Assalamualakum pembaca…
Bila malam ja saya jadi
burung hantu yang menjaga orang tengah2 malam.. tak dapat tido sebab lepas
isyak dah tido sejam sahaja tapi aku rasa aku dah tido satu malam..
Aku dalam kesusahan
sekarang… kesusahan apakah?? Begini ceritanya…
Semalam..waktu aku
ingin ke kuliah, aku membelek-belek helaian demi helaian baju di almari
bajuku.. Membelek-belek itu bertujuan mencari pakaian yang sesuai untuk ke
kuliah…
Tetapi sewaktu aku
membelek-belek helaian demi helaian itu, tidak ada satu pun aku ketemui baju
yang sesuai untuk ke kuliah… Sebelum ini, aku sangat gemar mengenakan pakaian seluar
jeans dan baju kemeja atau T-shirts apabila ke kuliah.. tetapi pada tahun ini
semester baru, aku didapati bajuku semua agak singkat , ketat dan agak kecil untukku
dipakai.. sebab apakah??
Berat 48, tinggi 160..
masih lagi sama amacam dahulu, tiada perubahan, tetapi kenapakah aku rasa baju
dan kemeja aku semua macam kecil ja er? Jadi, aku memilih baju kurung
selepas kegagalan mencari baju yang sesuai.. aku rasa nak ambil balik baju
kurung yang aku bawak balik kampong masa cuti semester lepas.. sekarang baju
kurung yang tinggal dengan aku boleh bilang…sikit saja…
mungkin Allah nak tunjukkan padaku pakaian yang sesuai untuk aku..
*Dah macam karangan budak sekolah rendah..ayat aku...fail..
No comments:
Post a Comment