Tatkala Kemurungan melanda diri.
Aku telah mengambil kursus luar fakulti iaitu penulisan skrip drama/tv dan diberi tugasan menulis skrip. Dalam fikiran aku sudah ada jalan ceritanya tapi agak susah juga ya untuk menulisnya. Ceritaku tentang seorang wanita yang mengidap kemurungan/depresi setelah kehilangan orang yang tersayang. Dia juga bergelut dengan takdir yang sudah tertulis sejak azali lagi. Oleh sebab cerita tu berkaitan dengan kemurungan, aku search kat google, cari sedikit maklumat berkenaan dengan kemurungan. Dalam mencari2 info pasal kemurungan, tetiba aku teringat peristiwa yg berlaku ke atas aku ketika berumur 14 tahun. Aku mengalami kemurungan tapi bukan pada tahap yg terlalu klinikal, aku tidak berapa ingat dengan betul tapi yang aku ingat entah kenapa tiba2 malam tu aku berasa tiada seorang pon di dunia ni yang sayang aku, peduli dengan aku, malam tu aku sedih dan menangis hanya kerana angapan yg tidak benar. Keluargaku semua sudah nyenyak diulit mimpi yang indah tapi aku menangis bersama den...