktikan kenyataan aku..cehh..perasan.. Sekarang baru ada perasaan nak cari maklumat berkenaan.. bagi korang la kan antara kebebasan ekonomi dan kebebasan politik yang manakah perlu diutamakan dulu? Atau dalam erti kata lain adakah kebebasan politik menghasilkan kebebasan ekonomi? Atau kebebasan ekonomi yang menghasilkan kebebasan politik? Atau adakah terdapat hubungan yang si...

SETIAP KEPAHITAN PASTI AKAN ADA KEMANISANNYA.

Image
Aku gagal… aku gagal… aku gagal.. Aku gagal menahan airmataku daripada jatuh kebumi… Sebelum ini, Aku tidak pernah menangis sehingga  airmata sudah tidak berupaya lagi mengalir.. Aku tidak pernah menunjukkan kesedihan aku kepada orang disekeliling aku… Aku digelar manusia yang amat sukar untuk mempamerkan kesedihan pada zahirnya.. Yang aku pamerkan ialah gelak ketawaku, padahal jauh dari sudut hati ini tersembunyi kesedihan… Itu adalah kerana aku ingin menunjukkan bahawa aku bukan insan yang mudah putus asa dengan takdirNya.. Tetapi dunia ni telah membuat aku menangis sehingga aku meratapi nasib aku sendiri… Suatu hari aku tidak dapat menahan airmata ini daripada terus mengalir, sewaktu di perhentian bus, datang seorang wanita yang tidakku kenali menegurku.. aku buntu bagaimana caranya untuk aku menahan airmataku seketika daripada dilihat oleh orang ramai… namun aku tidak berjaya, airmata tetap mengalir, lantas wanita itu bertanya kepadaku “ M...

AKU INGIN BERUBAH- JOM BERUBAH SAMA2..

Image
VIDEO YANG SO CUTE. Assalamualaikum pembaca tersayang..^^ Hari ni post yang pertama aku pada tahun 2013. 11/1/13. 29 safar 1434. Ok, berbalik pada tajuk di atas…. Yes, Aku ingin berubah.. bukan berubah jadi power rangers, batman,  altraman, superman, cinderella atau sailormon yer… ini berubah ke arah kebaikan…hehe Sejak akhir2 ni, di kepala aku ni selalu mempunyai soalan ni “ bilakah aku akan berubah menjadi seperti itu? But bila aku nak mencuba mengubahnya ada saja halangan yang mendatangi aku.. Betul kata orang setiap kali kita ingin berubah, ada saja halangannya… sampai sekarang halangan tu masih lagi wujud setiap kali aku ingin berubah... Tapi aku taknak berubah sorang2… aku nak berubah bersama keluarga, kawan2 dan ramai lagi… jom sama2 kita berubah.. *HEHE.. ajak orang berubah tp xbagitahu berubah yg mcm mana apa la kau fara... Berubah xsemestinya kita berubah derect… depand pada kita. Sedikit demi sedikit…macam kita naiki tangga..dari satu ...