Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Jul 28, 2013

Ramadhanku sekarang bukanlah yang dulu.


Bila terkenangkan ramadhan di zaman kanak-kanak.. terukir senyuman lucu dibibirku..
Aku dan kawan-kawanku adalah manusia yang tidak pernah kenal erti dok diam.. Wajah kamilah yang selalu orang kampung jumpa.. di situ sana sini.. wajah kami sentiasa muncul menceriakan suasana kampung...

Terkadang wajah ini lah yang membuatkan orang kampung naik bosan dan wajah inilah membuatkan orang kampung rindu.. Kami suka bermain di depan rumah orang kampung ketika ketiadaan penghuni rumah tu.. Di depan rumah makcik kampung kami jadikan tangga rumahnya sebagai tangga kejayaan.. Tangga tersebut kami hias dengan bunga-bungaan.. rumput, daun pokok, batang kayu, pasir dan banyak lagi.. Menghias tangga menggunakan imaginasi dan kreativiti kami sendiri.. Sesekali aku membayangkan itu tangga yang bakal dilalui oleh aku suatu hari nanti.. Seperti cinderella yang berpakaian cantik berjalan ke di karpet merah sambil ditonton oleh banyak orang.. Tangga karpet merah yang dilalui orang2 besar atau orang yang dikenali.. Pengaruh cerita dongeng kepada kanak2 memang kuat..

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang kami tunggu2kan.. Kami bertanding sesama sendiri.. Siapa yang banyak berpuasa dialah yang menang, pada malam raya kami menghitung jumlah hari yang kami berpuasa.. Aku juga pernah mendapat tempat yang pertama iaitu orang yang paling banyak berpuasa. Bagi kami orang yang banyak berpuasa adalah orang yang hebat kerana dapat bertahan menahan lapar dan dahaga.. itu pon hanya 20 hari dicampur pula dengan puasa tipu.. Ada hari yang aku tak dapat nak bertahan..nampak air paip pon meleleh air liur.. Aku menelan air semasa aku aku mengambil wuduk..disangkakan orang aku hanya berkumur... Orang yang banyak berpuasa jugak, banyak la dapat duit raya nanti.. Haha..lawak bila ingat balik.. Sesekali kami berpakat untuk tidak memberitahu orang lain, waktu kami pergi menjual buah nangka di keliling kampung kami terpedaya dengan bau nangka yang sangat  enak dengan warna nangka yang kekuningan membuatkan kami ingin mencuba nangka tersebut... haha..


Perasaan berpuasa di waktu kecil dulu tidaklah seperti sekarang...
Kalaulah ada kuasa putarkan waktu..akanku pilih di waktu kecilku..
Tapi ia mana mungkin bisa terjadi... Waktu bergerak ke hadapan bukan ke belakang...
Apa yang penting sekarang fokus waktu sekarang dan akan datang..
Semoga hari akan datang lebih baik dari yang semalam..




Aug 11, 2012

KES BULI DI BULAN RAMADHAN.




Masa Aku kecik2 dulu, aku selalu jadi bahan buli abang dan kakak aku.. sbb aku budak yg kecik.... dan aku ni jenis yg percayakan abang dan kakak aku... nak dijadikan cerita ada la babak2 yang tak boleh blah...sampai ke ari ni aku ingat lagi... FLASHBACK.

SITUASI 1.

Masa tu umur aku dalam 5 atau 6 tahun kalau tak silap... Maklumlah baru nak mula puasa, budak2 puasa macam mana kan..mak dan ayah aku jarang ada kat umah, diorang ada waktu-waktu penting ja. so, aku berpuasa dengan bimbingan abang, kakak dan kawan-kawan..

AKU: tunggu jap, aku sakit perut nak gi berak jap.

ABANG: Wei, mana bole berak nanti batal puasa.

Tercengang aku seketika..

AKU: Pastu, sakit perut ni..nak terkeluar dah.

ABANG: tahan la.. Kau nak batal puasa ke..??

AKU: Taknak...

Pastu aku ni percaya sangat cakap abang aku, jadi aku tahanlah. Tidak lama kemudian, aku tau yang abang aku tipu melalui reaksi wajahya yang dok gelak-gelak. Ada ke patut berak batal puasa?? adui..dari manala diorang ni dapat idea. Ok, dah kena buli.


SITUASI 2:

Masa tengah main-main dengan kawan-kawan.

