Posts

Showing posts from July, 2014

Hukum Melintas Depan Orang Solat.

Bila singgah solat dimana-mana,aku selalu resah bila dapat saf belakang,. Aku tidak berapa suka orang melintas depan ketika aku sedang solat. Walaupun dia sudah menunduk dan meraendahkan sebelah tangan macam orang minta lalu. Entah,aku rasakan ia tidak beradap, sudah banyak kali berlaku pada aku. Ia buat solat aku tidak khusyuk,ia juga buat aku bersangka yang bukan bukan tentang orang yang melintas dihadapanku. Aku fikir mereka tidak hormat aku dan tak pandang aku. Aku sedih sangat, mereka tak tahu ke hukum melintas depan orang solat ni?? Rasulullah SAW pernah bersabda: لَوْ يَعْلَمُ الْمَارُّ بَيْنَ يَدَيِ الْمُصَلِّي مَاذَا عَلَيْهِ، لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا لَهُ مِنْ أَنْ يَمُرَّ بَيْنَ يَدَيْهِ Maksudnya :  “Kalaulah seseorang yang melintasi di hadapan orang yang solat mnegtahui hukuman ke atasnya nescaya baik baginya berdiri 40 daripada melintasinya.” Riwayat al-Bukhari (510) & Muslim (507) (Sumber dari jabatan mufti wilayah Persekutuan) Jelas kat sini har...

Pada Suatu Sahur

Alarm handset berbuyi tepat jam 4.00 pagi. Aku bangun dari tidur, lihat sekitar sunyi dan gelap, termenung seketika. Dalam hati “ Apa aku nak masak ni? Owh, panaskan laut semalam ja + telur masin + masak nasi + masak air + hidang = siap” . Terus bangun buka lampu dapur, mata terus pandang luar cermin dapur yang sedikit terbuka, nampak air sungai mengalir, pokok berangin, ada bunyi suara-suara haiwan entah tak tau apa yang mereka buat belum tido lagi. Suasana sunyi membuatkan mood aku juga sunyi. Memandangkan kerja tidaklah banyak sangat aku tak kejutkan pembantu aku. hehe. Mak pon tiada kat rumah, kalau ada boleh la juga dengar mak membebel, takdala rasa sunyi. Tetiba tak tau datang dari mana dua ekor kucing bermain polis entry, dah macam Tom & Jerry aku tengok. Lantak hang la kucing, asalkan hang bahagia. Terima kasih buat mood sunyi aku hilang. Ketika memasak, tiba-tiba pula terdengar suara budak menangis. Iman la tu, tiada budak lain dalam rumah. Mesti dia tak selesa tido...

MerinduiMu

Duhai hujan yang menangis sayu. Sampaikan salam rinduku padaNya. HambaNya yang tidak layak untuk syurgaNya. Namun bukan pula seksa neraka yang aku inginkan. Sungguhpun aku tidak layak, aku rela berjuang untuk melayakkan diriku. Duhai aingin yang menghembus sepi. Sampaikan salam cintaku padaNya. Katakanlah bahawa aku berterima kasih atas segala kurnianNya. Sesungguhnya Ujian dan cubaanNya tidak pernah sia-sia. Dialah yang membuatkanku hidup dan kepadaNya jugalah aku kembali. Duhai hujan, duhai angin. Usah dikau bersedih. Senyumlah seperti selalu. Di saat engkau diketepikan Ingatlah Allah tetap ada bersamamu. *Aku merinduiMu ya Allah.