Posts

Berubah

Dan bila dua orang sama terluka. Maka pudar sudah harapan. Saling takut untuk menjadi paling mencintai. Kerana takut lukanya paling dalam. Tapi aku tidak pernah takut menyintaimu.  Walaupun layananmu terhadapku sudah berubah.  Tatapan matamu sudah berubah. Senyumanmu sudah berubah. Banyak, ya banyak yang berubah tentang mu.  Seolah orang yang baru aku kenal.  Meski hati sedih aku tatap akan denganmu.

Pinta

Aku jarang meminta dekat Allah.  Aku cuma minta Allah kurniakan kesihatan yg baik buat org2 yg aku sayang.  Selain itu, ada satu hal lagi yang aku minta. Dari dulu sampai sekarang pinta aku tetap sama.  Aku cuma nak dia. Ya, aku memang sudah dapat.  Tapi tak dapat menggengamnya.  Hati manusia Allah yang pegang.  Allah yang bolak balikkan hati.  Aku tak boleh paksa Allah kabulkan permintaan aku. Aku juga tak mampu nak buat orang jadi satu energy denganku.  Aku tak mampu nak paksa orang jadi seperti apa yang aku nak. Aku tak mampu nak bagi orang berharapan yang sama seperti aku.  Apa yang aku mampu adalah jalaninya dengan tenang dan penuh kasih. Selagi ada cinta.. Selagi ada nyawa.. 

Menanti

Jam menunjukkan jam 2.11am, aku masih terjaga, itulah aku susah untuk lena, kalau penat sekalipon masih juga susah lena. Itu yg aku cemburu dgn org yg senang lena, letak kepala dh lena, sementara aku kena tunggu otak penat dulu dlm bercerita, berfikir, berharapan.. Entahla kadang aku rasa hidup aku kosong, mengulangi rutin bangun pergi kerja, pulang kerja tido, tiada sesiapa disini, tidak punya kawan rapat, partner? I don't know mgkin ada mgkin tiada. Tiada tempat aku berkongsi cerita. Tapi Alhamdulillah sekarang aku masih lagi hidup dengan tenang cuma jiwaku tidak begitu tenang. Bukan celaru, but rasa hilang sesuatu.  Haruskah aku pulang semula ke kampung dan bekerja di kampung semula? Di kampung ada family walaupon gaji tidaklah mahal. Disini, aku tidak ada sesiapa.  Niat aku merantau adalah untuk menenangkan diri tapi kini aku sudah tenang. Perlukah aku balik ke tempat asalku?  Begitu banyak persoalan yang sama. Tapi sebenarnya disini aku masih lagi menanti seseorang, ...

Pudar

Entah cinta yg mulai memudar atau alurnya harus seperti ini.. Aku rindukan kau tapi rindu kau yang dulu. Ye dulu.. Sebelum kita bertingkah.  Mungkin yg dulu itu dah jadi sejarah, maka sejarah itu hanya utk dikenang bukan diulang..  Tapi sejarah juga mungkin berulang kan..

Tinta rindu

Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup saya. Terima kasih kerana pernah menjadi sebab saya tersenyum tanpa sebab. Kehadiran awak mengubah dunia saya menjadi lebih indah, walaupun akhirnya saya terpaksa menerima bahawa tidak semua yang indah ditakdirkan untuk kekal. Terima kasih banyak-banyak sebab sentiasa cari waktu dan korbankan waktu untuk saya. Saya sangat hargainya. Waktu-waktu itulah yang sentiasa saya rindukan. Tapi jangan risau lepas ni tiada lagi orang yang mahukan waktu awak.  Maaf kerana sepanjang kita bersama, saya masih belum menjadi seseorang yang awak impikan. Saya sedar saya ada banyak kekurangan. Saya pernah mengecewakan awak, pernah gagal memahami apa yang awak rasakan. Saya dah cuba menjadi yang terbaik, tetapi akhirnya saya sedar ada usaha yang tetap tidak mampu mengubah takdir. Saya tidak akan lagi menunggu balasan yang mungkin tidak akan pernah datang. Saya tidak mahu menjadi beban dalam hidup awak. Kalau dengan kehilangan saya awak lebih bahagia, Maka s...

Attachment VS Detachment

Kalau ada attachment mestilah ada detachment kan. Attachment tu mmg mdh & senang terjadi, bila kita dh sygkan seseorang hdp kita bergantung pd dia jela. Bergantung pd mcm mana dia layan kita, kalau dia layan kita elok, kita elok, kalau ad masa dia dh start layan kita x elok jd triggered emosi kita. Well, sgt menguras tenaga kita.  But, aku belajar sesuatu tentang detachment, kt dunia ni kita kena ada mindset bahawa semua sama ada manusia atau benda di muka bumi ni bukan milik kita, dlm quran pon ada sentuh psl ni. Nk lbh phm lg misal la kita set yang partner kita ni mcm kucing liar, anggaplah dpn rmh kita ad kucing liar, kita boleh syg dgn dia, kita bg dia mkn, boleh belai2 tp x selalu blh mcm tu. Mungkin ad masa dia sensitive xmau dibelai, disentuh kalau kita paksa2 dia mencakar plk.  Kalau kita paksa org bagi waktu dia dekat kita ia jd menyakiti diri kita sendiri sbb dia xblh nk bg, kita jd pikir kita bkn priority dia, masih ada hal lain yg dia prioritykan. So anggap lah...

Hilang

Dann bila seseorang yang kita sayang selalu hilang tanpa khabar, adalah normal untuk kita mula mencari mereka.. Kerana hubungan yang sihat memerlukan dua orang melangkah ke arah satu sama lain, bukan seorang berlari dan seorang lagi hanya menunggu.