KAKAK: Huh... bau apa ni.. siapa kentuk ni..??

Xde siapa pon yang mengaku kentuk. Aku pon tak tau sape yang kentuk dalam ramai2 tu..haha..pastu tetiba je akak aku tunjuk ke arah aku.

KAKAK: kau ni kentuk...(tangan ke arah aku). 

AKU: Mana... xlah...

KAKAK: Siapa kentuk batal puasa. Haha.. ha sudah.. mu kentuk, batal puasa.

Memang akak aku tipu pon, dia cakap begitu sebab sebelum ni dah pernah orang cakap kentuk batal puasa. Lepas tu kenakan adik-adiknya yang baru nak belajar puasa. Mula-mula mengiyakan juga sebab kita dengar orang yang lebih tua daripada kita. Tapi lama-lama tau la, kena buli rupanya. Setahu aku kentuk batal air semayang ja. Kentuk batal puasa ka?? ish ish ish.. entahlah, tak tau dari mana diorang dapat idea ni. 


SITUASI 3: 

KAKAK: Kau makan tak timun ni..??

AKU: Makan la. Sedap tu, sihat.

KAKAK: tipu.. kalau betul try kau makan.

Aku apa lagi, nak membuktikan yang aku ni makan timun terus makan tanpa sedar aku sedang berpuasa. Haha.. pastu..

KAKAK: hah..kau tak puasa ke...?? haha..

Aku cepat-cepat g bilik air, berkumur..akak aku terus gelakkan aku. Ok, kena buli lagi.



SITUASI 4

KAWAN: Wei, dah lepas asar la, tak boleh mandi nanti kurus puasa kau.

AKU: Owh, yaka..???


Mula-mula ikut juga apa yang orang kata tu sebab taknak pahala jadi berkurang. Tapi lama-lama fikir balik kenapa pulak tak boleh?? Aku pon lantak ja sebab balik dari menjual buah-buahan dan main-main kat taman penat sangat, mandi lebih menyegarkan badan kita. Tapi betul ka orang kata mandi lepas asar akan kurus puasa atau pahala berkurang? Siapa yang kata?

Banyak lagi perkara yang kita percaya berbuat sesuatu tu akan membatalkan puasa tetapi yng sebenarnya ia tak benar pon. Siapa yang nak buli kita ni???

Dulu, aku rasa bulan puasa adalah antara bulan yang paling best. Nak puasa penuh, nak kumpul pahala banyak-banyak tapi pada masa yang sama kita berlawan pula dengan nafsu kita. Nafsu apa? Nafsu makan yang paling banyak. Sebab tula, kadang yang tak tahan lapar, pi makan sorok-sorok.





Jul 31, 2011

Selamat menyambut Bulan Ramadhan AL-Mubarak.

pejam celik pejam celik esok dah pon puasa... best nyer... time bulan ramadhan aku dapat makan kegemaran aku iaitu akod... time bulan lain susah nak jumpa.. sekarang belambak2 kat pasar ramadhan...... lagi 1, air... wah.. bukan main banyak lagi, macam2 ada... macam astro..

Aku harap bulan ramadhan kali ni jadi bulan yang paling bermakna bagiku....
tahun lepas aku berpuasa kat universiti, xbest langsung... hehe.. xbaik kau ni, spttnya kna bersyukur sbb boleh jugak makan.. bukannya xleh.. tapi yang xbestnya xleh berkumpul ramai2 bersama dengan family... aku makan dengan romate aku jer kadang sorang2 kalu dia makan kat luar... lagi satu xder pon rasa macam di bulan ramadhan sebab laut pauk macam biasa, xder yang speacial. macam yang ada kat bazar ramadhan...
kadang2 aku pegi keluar jugak cari makan kat bazar kg kerinchi... asal pegi bazar jer, macam2 la kita tengok makanan 2 n rasa nak beli, padahal beli banyak2 bukannya makan semuanya... lepas 2 membazir plk... uit... membazir 2 amalan nyaitan...

disebabkan aku tahu kalu aku g mesti aku xdapat kawal nafsu makan aku ni, mesti macam nk beli jadi aku kurangkan duit poket aku, aku bawa sikit jer duit kalu nak g sana... huhu cam 2 la cara aku.. kalu ada duit lebih sikit, boros nak beli itulah inilah...



XSABAR NAK TUNGGU RAYA PULAK...

TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...