Dialah emakku dan dia jugalah abahku.. abahku bukan sudah pergi buat selama-lamanya tetapi jodohnya tidak panjang dengan mak aku.. dia pergi meninggalkan kami sekeluarga.. lalu membina kehidupan baru bersama keluarga barunya..
Mak aku seorang yang sempoi dan sporting.. dan mak yang tidak mengongkong anaknya..
Dia selalu berkorban untuk anaknya, sedangkan anaknya nak berkorban pon masih lagi berkira-kira.. teringat lagi di waktu kecil.. aku datangnya dari keluarga yang susah, adik-beradik ramai, kadang-kadang untuk mendapatkan sesuap nasi itu amat perit.. mak aku selalu mendahulukan anak2nya.. dia tidak kisah kalau dia tidak makan..
kami yang kecil2 ni mana tau apa, tau makan ja.. tapi kami bersyukur kerana kami makan bukanlah kerana untuk kenikmatan tapi untuk hidup..
Mak aku ni seorang yang hebat, dia hebat sebab berjaya membesarkan anak2nya yangramai pulak tu.. kadang2 aku terfikir jugak.. macam mana mak boleh jaga anak mak yang ramai ni.. mesti 1001 macam penat lelah yang ada...
Mak kita ni mulut masin tau, janganlah kita buat benda yang dia tak suka sebab dia tahu apa yang akan jadi dengan anak dia.. gerak hati ibu ni sangat kuat..
Teringat masa kecil, aku nak g sentuh monyet, nak gosok anak monyet, sebelum ni aku sentuh tak da pape pon yang jadi kat aku, anak monyet ni orang kata jinak.. pastu suatu hari aku nak p sentuh monyet ni, tapi mak aku tak bagi..
dia kata nanti monyet gigit, aku kata mana ada gigit, monyet jinak.. pastu aku xdengar kata mak aku aku p jugak.. then, memang betul la monyet tu gigit aku kat tangan, boleh tahan ajam tjugak gigi monyet sampai nampak kesan lubang bntuk gigi monyet tu.. ha.. itula padahnya tak dengar kata mak..
Lepas kejadian tu, aku dah tak berani nak lawan cakap mak aku dah.. mak aku kata jangan, jangan la..
Ok, aku akhiri dengan ucapan selamat menyambut hari ibu..
Ibu..Ibu.. engkaulah ratu hatiku..
Bilaku berduka.. engkau hiburkan selalu...
(*Lagu diatas adalah hadiah buat insan yang bernama ibu..anggaplah saya yang nyanyi dengan suara yang merdu bagai buluh perindu yanng ditiup aingin taufan..haha)
No comments:
Post a Comment