Posts

Showing posts from June, 2014

Sedekahkan Al-Fatihah

Assalamualaikum.. cikgu kami dah meninggal. Semalam jam 9 malam. Siapa yang tak sedih mendengar berita ni. Teringat pulak masa arwah cikgu belajar dulu. Cikgu suka buat anak muridnya gelak dan dalam kelas cikgu sentiasa nampak ceria. Cikgu mengajar subjek metematik, memang susah untuk kami tumpukan perhatian lebih-lebih lagi subjek yang kami kurang minat . Tapi bila cikgu mengajar kami suka dengan cara cikgu. Kami selalu ditegur cik " ok (bertahan) senafas deh semua". Cikgu tahu kalau lama-lama boring juga anak muridnya. Banyak kenangan bersama cikgu. Saya tidak sempat bertemu dengan cikgu selepas dari tingkatan 6 hari tu lagi.  Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah kepada beliau. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Jasa beliau tetap dikenang. 

TOLONG DOAKAN CIKGU KAMI.

Image
Saya dikejutkan dengan berita cikgu sekolah menengah saya itu mengidap kanser usus. Ya Allah, tak sanggup aku melihat cikgu dalam keadaan begini. Cikgu kami yang telah banyak berjasa mendidik kami yang nakal ini. Mohon kepada kawan-kawan semua yang mengenali mahupun tidak mengenali mendoakan kesembuhan cikgu kami. Semoga Allah memberi kesabaran dan ketabahan kepada cikgu Nordin sebagaimana sabarnya beliau mendidik kami. Amin.. Selamat menyambut ramadhan..

Tips Ilmu Komunikasi

Suka join ceramah-ceramah ilmu. Selain niat mengutip ilmu, aku suka perhatikan penceramah. Stop! jangan fikir yang bukan-bukan dulu..hehe. Maksud aku, aku suka memerhatikan bagaimana penceramah comunicate dengan audiens. Semua orang tahu tidak semua orang boleh berinteraksi dengan orang ramai dengan baik bukan? Bukan penceramah ja, cikgu, lecturer, pemimpin dan semua yang melibatkan bercakap termasuk kita semua. Apa yang aku lihat? Body language, ton suaranya, matanya, energynya, spiritnya dan respon audiens hasil daripada pengucapan penceramah. Apabila bercakap dengan menunjukkan body language yang tepat lebih memahamkan audiens. Apabila bercakap dengan menggunakan ton suara tepat dengan perkataannya lebih menarik perhatian audiens. Apabila bercakap dengan memandang mata audiens dengan tepat lebih memukau audiens. Apabila bercakap dengan bersemangat dan bertenaga lebih memikat audiens. Dengan cara yang tepat ini, kita boleh menpengaruhi audiens. Bil...

Kemelut SV dan Supervise

"SV akak tu cerewet dik, akak pon tak tau apa yang dia nak, dah banyak kali proposal akak kena tolak" Petikan SMS dari akak yang aku kenal melalui dunia maya. Beliau merupakan seorang guru, ditawarkan oleh KPM untuk melanjutkan master, sehingga sekarang proposalnya masih tidak diterima oleh supervisor. Jadi, dia minta bantuanku. Bukan sebab aku boleh buat proposal tu diterima, tapi aku cubala sedaya upaya untuk tolong beliau. Mungkin tidak ada instinct antara beliau dengan SV. Itu jawapan umum yang boleh aku jangkakan. Hehe. (Macam-macam la kau fara). Disebabkan kena fokus kerja lagi, biasala kan tugas guru sekarang semakin banyak. Jd ia telah membuatkan beliau tidak ada masa untuk berjumpa face to face dengan SV. Beliau tidak dapat nak memahami SV, SV pon tidak dapat memahami beliau. Jadi, tidak tahu apa yang sebenarnya.SV inginkan. Setelah aku meneliti proposal yang direject oleh SV tersebut, melihat pada komennya aku sudah tahu SV tersebut seorang yang cerewet, ma...