Posts

Showing posts from September, 2026

Lagi dan lagi

Rindu menyapa lagi dan lagi..  Kau terus-terusan abaikan aku. Betul la org kata time kita rindu dia, dia tak rindukan kita, time dia rindukan kita, time tu kita dah macam terbiasa dah, hati mulai tawar.  Tidak mengapa. Mungkin nanti kau akan sedar keberadaanku. Mungkin nanti mau sedar kepedulianku.  Mungkin nanti kau rasa apa yang aku rasakan.  Tapi mungkin juga perempuan clingy mcm aku tak layak untuk disayangi. 

Sejenak

Kadang aku fikir apa yang kau sedang fikirkan kerana aku sedang memikirkanmu. Adakah kau fikirkan aku sebagaimana aku fikirkanmu? Termenung sejenak, tertanya menapa kau berubah sekelip mata.  Kau lupa janji kita begitu saja.   Menangis.. ye aku menangis bila kau abaikan aku. Terasa tidak dihargai, terasa kehadiran aku tidak ada makna dalam kehidupan kau.  Aku menangis.. menangis mengenangkan pahit manis yang kita lalui bersama.  Entah bagaimana lagi harus aku fahamkan kau tentang isi hatiku. Mungkin salah aku, aku yang terlalu sayangkan kau kadang melebihi diri sendiri.  Tapi kau sayangkan orang lain. Sedih cinta searah. Tapi tidak mengapa. Sekarang aku juga sudah berubah. Aku tidak lagi berharap terlalu tinggi seperti dulu. Mungkin sikapmu yang acuh tak acuh, pelan-pelan harapan aku kian tenggelam.  Kalau api boleh dipadamkan dengan air, cinta boleh dipadamkan dengan pengabaian. Jadi jika kau tidak inginkan cintaku teruskanlah abaikan aku.

Berubah

Dan bila dua orang sama terluka. Maka pudar sudah harapan. Saling takut untuk menjadi paling mencintai. Kerana takut lukanya paling dalam. Tapi aku tidak pernah takut menyintaimu.  Walaupun layananmu terhadapku sudah berubah.  Tatapan matamu sudah berubah. Senyumanmu sudah berubah. Banyak, ya banyak yang berubah tentang mu.  Seolah orang yang baru aku kenal.  Meski hati sedih aku tatap akan denganmu.

Pinta

Aku jarang meminta dekat Allah.  Aku cuma minta Allah kurniakan kesihatan yg baik buat org2 yg aku sayang.  Selain itu, ada satu hal lagi yang aku minta. Dari dulu sampai sekarang pinta aku tetap sama.  Aku cuma nak dia. Ya, aku memang sudah dapat.  Tapi tak dapat menggengamnya.  Hati manusia Allah yang pegang.  Allah yang bolak balikkan hati.  Aku tak boleh paksa Allah kabulkan permintaan aku. Aku juga tak mampu nak buat orang jadi satu energy denganku.  Aku tak mampu nak paksa orang jadi seperti apa yang aku nak. Aku tak mampu nak bagi orang berharapan yang sama seperti aku.  Apa yang aku mampu adalah jalaninya dengan tenang dan penuh kasih. Selagi ada cinta.. Selagi ada nyawa.. 

Menanti

Jam menunjukkan jam 2.11am, aku masih terjaga, itulah aku susah untuk lena, kalau penat sekalipon masih juga susah lena. Itu yg aku cemburu dgn org yg senang lena, letak kepala dh lena, sementara aku kena tunggu otak penat dulu dlm bercerita, berfikir, berharapan.. Entahla kadang aku rasa hidup aku kosong, mengulangi rutin bangun pergi kerja, pulang kerja tido, tiada sesiapa disini, tidak punya kawan rapat, partner? I don't know mgkin ada mgkin tiada. Tiada tempat aku berkongsi cerita. Tapi Alhamdulillah sekarang aku masih lagi hidup dengan tenang cuma jiwaku tidak begitu tenang. Bukan celaru, but rasa hilang sesuatu.  Haruskah aku pulang semula ke kampung dan bekerja di kampung semula? Di kampung ada family walaupon gaji tidaklah mahal. Disini, aku tidak ada sesiapa.  Niat aku merantau adalah untuk menenangkan diri tapi kini aku sudah tenang. Perlukah aku balik ke tempat asalku?  Begitu banyak persoalan yang sama. Tapi sebenarnya disini aku masih lagi menanti seseorang, ...

Pudar

Entah cinta yg mulai memudar atau alurnya harus seperti ini.. Aku rindukan kau tapi rindu kau yang dulu. Ye dulu.. Sebelum kita bertingkah.  Mungkin yg dulu itu dah jadi sejarah, maka sejarah itu hanya utk dikenang bukan diulang..  Tapi sejarah juga mungkin berulang kan..