Posts

Showing posts from August, 2012

APA YANG BERLAKU DI HARI RAYA...??

Image
Hai SelamaT Berhari Raya Yang Kedua... Semalam aku beraya Sakan.. Aku p Redah semua rumah yang aku kenal...rumah jiran, kawan2 aku dan sanak saudara yang dekat2... Bukan aku kutip duit raya..aku g kutip makanan simpan makanan dalam perut aku... Gila..banyak sungguh aku makan, selagi boleh makan, aku makan...Aku main rdah jer apa sahaja makanan.. semua campur2 dalam perut... Pada malamnya... Aku dalam kritikal... Aku dalam wad Berak... hahaha... Aku tak tau aku tersilap makan apa sampai tandas dah jemu dengan aku, asyik tgk muka aku jer dalam tandas.. Dan aku juga tak boleh nak tido, asyik ke tandas jer... Tandas jer yang terbayang dalam kepala aku, benda lain takdak dah... Sampai aku mimpi, masa tu aku dalam LRT KL, aku gelabah cari tandas, nak membuang... Adoi..Tuhan saja yang tahu aku masa tu... Tapi nasib baik ia sekadar mimpi... Aku ingat betul2 dah, kalau betul2 tak tau la apa yang jadi dengan aku... haha... Korang jangan jadi macam aku yer..

KES BULI DI BULAN RAMADHAN.

Image
Masa Aku kecik2 dulu, aku selalu jadi bahan buli abang dan kakak aku.. sbb aku budak yg kecik.... dan aku ni jenis yg percayakan abang dan kakak aku... nak dijadikan cerita ada la babak2 yang tak boleh blah...sampai ke ari ni aku ingat lagi... FLASHBACK. SITUASI 1. Masa tu umur aku dalam 5 atau 6 tahun kalau tak silap... Maklumlah baru nak mula puasa, budak2 puasa macam mana kan..mak dan ayah aku jarang ada kat umah, diorang ada waktu-waktu penting ja. so, aku berpuasa dengan bimbingan abang, kakak dan kawan-kawan.. AKU: tunggu jap, aku sakit perut nak gi berak jap. ABANG: Wei, mana bole berak nanti batal puasa. Tercengang aku seketika.. AKU: Pastu, sakit perut ni..nak terkeluar dah. ABANG: tahan la.. Kau nak batal puasa ke..?? AKU: Taknak... Pastu aku ni percaya sangat cakap abang aku, jadi aku tahanlah. Tidak lama kemudian, aku tau yang abang aku tipu melalui reaksi wajahya yang dok gelak-gelak. Ada...

PENGALAMAN EXCHANGE STUDENT UM-UNPAD

Image
Dah 3 minggu aku balik dari bandung,indonesia, program pertukaram pelajar. kami terdiri daripada 28 orang student dari 3 jabatan iaitu jabatan antropologi sosiologi, jabatan pentadbiran keadilan sosial dan jabatan hubungan antarabangsa. Pergi selama 22 hari. Baru sekarang ada masa untuk  update blog. Nak tau tak pengalaman aku kat sana??? kalau taknak tahu, aku nak citer jugak hehe. Memang banyak pengalaman pahit dan manis sepanjang aku disana yang xdapat aku lupakan. Aku ringkaskan jela sebab masa amat jelouskan aku.  Dari segi penginapan, tiba jer di Bandung di Universitas padjajaran, aku ingat kitorang semua akan menginap di asrama U tu tapi disebabkan ada sedikit masalah kitorang semua tinggal di luar kampus, di rumah sewa atau rumah kontrakan orang indonesia kata. Tp umah sewanya xjauh dari fakulti, jalankaki skjp jer sampai, kira ok la daripada dk jauh dari fakulti. Ni ha rumah kontrakannya & gambar kitorang bersama pemilik kontrakan namanya B...