Bye 2025, Hye 2026.

 

Tiber je kan muncul Di tahun 2026, last update blog ni 2021. Dah lama sangat tak menulis, yelah bukan ada orang baca pon, tak la sebenarnya laptop aku dah rosak, kalau ada laptop ada masa free mesti aku menaip dah. 

Tak sangka kan, masa begitu cepat berlalu. Sedar tak sedar aku masih lagi single, walaupon di umur aku sekarang dah ramai yg sudah berkahwin & beranak pinak, aku masih lagi sambung status single aku. 

Jangan cakap aku ni terlalu memilih dan jangan jg cakap aku ni tak laku tau xbaik meh hempuk sini. Bagi aku jalan cerita setiap orang berbeza. Kakak aku kawen umur 22, adik aku kawen umur 20. Aku di umur 24 baru habis study dan time aku study tu memang aku tak terpikir langsung nk bercinta,fokus aku cuma untuk study. Crush tu adala zmn study, but sekadar crush, aku dhla introvert + pemalu tp blh plk crush notice. Tp sorry la aku bukan jenis kacau relationship org, dpt tau crush ada gf aku stop crush kt dia. Haha. 

Di umur 24 aku start keje time ni aku cuma fokus kerja, nak ada duit sendiri. (Bukan xpernah kerja sebelum tu , ada je buat part time.)Memang aku blm pikir nak kawen, walaupon org nk mengorat aku, aku rasa buang masa. Sampai suatu hari mak aku tanya bila nk ada calon, aku pon berusaha la try cari jodoh kt medsos, apa yg aku boleh kata tak payahla cari jodoh online, kt medsos tu mcm2 ada. Kt dlm tu byk lelaki yg tak berkualiti, ada suami org,ada tunang org, I don't know why merdeka kt dlm tu.

Aku di umur 28 plk ada yg masuk merisik & bertunang, aku pernah cerita kot dlm blog ni dulu. Sudahnya aku putuskan sebab cinta tak boleh tumbuh. Lps dr tu munculkan love bombing, itulah cinta pertama aku, tp aku bkn jenis couple yg selalu keluar mcm tu, aku ldr dgn dia sekali je jumpa itu pon dia ajak g rmh family dia, rumah akk dia plk dekat dgn rmh kami. Lps putus, aku just move on, aku senang move on kalau org dh anggap kita ni tak berharga. Kita dh cuba sedaya upaya jd yg terbaik, Kita bukan perfect, kita manusia biasa jg x lari buat salah. Sampai lani ex aku dia xblh move on. Sorry la ex, aku ni mmg x reti nk marah org, aku x marah kau bkn sbb aku masih ada perasaan. Aku jenis x reti nk marah org. 

 Lps tu muncul lg love bombing, kali ni sgt mencabar sbb lelaki itu ada narsistic, kau bayangkan mental aku time tu, tp aku jenis yg xsuka pikir kacau. Kalau mental aku xsihat aku just cut off. Aku pon tertanya jg why aku kena lalui ni semua. Takpela mungkin ujian aku. 

Satu hal lagi aku tertanya kenapa bila kita sukakan seseorang tu, orang tu X suka kita. Bila org tu sukakan kita, Kita plk tak sukakan dia. Sampai bila nak macam tu? Adakah aku terkena sihir jodoh? Tak kan, aku tak percaya benda macam tu.

Aku pernah reject sorang lelaki yg merokok/vape sebab aku tak suka walaupon dia baik, aku pernah reject lelaki yg x pandai drive & mmg xnk belajar drive sbb aku anggap dia takde matlamat, walaupon aku perempuan yg penakut atas jalan pon aku ada kemahuan untuk drive. Aku pikir kedepan nanti boleh tolong ambik anak sekolah atau emergency apa2 kalau suami takde kt rumah, kemudahan kita sendiri jgk la kan. Aku pernah reject lelaki yang kenal sebulan dh cakap cepat2 nak masuk minang aku padahal time tu aku tak setuju sebab tak sedia dan aku takde rasa suka kat dia macam mana nak teruskan? 

Sampai la sekarang aku masih single😅 Sebenarnya aku ok je single hidup aku tetap berjalan dengan aman damai. Tapi jika Allah hadirkan seseorang dlm hidup aku pon tak menolak. Boleh sama2 kongsi suka dan duka. 


Akhir sekali, semoga di tahun 2026 ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Aku tak tahu kita kedepan-depan macam mana.


Comments

Popular posts from this blog

BAGAIMANA MENJADI ORANG YANG DISUKAI.

TIPS SEMASA MENJALANI PRAKTIKAL.

Ujian fizikal, pancaindera & kecerdasan pen. peg. penguatkuasa 2016- pengalaman