Ok
hari ni aku nak share satu penulisan dari lecturer aku, yang pernah publish kat
newpaper kosmo… Sebenarnya banyak penulisannya yg bagi aku sangat perlu untuk kita baca dan ketahuinya, penulisannya banyak berkaitan dengan psikologi...
Dulu
pernah jugak aku terpikir kenapa lelaki Melayu ni tak romantik?? aku selagi soalan aku blm jawab, aku cari jugak jawapannya smpai dapat... ha...So, sekarang baru aku tahu kenapa depa bertingkahlaku sedemikian selepas baca penulisan ni..
Ada yang kata tak payah lah nak romantik2 ni
macam orang barat ja…
Tapi
betulkah??
Ok..untuk
menjawab persoalan ini…Teruskan membaca..
SIAPA suami pilihan
anda? Percaya atau tidak, antara kriteria suami pilihan para gadis ialah lelaki
yang romantik. Bagi kebanyakan lelaki pula, romantik biasanya hanya ketika
usaha memikat, tetapi bila si dia sudah menjadi miliknya, romantik terus
hilang.
Apabila isteri bersuara,
kerap lelaki ini memberi alasan: "Romantik apanya, tak perlu nak jadi
orang Baratlah!".
Ini antara tanggapan
kebanyakan lelaki Malaysia khususnya lelaki Melayu. Hakikatnya, romantik bukan
sikap orang Barat, bukan juga budaya hero Hindi sebaliknya romantik, bersikap
baik dan melayan isteri dengan lembut adalah sunnah Rasulullah SAW.
ISTERI RASA DIHARGAI
Malu memegang tangan
isteri? Kenapa perlu malu? Saya akui, budaya ini memang agak asing bagi
masyarakat kita. Kenapa jadi asing? Sebab kita tidak membiasakan diri kita
melakukannya.
Setiap isteri
mendambakan suami yang romantik. Tidak perlu berikan bunga setiap hari, bukan
harapkan hadiah yang menghabiskan gaji. Memadailah cara anda membelai, tingkah
anda merayu. Sikap anda memberi perhatian juga diinginkan selain pelukan dan
ciuman kasih sayang malah luahan rasa cinta.
Pakar psikologi pernah
mengatakan, pengucapan cinta satu kali sehari akan memanjangkan usia. Kenapa?
Apakah kaitan pengucapan cinta dengan panjangnya usia?
Sebenarnya, maksud
pendapat tersebut adalah ucapan cinta akan membuatkan diri orang yang
menerimanya rasa disayangi dan dihargai lantas akan membuahkan seribu rasa kegembiraan
dan kebahagiaan. Rasa gembira dan bahagia pula membuatkan seseorang ingin terus
hidup bagi terus menikmati kebahagiaan tersebut.
Contoh Rasulullah
Menurut riwayat,
Rasulullah SAW sering mengucup isteri baginda dengan penuh rasa kasih sayang.
Rasulullah SAW pernah mencium isterinya sebelum pergi menunaikan solat di
masjid. Aisyah RA berkata yang bermaksud: "Rasulullah pernah mencium salah
seorang isteri baginda, lalu berangkat menunaikan solat tanpa memperbaharui
wuduk" - Hadis riwayat Abu Daud.
Walaupun hadis itu
menjadi hujah atau perbincangan dalam hukum wuduk, namun tujuan saya
mengemukakan hadis ini ialah untuk mengetengahkan kepada umum tentang sikap
romantik Rasulullah SAW. Saya tahu, memang ramai yang mencium isteri tapi
berapa kalikah anda mencium isteri anda dengan penuh kasih sayang, bukan
sekadar ciuman selamba atau ciuman penuh ghairah?
Aisyah RA berkata:
"Aku biasa mandi berdua-duaan bersama Rasulullah SAW menggunakan satu
bekas air." - Hadis riwayat al-Bukhari.
Pernahkah anda berbuat demikian?
Berapa kerap? Baginda juga sering memanggil isterinya dengan panggilan yang
indah dan disukai oleh isterinya. Baginda memanggil Aisyah RA dengan gelaran
Humaira' yang bermaksud putih kemerah-merahan, bertujuan memuji kecantikannya.
Rasulullah SAW juga memanggil Aisyah dengan nama yang digemarinya iaitu Aisyah.
Lantas, ciumlah isterimu
wahai para suami! Lafazkanlah kata-kata cinta. Panggillah isteri anda dengan
panggilan disukainya. Berkongsilah makanan dan minuman anda.
Sentiasalah luangkan
masa bersamanya malah banyak perkara lain yang boleh anda lakukan bagi
membuktikan anda benar mencintai dan menghargai isteri anda. Apabila isteri
rasa dihargai, dia bukan sahaja sanggup berikan layanan istimewa malah sanggup
menggadaikan hidupnya demi suaminya.
Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua
adalah orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang
terbaik antara kamu semua (dalam membuat kebaikan) terhadap isteriku." - Hadis
Riwayat al-Tirmizi.
Sebenarnya, cinta dan
kasih sayang bukan sesuatu yang tegar dan keras seperti batu. Malah, batu juga
boleh pecah dan hancur dek titisan air yang berulang kali. Sama juga dengan
cinta dan kasih sayang. Seorang lelaki dan seorang perempuan perlukan cinta
untuk bersama sebagai suami isteri. Untuk terus kekal sebagai suami isteri juga
perlukan cinta.
Cinta bukan sekadar
perasaan yang disimpan lama tetapi cinta perlu dihangatkan setiap masa dan
ketika. Menjadi seorang suami malah isteri juga, rasa cinta perlu ditunjukkan
setiap masa dan ketika.
Bersikap romantik
merupakan antara cara meluahkan rasa cinta anda. Sebelum terfikir mahu
melaksanakan sunnah Rasulullah SAW dengan poligami, apa kata usahakan untuk
laksanakan sunnah baginda dengan bersikap romantik terlebih dahulu dengan
isteri yang ada! Pasti boleh!
2 comments:
postingan'a subhanallah..
berkunjung balik ya..
follow jg yah..
thanks...
Post a Comment