- Apabila kegembiraan hadir di hati, ada
cara untuk kekalkannya. Anda perlu rasai kegembiraan dan kegirangan.Dalam
perkataan Inggeris, ini dipanggil happiness and joy.
-Anda perlu tahu bahawa kegembiraan dan
kegirangan yang ada di dalam hati akan menarik lebih banyak lagi kegembiraan
dan kegirangan.
Happiness attracts more
happiness,joy attracts more joy!
-Untuk kekalkan kegembiraan yang Anda
rasa, ucapkan syukur selalu.
Inilah cara untuk kekal bersemangat. Kekal termotivasi.
-Ucapkan
terima kasih pada
setiap orang di sekeliling Anda, ucap walau peranan mereka pada Anda kecil
saja, misalnya, ucap terima kasih pada cleaner yang membersihkan pejabat Anda,
ucap terima kasih pada budak pencuci kereta yang mencuci kereta Anda. Andai
kata kena saman, ucap terima kasih pada Encik Polis sebab menyaman kesalahan
Anda, membuat Anda sedar kesalahan yang Anda lakukan.
-Tiap kali Anda dilanda kegusaran berdepan
dugaan atau permasalahan, alihkan seketika fikikiran Anda pada benda-benda yang
Anda ada dan hargai orang-orang di sekeliling Anda. Ini menjadikan Anda
bersemangat dalam usaha menyelesaikan masalah.
-Dulu, kita bersemangat sebab kita nak
capai sesuatu. Sekarang, gunakan kesyukuran untuk membuat diri Anda bersemangat
selalu.
Kegembiraan yang terbit dari
kesykuran lebih bertahan lama. Ia membuat Anda jadi energetik. Anda akan
komited pada apa saja yang Anda lakukan. ^_^
No comments:
Post a Comment