Dec 15, 2020

Tips Lengkap Penjagaan Kucing Bagi Pemula

Makin hari, makin ramai yang suka dengan makhluk comey bernama kucing ni. Alhamdulillah.. Yelah mana tidaknya kehadiran si comel ni membawa penyeri dalam hidup, memberi ketenangan tatkala stress. Kalau yang dah berniat nak bela kucing, kenalah tahu asas-asas, jangan main bela macam tu ja, Salah tingkah kita jugak yang sedih nanti. Disini aku aku kongsikan sedikit tips-tips yang mana boleh dan tak boleh kita buat dalam bela si kucing ni.

1. Kenali kucing. 

Decide sama ada nak bela kucing jalanan atau beli, tapi bagi yang kurang bajet lebih baik cari kucing jalanan ja, banyak kucing jalanan yang memerlukan tuan, kucing jalanan ada juga yang baka atau kucing kampung biasa sahaja tapi tiada beza dua-dua comel 😊 Boleh juga beli kucing dimana-mana sahaja, anda boleh search di tempat berdekatan, Jangann terkejut ada yang jual sampai beribu-raban bergantung pada jenis baka kucing, amboi kemain mahal hantaran ko ye kucing😳 takpon boleh post di group pencinta kucing tanya ada tak orang yang nak kasi kucing, mana tau ada yang nak kasi kucing berbaka, or kucing yang korang nak macam mana.

Kucing pon dia ada karakter dia sendiri, ada yang garang, terlalu manja, penakut dan macam2 perangai lagi. Ada yang dari kecik dah cerdik, ada jugak yang susah nak cerdikkan😅.Kadang ada kucing yang bertukar tuan, pada mulanya garang dan penakut, apa yang korang perlu buat ialah cuba tenangkan dia, kau pegang macam pegang baby (tangan kanan kau pegang kaki dia, tangan kiri kau pegang tangan dia) untuk elakkan kau dicakar, bahaya kalau kena cakar, silap hari bulan kau kena ke hospital, bila nampak dia dah tenang sikit sambil tu gosok dia pelan-pelan terutamanya part bawah dagu tu. Itu pengalaman aku buat dekat kucing parsi yang kawan aku kasi, punyalah takut dengan manusia dan kucing lain, asyik menyorok bawah katil la, dalam almari la. Kadang bila dah dapat, aku letak dalam sangkar, tapi aku keluarkan balik nak bagi dia kenal kawan2 yg lain. kucing ni tak boleh berkurung dalam tempoh yang lama, kita kena bagi dia rileks kat luar juga, lainlah kalau sarang tu dh luas ada tempat dia bermain, bergolek-golek dan paling penting kena adapt dan bergaul dengan kucing lain juga.

Kalau kucing tu masih kecil tapi takda ibu, ataupun ibu muda yang tau beranak ja n xpandai jaga anak, boleh kasi susu formula kucing, guna botol susu khas kucing, jgn kasi botol susu ank kita plk.😅




