Sejenak
Kadang aku fikir apa yang kau sedang fikirkan kerana aku sedang memikirkanmu.
Adakah kau fikirkan aku sebagaimana aku fikirkanmu?
Termenung sejenak, tertanya menapa kau berubah sekelip mata.
Kau lupa janji kita begitu saja.
Menangis.. ye aku menangis bila kau abaikan aku. Terasa tidak dihargai, terasa kehadiran aku tidak ada makna dalam kehidupan kau.
Aku menangis.. menangis mengenangkan pahit manis yang kita lalui bersama.
Entah bagaimana lagi harus aku fahamkan kau tentang isi hatiku.
Mungkin salah aku, aku yang terlalu sayangkan kau kadang melebihi diri sendiri.
Tapi kau sayangkan orang lain.
Sedih cinta searah. Tapi tidak mengapa. Sekarang aku juga sudah berubah. Aku tidak lagi berharap terlalu tinggi seperti dulu.
Mungkin sikapmu yang acuh tak acuh, pelan-pelan harapan aku kian tenggelam.
Kalau api boleh dipadamkan dengan air, cinta boleh dipadamkan dengan pengabaian. Jadi jika kau tidak inginkan cintaku teruskanlah abaikan aku.
Comments