Kembalilah
Hati tenang dan senang bila dapat bertemu mata.
Borak-borak sampai lupa untuk pulang. Aku selalu takut untuk pulang sebab kalau kita berjarak pasti ada saja yang tidak kena. Agak berlebihan rasanya kan.
Kadang aku tidak faham mengapa engkau seperti chipsmore, kadang ada kadang hilang dari radar.
Tidakkah kau kasihan padaku yang sedang merisaukanmu?
Setidakanya ceritalah kepadaku kalau ada sesuatu yang mengganggu fikiranmu.
Disaat tidak ada khabarmu, ku tarik nafas tenangkan diri dan cuba berfikir positif kerana itulah satu-satunya cara untuk aku tidak menangis memikirkanmu.
Biarlah, mungkin kau perlukan ruang dan tidak perlukan aku sama sekali.
Andai dirimu sudah tenang, kembalilah dan berceritalah kepadaku.
Comments