2. Beli peralatan lengkap kucing.
  • Sangkar kucing- Beli sangkar yang bersesuaian, beli sangkar yang boleh letak pasir dan bekas makan dan minum. Saya nasihatkan indoor kucing, kalau outdoor pastikan kucing diletak di tempat yg bersih dan tidak terlalu sejuk dan terlalu panas. Sebab kucing ni sensitif dengan cuaca, kalau tempat lembap bakteria mudah membiak kt badan. Oh ya, dalam sangkar tu letak la alas kain ke kotak ke supaya mudah kucing nak berjalan kalau xda alas kesian depa nanti luka kaki. Tujuan letak dalam sangkar juga kadang boleh elakkan dari bahaya, contohnya elak dari kena terkam dengan kucing liar or kucing bapak. Kucing bapak jahat ni bahaya, kadang boleh bawa maut, aku dah ada pengalaman kucing yg kena terkam dgn si bapak oyen, kalau babycat tu lagilah dia berkenang, dia gigit sampai mati.
  • Makanan/minuman- Bagi makanan, pilih kibbles yang tinggi protein iaitu lebih kurang 30% dan keatas. Sediakan kibbles yang bersesuaian, elakkan yang ada banyak pewarna seperti kibbles warna hijau, merah dan macam warna lagi tu, tak sesuai untuk kucing nanti kucing boleh terkena cirit dan tak elok juga untuk kesihatannya. Yang ada bajet lebih boleh beli Royal Canin, orijien, egocat dan lain2 yang ada kebaikan lain seperti kulit dan bulu ,yang save bajet boleh beli Misha, power cat, cat food murah yang lain pastikan tiada pewarna. Jangan beri makanan yang manusia makan, jangan bagi nasi, perut kucing tak boleh hadam. Bagi makanan basah 2-3 kali seminggu, beli wetfood di kedai atau buat sendiri (Rebusan isi ayam, ikan), jangan campur perasa lain seperti garam, gula ajinomoto ke, kucing bukan macam kita. Boleh baca najis kucing yang normal dan xnormal
  • Tandas/Litter Box- Boleh pilih yang yang jenis tertutup atau yang biasa ja, kalau nak beli sendiri ikut bajet, jangan beli yang terlalu kecil, beli lebih besar sedikit dari size kucing anda. Kalau kalau pilih yang tak tertutup kemungkinan kawasan box kucing anda bersepah sebab kucing suka kais -kais pasir, ada yang terlalu ganas mengais😬
  • Penyodok pasir- Boleh beli yang murah sahaja asal boleh sodok poo dia, kedai eco pon ada, takde penyodok takkan nak pakai tangan poo dia😀
  • Litter/Pasir- Boleh beli ikut kesesuaian bajet, ada pasir yang mudah berbau, ada yang tak berbau langsung. Tapi better beli yang pasir yang jenis besar-besar, kalau yg kecil-kecil lambat serap. 
  • Ubat-ubatan- Sediakan ubat kutu, fungus, mata, telinga, selsema dan sebagainya. Kalau yang nak save bajet taknak bawa ke vet boleh tengok post aku yang ni Ubat merawat kucing. Tak semua orang yang bela kucing ni orang yang mampu. Jadi kalau sediakan ubat2 kucing ni in shaa Allah setidak-tidaknya kita dapat selamatkan kucing, Bagi aku kalau kita sendiri berjaya rawat kucing, kita akan rasa bangga. Melainkan kalau kucing sakit teruk kenalah bawa ke vet. 

3. Perlu dan tak perlu mandikan kucing.

Kucing bukan macam kita kena mandi setiap hari. Kucing ni sebenarnya dialah mahkluk yang bersih, tiap masa aku dok tengok dia mandi, grooming diri sendiri, dia dok jilat-jilat badan tu tengah grooming la tu. Selalu gak customer dok tegur kucing aku, "bersih bulu dia, selalu mandikan ke?" Aku kata, dia mandi sendiri😁 Tidoklah aku rajin nak mandikan tiap hari, kucing aku bukan seekor, 9 ekor semua dan seekor ibu bakal meletup tak lama lagi 😅Lagipun tak perlu mandi kerap sgt. Cuma kita kena tolong la jugak part2 yang dia xboleh bersih macam muka dan telinga. Boleh tengok Cara grooming kucing dengan betul

Kalau kucing outdoor, nampak dia terlalu kotor perlu dimandikan. Kalau x berapa kotor cukup lap dengan kain basah. Kalau kucing ada penyakit kulit, bau busuk boleh mandikan + guna syampu yang merawat peyakit kulit. Bagi kucing indoor dia tak terlalu terdedah dengan kekotoran, takde penyakit dan sihat sejahtera jangan memandai kita mandikan sebab tak perlu cuma lap-lap dengan tuala basah ja sikit, kita nak nampak dia bersih kan. Sebulan sekali mandi pon dh ok buat kucing yang indoor sepenuhnya dan sihat tanpa sebarang penyakit. Jangan mandi waktu malam. Waktu mlm urat kucing sgt sensitive kalau terkena air. Kalau mandi pastikan keringkan bulu dengan hairdriyer.

4. Sentiasa jaga persekitaran.

Jaga persekitaran tempat tido kucing, tempat bermain. Jarang2 sekali mainlah dengan mereka, untuk pastikan mereka sentiasa aktif. Sentiasa pastikan bekas makan dan minum bersih, air pon kena tukar hari-hari kecuali bersih lagi, kucing takkan minum kalau tengok air kotor. Kalau dia makan kibbles sahaja kena pastikan dia minum air banyak. Selain itu, sila potong kuku kucing untuk elakkan kuku dia tu tersangkut mana-mana kain. Ataupun time main nga kawan2 bahaya kwn ni terkena kuku. Lihat Cara potong kuku kucing dengan betul

5. Mandulkan

Bagi mereka yang dah tak mau ramai2 kucing, silalah mandulkan kucing sebab kucing setahun 3-4 kali pregnant. Kesianlah kalau korang ada niat untuk buang. Kalau ada bajet lebih boleh cucuk vaksin.

Sekian itu sahaja, terima kasih sudi baca blog saya, doakan saya dimurahkan rezeki. Jaga kucing anda elok-elok nah..

No comments:

TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...