Posts

Showing posts with the label Tips

Ubat-ubat Merawat Kucing (Berkesan 👍)

Image
Antara ubat-ubat kucing yang aku sediakan, yelah, tak semua yang mampu asal kucing sakit je hantar ke doktor haiwan, kalau sakit2 biasa ja bolehlah rawat sendiri, kalau tak berkesan boleh pergi ke doktor haiwan. Tapi sepanjang guna ubat-ubat kat bawah ni Alhamdulillah berkesan.  Ubat sakit mata- Biasa aku guna ubat Terramycyn, beli di farmasi sini Rm9. Pengalaman aku rawat kucing keempat-empat ekor sakit mata serentak. Mata sampai bengkak dan macam nak terkeluar wei, jadi aku ke farmasi dia kasi ubat ni sebab time time PKP vet xbuka. Kalau bengkak teruk dalam 10 hari juga mata kucing pulih lengkap, kalau x teruk dlm smggu dh surut bengkak. Alhamdulillah, saya masa tu sapu ubat sambil menangis dan berdoa moga depa cepat sembuh😭 korang pon masa sapu tu sambil berdoa juga tau. Kasi bersih dulu mata dengan udara suam, pastu baru sapu ubat ni. Sapu 2kali sehari.  Lepas bengkak tu dah surut, mata kucing masih berair, kena rajin bersihkan dengan air suam lalu sapu kunyit kat mata d...

Tips Lengkap Penjagaan Kucing Bagi Pemula

Image
Makin hari, makin ramai yang suka dengan makhluk comey bernama kucing ni. Alhamdulillah.. Yelah mana tidaknya kehadiran si comel ni membawa penyeri dalam hidup, memberi ketenangan tatkala stress. Kalau yang dah berniat nak bela kucing, kenalah tahu asas-asas, jangan main bela macam tu ja, Salah tingkah kita jugak yang sedih nanti. Disini aku aku kongsikan sedikit tips-tips yang mana boleh dan tak boleh kita buat dalam bela si kucing ni. 1. Kenali kucing.  Decide sama ada nak bela kucing jalanan atau beli, tapi bagi yang kurang bajet lebih baik cari kucing jalanan ja, banyak kucing jalanan yang memerlukan tuan, kucing jalanan ada juga yang baka atau kucing kampung biasa sahaja tapi tiada beza dua-dua comel 😊 Boleh juga beli kucing dimana-mana sahaja, anda boleh search di tempat berdekatan, Jangann terkejut ada yang jual sampai beribu-raban bergantung pada jenis baka kucing, amboi kemain mahal hantaran ko ye kucing😳 takpon boleh post di group pencinta kucing tanya ada tak orang yan...

Cara Meningkatkan Kelajuan Smartphone Adroid (Developer Options)

Image
 Hai korang, ni content youtube aku yang pertama, eh tak maksud aku video yang bernas la, sebelum ni dok upload video yang dk ambik kat hhp and simpan situ ja. Mungkin bermanfaat bagi korang cubalah and jangan lupa subcride tau kalau nak tau macam2 tips lagi😃

Tips Ilmu Komunikasi

Suka join ceramah-ceramah ilmu. Selain niat mengutip ilmu, aku suka perhatikan penceramah. Stop! jangan fikir yang bukan-bukan dulu..hehe. Maksud aku, aku suka memerhatikan bagaimana penceramah comunicate dengan audiens. Semua orang tahu tidak semua orang boleh berinteraksi dengan orang ramai dengan baik bukan? Bukan penceramah ja, cikgu, lecturer, pemimpin dan semua yang melibatkan bercakap termasuk kita semua. Apa yang aku lihat? Body language, ton suaranya, matanya, energynya, spiritnya dan respon audiens hasil daripada pengucapan penceramah. Apabila bercakap dengan menunjukkan body language yang tepat lebih memahamkan audiens. Apabila bercakap dengan menggunakan ton suara tepat dengan perkataannya lebih menarik perhatian audiens. Apabila bercakap dengan memandang mata audiens dengan tepat lebih memukau audiens. Apabila bercakap dengan bersemangat dan bertenaga lebih memikat audiens. Dengan cara yang tepat ini, kita boleh menpengaruhi audiens. Bil...

