Apa maksud penyejuk
mata tu?
Ok, Cuba kamu amati
orang di sekeliling kamu, ada tak bila kamu jumpa dia kamu rasa hati kamu
tenang ja, sejuk ja bila pandang dia, bila jumpa dia, bila bersama dia…dan kamu
ada rasa happy bila bersama dia.. ibaratnya dia tu tak pernah mengeluarkan
kata2 yang kesat, kasar dan yang menguris hati kita.. bila kita buat salah dia,
tegur kita dgn cara yang baik, biarpun kita sebaliknya…kalau dia salah, dia cepat2 akan minta maaf.. ada x?? ada x?? lebih
kurang macam tu la maksudnya.. nak mendalami maksudnya lagi cuba dengar lagu
isteri solehah dari saff one ni... gerenti faham..
Siapa yang taknak jadi
penyejuk mata kan? Jadi penyejuk mata kepada kawan2, penyejuk mata kepada
family, penyejuk mata kepada sang suami dan semua makhluk di muka bumi ini..
Bila dengar ceramah
ustazah Fatimah Sharha di Youtude, ia jadi inspirasi kepada aku untuk berusaha
menjadi penyejuk mata…aku nak bila orang pandang aku, orang tenang ja.. tapi
siapalah aku kan, aku manusia biasa kadang2 aku tak tahu apa yang aku buat tu
silap, kalu aku ada buat silap harap tegur2la dan nasihatilah diri ini…hehe..
dan aku tahu tidak semua orang suka akan kita kan.. kalau semua suka akan
kita…Alhamdulillah…
Sungguh, untuk menjadi
penyejuk mata tu bukan tugas yang senang…. Ia xberhasil kalau kita hanya
berhias cantik, berbaju cantik di hadapan orang… Sebenarnya, banyak lagi yang
perlu diperbaiki dalam diri aku ni untuk mencapai gelaran itu…
Menjadi penyejuk mata??
Percakapan - Kata Ustazah
Fatimah syarha, kalau kita nak buat orang tenang ja bila bersama kita, kita
mestilah mengeluarkan atau mengucapkan kata2 yang menyenangkan bukan
menyakitkan. Cuba kita renung balik waktu kita bercakap dengan orang di
sekeliling kita, adakah kata2 kita waktu bercakap tu kata2 yang baik, bagus??? Semua dah pandai
bezakan kata2 yang baik dan buruk kan?? Xdinafikan aku pon pernah mengeluarkan
kata2 yg tidak baik sebab waktu tu aku dalam keadaan tidak terkawal dan dalam
keadaan terpaksa utk membela diri..
Perbuatan/sikap- Jauhi
daripada mulut celupar- terutamanya orang perempuan, ada juga yang jadi
tabiatnya, hobinya dan hanya sekadar suka2… mmg xdapat lari dari bermulut
celupar.. bila kawan bertemu kawan, ada sahaja cerita utk mengaibkan orang, dan
ada juga tokok tambahnya… ok, cuba kita lihat perangai dan sikap kita
pulak..??? kalau yang tidak baik ubahlah ia menjadi baik… mula dari sekarang.. jom sama2 kita stop it…
Persiapan antara roh kita
dgn Allah - Bila sebut nama Allah…tetiba air mata ni ingin
mengalir..subahanallah… bagaimana hubungan kita dengan Allah??? Jom, sama2 kita
memperbaiki hubungan kita dengan Allah… buat apa yang llah suka dan tinggalkan
apa yg Allah tidak suka..
Persiapan akal- untuk
jadi penyejuk mata kita mesti mencari dan menimba ilmu dengan lebih luas… kita
harus tahu apa hak kita sebagai isteri, sebagai anak, sebagai pelajar, sebagai
kawan dan sebagai hamba Allah di muka bumi ini.. akal kita mestilah tenang
dalam menghadapi segala ujian yang Allah berikan pada kita.. dan selalu bersangka
baik pada takdir dengan cara menari bersama takdir..
Persiapan jasad- ini
juga tidak ketinggalan, sebab manusia sukakan keindahan jadi kita mempersiapkan
diri kita supaya kelihatan indah indah di mata orang sekeliling, tapi tidak
secara berlebih-lebihan… teringat kata2 dari kak wardina- Kita tak perlu kecantikan fizikal untuk menjadi
penyejuk mata. Namun,ini tak bermakna kita tak perlu menjaga fizikal kita. Islam
sangat menitikberatkan soal kebersihan sehingga dikatakan kebersihan itu
separuh dari iman.
apa yg penting??? yang penting, kita kena seimbangkan semuanya…
apa yg penting??? yang penting, kita kena seimbangkan semuanya…
Ok,
itu sahaja yang aku ingin kongsikan... selamat mencuba wahai pembaca..
jadilah macam bunga ni..sejuk ja mata memandang..
No comments:
Post a Comment