Pencintamu
Hai cinta, kali pertama jumpa, aku masih ingat suaramu yang kau lontarkan, bercerita dan bersemangat berbual denganku. Matamu bersinar indah memandangku. Waktu itu, debaran belum terasa. Aku cuma menganggapmu cuma sebatas rakan sekerja. Tapi tidak beruntungnya aku cuma sekali sahaja kita dalam satu team, satu kerja itu pon cuma beberapa jam.
Setelah itu aku tidak mengerti mengapa aku tidak dapat mengenali bagaimana rupamu. Aku tiba-tiba seperti hilang ingatan sedangkan aku ingin sekali menyapamu lagi. Tapi dalam beberapa minggu kemudian, aku tidak menyangka ingatanku muncul kembali, aku sudah mengingatimu, bunyinya agak kelakar tapi memang begitulah, aku mulai ingat raut wajahmu dan suaramu tapi malangnya kita cuma saling pandang memandang, kita tidak pernah bertegur sapa, ada waktu aku ingin cuba menegurmu tapi tiada kesempatan kerana kau selalu berteman, maklumla aku pemalu orangnya.
Tetapi sungguh tidak adil kau tidak mengingati saat-saat kita saling memandang, tidak mungkin itu cuma khayalan aku. Aku mengingatinya sangat jelas, mungkin kau tidak perasan ITU aku sebab di tempat kerja aku memakai facemask, sedangkan ketika kita terserempak aku tidak memakai facemask. Atau mungkin dengan semua orang kau pandang macam tu.
Agak lucu juga kalau teringat sebab mata aku ni seolah2 cepat je tangkap kau. Aku selalu tengok kau main2 dengan member, lari sana lari sini, selalu juga mata ini ternampak kau tengah buat keje. Kadang tu rasa mcm " eh asal er asyik pikir dia, asal dia selalu muncul" I don't know why.
Setelah sebulan aku terpaksa berhenti kerja kerana masalah tertentu. Aku cuba meminta nombormu yang kebetulan kawanku punya nombormu. 24 january seingat aku chat sebab niat untuk berteman denganmu, bagiku kalau dapat berteman denganmu pasti menyeronokkan. Mungkin juga auramu membuatku mencarimu. I don't know. Cuma yang lebih jelas aku nak jadi kawan kau la.
Nak tahu ke apa jadi lepas tu? Hahaha jangan kepoh sangat gaiss.. aku tinggalkan cerita ni sampai sini je 🤣
Comments