Kemelut SV dan Supervise

"SV akak tu cerewet dik, akak pon tak tau apa yang dia nak, dah banyak kali proposal akak kena tolak" Petikan SMS dari akak yang aku kenal melalui dunia maya. Beliau merupakan seorang guru, ditawarkan oleh KPM untuk melanjutkan master, sehingga sekarang proposalnya masih tidak diterima oleh supervisor. Jadi, dia minta bantuanku. Bukan sebab aku boleh buat proposal tu diterima, tapi aku cubala sedaya upaya untuk tolong beliau. Mungkin tidak ada instinct antara beliau dengan SV. Itu jawapan umum yang boleh aku jangkakan. Hehe. (Macam-macam la kau fara). Disebabkan kena fokus kerja lagi, biasala kan tugas guru sekarang semakin banyak. Jd ia telah membuatkan beliau tidak ada masa untuk berjumpa face to face dengan SV. Beliau tidak dapat nak memahami SV, SV pon tidak dapat memahami beliau. Jadi, tidak tahu apa yang sebenarnya.SV inginkan. Setelah aku meneliti proposal yang direject oleh SV tersebut, melihat pada komennya aku sudah tahu SV tersebut seorang yang cerewet, ma...

Teknik yang diguna dalam MLM??

MLM? Apa benda tu? MLM yang nak aku ceritakankan ini bukan Maharaja Lawak Mega, bukan juga Multi-Level Modelling dan bukan juga Multi-Level Mouthaking. Aku nak cerita pasal Multi- Level Marketing. Ya, mungkin sudah ada yg mengenalinya dan ada juga yg belum kenal dengan MLM. MLM ni sejenis perniagaan bergantung kpd produk yang dijual dan berapa banyak kos yg perlu dikeluarkan oleh kita untuk menyertainya. Tujuan entry bukannya semata-mata ingin memperkenalkan apa yang dikatakan MLM tu cuma ingin mendedahkan sesuatu yang anda tidak tahu atau tidak menyedari apa yang berlaku dalam MLM. “Sebenarnya aku taknak join tapi entah kenapa tiba-tiba aku terjoin pulak” “ Entahla, aku pon tak tau, dah terlajak join” Inilah salah satu rungutan dari orang yang pernah terlibat dengan MLM. Sorry to say, bukan nak burukkan MLM cuma terdapat segelintir mereka dalam MLM ni pakai cara tipu. Kalau mereka betul2 berniaga dengan cara yg betul its ok la. Sebenarnya mereka ni sangat bijak bermain ...

TIPS SEMASA MENJALANI PRAKTIKAL.

Image
Anda pelajar yang bakal menjalani praktikal/Latihan Industri/praktikum  ?  Selamat menempuh dunia praktikum saya ucapkan kepada anda dan kepada saya sendiri... Anda bakal berhadapan dengan pelbagai cerita dan pengalaman yang indah mahupun yang kurang indah di tempat praktikum anda nanti.. Mungkin cerita kita semua akan berbeza... Bukan akan tapi pasti berbeza... Tapi apa-apa pon semoga kita berjaya menghadapi dengan tenang.. Sudah bersediakah anda untuk menjalani praktikum? Sebelum tu jom lihat tips2 dari sahabat saya iaitu sahabat interaktif  ini.. Tapi jangan lihat saja.. jom kita praktikkan tips ini semasa menjalani praktikal.. (zOOm in sikit) Pertama sekali cari peluang untuk 'menjual diri'.  Maksudnya cuba beri keyakinan kepada organisasi berkenaan apa yang anda mampu buat.  Kadang kala skop  kerja diberikan tidak sepenuhnya sama dengan apa yang dipelajari.  Namun itu tidak menghalang untuk calon memberikan komitmen dalam tugas...

Tips Untuk Kekalkan Kegembiraan.

Image
- Apabila kegembiraan hadir di hati, ada cara untuk kekalkannya. Anda perlu rasai kegembiraan dan kegirangan.Dalam perkataan Inggeris, ini dipanggil   happiness   and   joy. -Anda perlu tahu bahawa kegembiraan dan kegirangan yang ada di dalam hati akan menarik lebih banyak lagi kegembiraan dan kegirangan. Happiness attracts more happiness,joy attracts more joy! -Untuk kekalkan kegembiraan yang Anda rasa,   ucapkan syukur selalu . Inilah cara untuk kekal bersemangat. Kekal   termotivasi . - Ucapkan terima kasih   pada setiap orang di sekeliling Anda, ucap walau peranan mereka pada Anda kecil saja, misalnya, ucap terima kasih pada cleaner yang membersihkan pejabat Anda, ucap terima kasih pada budak pencuci kereta yang mencuci kereta Anda. Andai kata kena saman, ucap terima kasih pada Encik Polis sebab menyaman kesalahan Anda, membuat Anda sedar kesalahan yang Anda lakukan. -Tiap kali Anda dilanda kegusaran berdepan dugaan atau permasa...

Tips-tips mengetahui orang sedang berbohong.

