TIPS SEMASA MENJALANI PRAKTIKAL.
Anda pelajar yang bakal menjalani praktikal/Latihan Industri/praktikum ? Selamat menempuh dunia praktikum saya ucapkan kepada anda dan kepada saya sendiri... Anda bakal berhadapan dengan pelbagai cerita dan pengalaman yang indah mahupun yang kurang indah di tempat praktikum anda nanti.. Mungkin cerita kita semua akan berbeza... Bukan akan tapi pasti berbeza... Tapi apa-apa pon semoga kita berjaya menghadapi dengan tenang.. Sudah bersediakah anda untuk menjalani praktikum? Sebelum tu jom lihat tips2 dari sahabat saya iaitu sahabat interaktif ini.. Tapi jangan lihat saja.. jom kita praktikkan tips ini semasa menjalani praktikal.. (zOOm in sikit) Pertama sekali cari peluang untuk 'menjual diri'. Maksudnya cuba beri keyakinan kepada organisasi berkenaan apa yang anda mampu buat. Kadang kala skop kerja diberikan tidak sepenuhnya sama dengan apa yang dipelajari. Namun itu tidak menghalang untuk calon memberikan komitmen dalam tugas...