Posts

Showing posts from December, 2013

PENUTUP 2013

Image
Sempena tahun baru yang bakal menjelma, aku ingin menutup tirai entry terakhir bagi tahun 2013. Terima kasih mak, abah, keluarga, sahabat2 , cikgu2 , lecturer2 dan sesiapa sahaja yang kenal diri ini mahupun tak kenal. Terima kasih buat hidup ini begitu bermakna, terima kasih kerana sudi berkongsi segala suka duka bersamaku.. Meskipun adakalanya terpaksa aku berjalan di atas pohon yang rapuh, tetap jua mereka berjalan bersamaku.. Buat sahabat2 seuniversiti , sefakulti, sejabatan atau sekelas, tiada istilah berpisah ok, kita pasti bertemu jua kalau tidak waktu yang terdekat mungkin waktu bergelar ibu atau nenek nanti. Meskipun raga kita terpisah jauh namun hati kita selalu dekat.. Tolong maafkan aku, kalau aku ada buat silap. Kadang2 kita tak perasan yg kita telah mengguris lagi menghiris hati seseorang, Itu ok lagi tapi bagi yang perasan dirinya telah membuat salah tapi susah untuk minta maaf. inila yang bahaya, kadang2 boleh menghantui kita. Tapi kenapa ada seseteng...

HAPUSKAN SOCIAL LOAFING!!

Sesesorang yang bekerja secara kumpulan cenderung untuk curi tulang kerana mereka menganggap ada orang lain dalam kumpulan tersebut yang akan buat kerja. Tanpa sedar hal inilah yang banyak terjadi dalam kalangan pelajar, pekerja, keluarga dan kita2.. Jadi apakah yg akan berlaku jika adanya fenomena sebegini? Inilah social loafing, Aku kenal dgn istilah ni waktu praktikal dulu, aku menggambarkan situasi kerja, lecturer aku suh baca istilah ni.. Tp sekarang jumpa balik istilah ni dlm subjek psikologi sosial.. inilah kelebihan belajar psikologi, kita akan kenal dengan pelbagai istilah, istilah2 inilah yang memberi jawapan kepada kita tentang sesuatu yang berlaku dalam hidup dan persekitaran kita.. Tapi tidak ramai yg tertarik dengan ilmu psikologi padahal ia penting, ia penting utk kita memahami manusia lebih2 lagi manusia yg suka pakai topeng.. (dh melarat2 tulisan) Back to the point, susah kan kalau kerja kumpulan ni.. kalau kumpulan tu terdiri daripada individu yg bertang...

Kenapa Lelaki tu Simple?

Kenapa lelaki tu simple? Pada suatu malam, jam 3am, ketika online fb, ternampak adik lelaki bongsu aku yang berumur 14 tahun tu online kat fb.. Lalu aku menegurnya kat chat fb.. Aku: Hey! kat kedai CC lagi masa ni.. Buat apa? Dah tengah malam ni, p la balik rumah. Adik: Bukan CC, kt rumah. Aku: Rumah? Online pakai apa pulak? Adik: Pakai telefon. Aku: Bila masa beli telefon? Telefon apa? Harga berapa? Ambik duit mana? Adik: Kerja la.. Aku: Kerja kat mana? Kerja macam mana? Dengan siapa? Brp sebulan gaji? Adik: Hentian gua musang.. Ya Allah, tengok.. banyak soalan yang aku tanya tapi adik aku hanya memilih salah satu soalan yg aku ajukan.. Dia hanya bagi jawapan seketul saja.. Bila dah jadi macam tu, aku terus call mak aku tanya lebih terperinci pasal dia.. Semua soalan aku dah terjawab.. Balik nanti nak tukar telefon dgn adik.. Satu lagi kisah, Pada suatu hari, Waktu menunggu abang ambil aku nak balik kampung.. aku sms abang aku.. Aku: Kat mana? Lambat lagi ka sam...

Jangan biarkan dia jatuh

Image
Tatkala dia jatuh, bantulah bangunkan dia.. Jangan biarkan dia terus jatuh.. Kerana bila tiba saat kita jatuh... dia akan biarkan kita jatuh.. sepertimana kita biarkan dia jatuh.. Jangan sampai suatu saat rasa kesal menghantui diri.. kerana membiarkan dia jatuh.. Suatu saat juga kita akan percaya bahawa karma itu ada..

KITA NI BIAS BUKAN?

Image
Apa itu bias atau berat sebelah? Kalau ikut kamus dewan bias bermaksud kecenderungan atau sikap prejudis terhadap seseorang atau kumpulan terutamanya dalam perlakuan yang tidak adil. Bias ni sering berlaku dalam kehidupan seharian kita. Bias ada macam2 jenis.. bias gender, bias dalam keluarga, kumpulan, kawan, pendidikan, kerja dan sebagainya.. Tapi kali ni aku nak tulis pasal bias pemikiran, ia istilah dlm psikologi sosial..   Okay, cuba kamu sediakan kertas dan jawab soalan di bawah.. Tulis ja kat mana2, tp jangan tulis atas meja sptmana  yg  selalu kamu buat kat sekolah dulu tu.. 1. Saya tidak hadir ke kelas hari ini kerana? 2. Pointer saya sangat baik berbanding dengan semester lepas kerana? 3. Saya berjaya dapatkan kerja itu kerana? 4. Saya gagal dalam subjek sejarah kerana? Sudah? Okay.. Berdasarkan kepada jawapan kita, bila sesuatu perkara yang berbau kejayaan atau positif, kita cenderung mengaitkannya kepada faktor dalaman kita. Mana...