Salahkah seseorang
memilih untuk bekerja daripada meneruskan persekolahan?
Kebanyakan orang
memandang rendah pada orang yang tidak berpelajaran tinggi, cukuplah dengan
kata-kata hinaan dan cacian. Bagilah kata-kata yang membina. Apa perasaan kita
bila orang berkatakan hal yang tidak benar tentang kita, hina kita caci kita?
Mesti perasaan kita macam nak terjun bangunan ja kan bagi orang yang tidak
mampu lagi bersabar. Mereka hanya tahu berkata-kata tanpa selidik dahulu apa
sebab seseorang tu tidak meneruskan persekolahan. Tidak cukup hanya persepsi
semata-mata. Setiap apa yang berlaku tu bersebab bukan?
Bagi seseorang yang aku
kenal dia mengambil jalan untuk bekerja kerana tidak mampu menanggung biaya
sekolah. Adik beradiknya ramai. Hidupnya serba kurang. Ayahnya hanya bekerja
kampung, ibunya pula menguruskan rumah. Dia bekerja kerana ingin mengurangkan
beban ibubapanya. Dia bekerja kerana ingin menyara adik2nya yang lain. Gaji
ayahnya hanya cukup untuk makan. Dia terpaksa memilih jalan untuk bekerja
kerana keluarganya tidak mampu menanggung biaya sekolahnya. Bantuan daripada
orang lain? Ingat orang senang2 ka nak bagi? Dia memilih jalan tu kerana
survival. Kita perlu makan untuk hidup bukan? Macam mana nak sekolah kalau takda
wang? Orang yang bercakap senang.. “kemiskinan bukan penghalang” tapi
hakikatnya…
Setiap orang ada
pilihannya sendiri.. Dia pilih jalan tu juga ada sebab.. Aku tumpang gembira, sekarang
dia tidak lagi susah seperti dahulu.. Berkat usaha kerja kerasnya..dia berjaya
mengubah hidupnya..
No comments:
Post a Comment