Tinta rindu
Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup saya. Terima kasih kerana pernah menjadi sebab saya tersenyum tanpa sebab. Kehadiran awak pernah mengubah dunia saya menjadi lebih indah, walaupun akhirnya saya terpaksa menerima bahawa tidak semua yang indah ditakdirkan untuk kekal.
Terima kasih banyak-banyak sebab sentiasa cari waktu dan korbankan waktu untuk saya. Saya sangat hargainya. Waktu-waktu itulah yang sentiasa saya rindukan. Tapi jangan risau lepas ni tiada lagi orang yang mahukan waktu awak.
Maaf kerana sepanjang kita bersama, saya masih belum menjadi seseorang yang awak impikan. Saya sedar saya ada banyak kekurangan. Saya pernah mengecewakan awak, pernah gagal memahami apa yang awak rasakan. Saya dah cuba menjadi yang terbaik, tetapi akhirnya saya sedar ada usaha yang tetap tidak mampu mengubah takdir.
Saya gagal mempertahankan hubungan ini. Selepas ini saya tidak akan mengganggu hidup awak lagi jika itu yang awak mahukan. Saya tidak akan lagi menunggu balasan yang mungkin tidak akan pernah datang. Saya tidak mahu menjadi beban dalam hidup awak. Kalau dengan kehilangan saya awak lebih bahagia, Maka saya rela menjadi kenangan.
Jaga diri baik-baik.
Jangan lupa makan.
Jangan terlalu penat mengejar dunia sehingga lupa menjaga diri.
Semoga Allah sentiasa menjaga awak, di mana pun awak berada.
Semoga rindu ini kembali kepada awak.
Comments