Dec 4, 2012

KENAPA KITA LUPA?





Assalamualaikum pembaca tersayang..   di sini tuan hamba ingin berkongsi sedikit ilmu…^^

Ok, tau tak apa itu maksud lupa? Atau tak ingat? Mesti tau kan... 

Mengikut definisi Ee Ah Meng(1999) lupa tu bermaksud kegagalan kita mengingat kembali apa yang kita alami atau pelajari sama ada bagi sementara waktu sahaja ataupon selama-lamanya. Dan juga kegagalan mengingat kembali sesuatu maklumat dengan tepat.

Ha…penyakit lupa pon selalu jugak jadi kat aku, ia buat aku sangat geram dan marah dengan aku sendiri…erghhhhhh!!! lebih2 lagi time exam… kita dah baca dan pada masa sama kita dah ingat, but time exam sedang berlangsung…apa yang kita baca tu, kita lupa balik… Jadi dalam kepala aku Why?? Kenapa?  Bakit ba? Kyom..? Riyu..? Weisheme..? Iyu..? hehe….

Ok, Bagi menjawab persoalan Apa sebabnya kita selalu lupa? Secara umumnya ada 3 sebab utama iaitu:


  • 1.      Faktor gangguan.
Gangguan apakah? Membaca perkara2 lain selepas buku pelajaran menyebabkan soal peperiksaan luput dar ingatan. Ha.. mesti kita pernah buat kan… aku pon pernah buat, lepas baca buku study aku p baca majalah pulak… aku ingat nak rehatkan otak dengan membaca bahan selain buku study sekejap tapi bukan sekejap aku layan majalah tu, lebih lama daripada aku baca buku study… apa da…


  • 2.      Faktor hilang tumpuan.
Maksudnya xde perhatian yang sepenuhnya ketika membaca menyebabkan perkara tu tak dapat kekal lama… Ha…memang! Inilah salah 1 faktor yg slalu buat aku lupa, aku ni time study aku xboleh bunyi bising, aku kena berada dalam suasana senyap baru bole fokus tp kalau time study group takpe… dan satu lagi bila ada laptop dpn mata, ada tenet..mula la tumpuan tu hilang ketika membaca sebaliknya tumpuan dalam melayari internet la pulak, buka wed tonton.my layan cerita la pulak..

  • 3.      Faktor masa.
Masa yang terlalu lama mungkin akan menyebabkan orang lupa apa yang dipelajarinya. Ok, kena selalu ulangkaji dan membaca la kalau nak apa yg kita pelajari tu kekal dalam kepala kita. Dahla orang ni tak suka membaca..


Ok, selain faktor2 dia atas ada juga faktor lain yg menyebabkan kita lupa menurut Bakthiar Mansor (2005). Ok, aku ringkaskan kat bawah..

Keusangan- apabila masa berlalu keusangan berlaku pada ingatan, ini menyebabkan hilangnya kesan ingatan.

Tekanan- individu tu sengaja menekankan sesuatu pengalaman yang pahit. Macam kita nak lupakan kekasih lama kita la, kita sengaja tolak dia ke kawasan tak sedar otak…err..faham x? susah nak terangkan benda yg kaitkan dgn biologi otak kita. kalu contoh lain, semasa exam berlangsung, kita yg sengaja buat kita tertekan... kita layan tekanan kita tanpa mencari cara terbaik untuk mhilangkan tekanan kita tu seperti relakskan diri, baca salawat, baca ayat2 al-quran,,,

Kebimbangan- contohnya, masa kat dewan exam kita bimbang, jadi fakta2 yg kita hafal susah nak ingat… So, jauhilah kebimbangan bila jawab exam ya…

Minat- maksudnya kalau perkara yang kita kurang minat, kita mudah lupa.. Alamak..lepas ni, aku kena tanamkan minat aku walaupun paper tu aku tak suka..

Perubahan alam sekitar- contohnya- dulu rumah kita kat Melaka, pastu kita pindah perak… bila p balik umah kita kat Melaka selepas bbrapa tahun kemudian kita dah tak ingat sebab ada perubahan berlaku disitu..

Masa tidak mencukupi- maksudnya masa yg kita ambil untuk ingatkan sesuatu tu tak cukup… macam exam ptg esk, pg esok baru nak membaca..

Maklumat tidak lengkap- maksudnya time kita membaca tu, ada maklumat2 atau ayat yg kita tak faham @ xlengkap, ia akan buat kita lupa..

Ok, bila kita dah tahu, kita buat apa? kenalpasti punca pastu cari penyelesaian... marilah bersama-sama kita mengubahnya... Ubah cara kita belajar..Tak lama lagi nak exam wei... takutnya... smga dipermudahkan..



2 comments:

mujagirl92 said...

saya salu lupa,, sedey,, :'( http://mujadafewa.blogspot.com/2012/11/12-samsung-galaxy-s-iii-to-be-won-who.html

farazura said...

hehe..ada sebab kita lupa..

TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...