Image
Assalamualaikum pembaca tersayang… Memandangkan malam masih muda..(muda la konon). Hari ni aku nak kongsikan beberapa tips untuk kita lihat sama ada orang tu bercakap benar ataupon bercakap bohong. Tips ni aku baca dalam buku. Kalau aku la, time aku bercakap dengan orang tu, mata aku lebih tertumpu pada matanya. Jarang sekali untuk aku tengok bibirnya ka, hidungnya ka, bulu keningnya ka. Hehee..  Ada kawan aku tu dia lebih suka lihat bibir seseorang apabila bercakap. Lecturer aku kata, kalau nak tengok orang tu bohong ke tak, tengok pada anak matanya. Kalau dia berbohong semasa bercakap, anak matanya akan mengecil. Ok, sekarang kita lihat tips2 lain melalui gesture seseorang tu. 1. Tubuh tidak bergerak @ bergerak berlebihan. Hah…kalau orang yg berbohong, badan dia jadi berat ja nak bergerak sebab mereka tidak berani nak berhadapan dengan lawan bicara mereka dan berusaha meminimakan gerak tubuh dia. Ada juga yang bergerak berlebihan pulak sebab nak menghindari munc...

TIPS UNTUK MENANGANI GEJALA INSOMNIA.

Image
Assalamualaikum pembaca tersayang… Ok..malam ni, kita bercakap pasal tajuk di atas ni iaitu, cara-cara untuk menangani Insomnia. Ok, terlebih dahulu siapa yang tahu insomnia tu apa?? Angkat tangan…(dah macam cikgu dah aku ni) tak payah la, tak nampak tangan korang… Insomnia tu merupakan gejala kelainan dalam tidur seperti sukar untuk tidur ataupun mempertahankan tidur,tidur tidak teratur atau tidak cukup. Ia merupakan gangguan tidur, ia berbahaya tau.. Macam aku la, susah sangat nak tidur, tengok la masa ni bukannya nak tido malah gatal2 tangan menaip dan buat2 segar mata. Tapi aku dah lama mengidapnya, Tuhan saja yang tahu. Nak tahu puncanya? Mesti korang pon tahu apakah yang menyebakan kita sukar untuk tido. Salah satunya, tengok TV, mengadap laptop atau komputer la, macam tak boleh berenggang dengan komputer.  Menurut pakar benda alah tu boleh merangsang otak kita dan buat kita sukar untuk tidur. Sebelum lihat tips2nya kita kena tahu puncanya dulu dtg dar...

ROMANTIK ITU SUNNAH RASULULLAH.

Image
Ok hari ni aku nak share satu penulisan dari lecturer aku, yang pernah publish kat newpaper kosmo… Sebenarnya banyak penulisannya yg bagi aku sangat perlu untuk kita baca dan ketahuinya, penulisannya banyak berkaitan dengan psikologi... Dulu pernah jugak aku terpikir kenapa lelaki Melayu ni tak romantik??  aku selagi soalan aku blm jawab, aku cari jugak jawapannya smpai dapat... ha...So, sekarang baru aku tahu kenapa depa bertingkahlaku sedemikian selepas baca penulisan ni.. Ada yang kata tak payah lah nak romantik2 ni macam orang barat ja… Tapi betulkah?? Ok..untuk menjawab persoalan ini…Teruskan membaca.. SIAPA suami pilihan anda? Percaya atau tidak, antara kriteria suami pilihan para gadis ialah lelaki yang romantik. Bagi kebanyakan lelaki pula, romantik biasanya hanya ketika usaha memikat, tetapi bila si dia sudah menjadi miliknya, romantik terus hilang. Apabila isteri bersuara, kerap lelaki ini memberi alasan: "Romantik apanya, tak perlu nak...

7 tips untuk menangani konflik dengan pasangan.

Hari tu aku ada post pasal  tip redakan konflik  , sekarang sekaligus menangani konflik tu.. Hehe... time belajar subjek marriage, family, kinship ari tu aku ingat lagi apa yang lecturer ajar dan aku nak kongsikan...hehe.. 1.    Be specific- jangan guna “ tak pernah” dan “ selalu”. Contohnya, abang ni ” tak pernah” nak bagitau saya abang pergi dengan siapa. Abang ni “selalu” buat saya marah tau. Ha..itu kata2 yang akan buat pasangan anda mudah naik angin. So, jangan guna yang ini, cuba try macam ni.. Contohnya, saya lebih tenang  kalau awak begitahu awak pegi dengan siapa. 2.  Attack the problem not person. Selalunya orang tu kalau ada masalah dengan pasangannya mesti dia mencari kesalahan pasangannya, bukan dia fokus dengan masalah yang mereka hadapi…Itulah yang menyebabkan konflik makin meninggi. So, kalau taknak konflik tu bermaharajalela cuba amalkan yang sebaliknya. 3.   Express feeling and use “ I” ...