Posts

Move

Kat tempat kerja, aku bergelak ketawa tiada hentinya, walaupon penat tapi penatnya hilang sebab happy.  Tapi bila malam menjelma, sunyi sepi dingin malam aku teringatkan dia, airmata pon terus mengalir.  Maafkan aku terpaksa block kau, itu adalah satu-satunya cara kau tidak dapat akses dengan aku lagi, kalau tak kau hanya take advantage dari aku. Itu juga cara aku untuk teruskan hidup aku tanpa kau.  Biarlah, aku korbankan sayang aku ni, aku pilih diri aku, kalau orang tak hargai aku, siapa lagi yg kena hargai selain diri aku sendiri.  Kau tidak di tempat aku kau tak rasa apa yang aku rasa. Tapi aku nak sangat kau rasa apa yang aku rasa. Tidak adil rasanya kalau orang yang ikhlas je rasa sakit.  Tapi tak mengapa. Aku kembali ke aku yang dulu. Aku yang sebelum mengenal kau. 

Terpaksa kulepaskan

Ya memang, dimatamu salah aku sebab aku yang tinggalkan kau..  Aku terpaksa lepaskan kau.. Mungkin kau dah tak sebahagia seperti dulu sewaktu denganku.. Kau dah jumpa orang baru, mungkin orang baru yang lebih buat kau bahagia sehingga kau lupa semua tentang aku.. Cuba kau duduk tenang dan berfikir sejenak, bayangkan kau di tempat aku.. Macam mana sakitnya orang yg kita sayang dah tak peduli pasal kita, abaikan kita, tiada waktu walau sekejap dengan kita, aku bagai melukut di tepi gantang.. Klu kau jd aku pasti kau merasa seperti apa yang aku rasa.. Hari2 nangis sebab perlakuan kau terhadapku, entah apa yg merasuk kau sampai sejauh itu kau berubah, sedangkan aku masih orang yg dulu..  Demi menjaga mental health aku terpaksa lepaskan kau.. kau pon sudah pilih jalan hidup kau, untuk apa aku terus bertahan? Untuk sakit yg x berdarah? Walaupon sukar untuk aku lalui semua ini, kalau ini lah jalan cerita kita, aku ikuti arusnya.. Semoga kau bahagia di samping orang baru, aku sentiasa...

Dalam kenangan

Kau telah membuka pintu hatiku Kau kuimpikan di setiap waktu Renungan matamu menusuk kalbu Aku terpaku Hanya dirimu yang aku harapkan Menjadi perangsang di masa depan Sumpah dan janji kan kukotakan Hidup bersamamu jadi igauan Masa pun beredar cinta kian pudar Dewasa dirimu bagaikan sembilu Merobek harapan tercalar kesetiaan Hancur segala impianku Kearah manakah cintamu sayang Resahku tak kau hiraukan Diriku engkau duakan Kepuraanmu terbongkar Kini segalanya tinggal kenangan Takdirnya yang esa aku akurkan Bahagialah sayang aku doakan Rindu mengajarku Erti ketabahan Erti ketabahan Tinggal kenangan Iya, ini lirik lagu, seperti kisahku..

The End

Tak kusangka kau berubah sekelip mata.  100% berubah. Aku tidak lagi menjadi orang penting dalam hidupmu.  Selama ini sayangmu cuma palsu dan bohong. Yang paling terluka ialah AKU, ya aku sebab akulah yang menyayangi dengan setulus hati. Sementara kau bahagia tanpa kehadiranku lagi. Bahagia dengan kehadiran orang baru. Betul kau tak salah, aku yang salah kerana terlalu percaya, terlalu sayang. Kalau aku tak terlalu sayang sebegini, tidaklah aku terluka.  Ada masa aku fikir aku cuma nak menangis je sehari dua, aku nak betul-betul lepaskan semua. Tapi aku keje. Boleh ke ambik mc sebab hati terluka ye? Dia dera emosi aku.  Sakit sangat walau tak berdarah 🥲 Maka berakhir la sudah cerita kita. Aku sentiasa doakan kau walau dimana jua kau berada. Terima kasih setidaknya kau pernah membuatku bahagia. Aku ikhlaskan semua. Sudahku katakan sejak awal, berani menyayangi maka beranilah melepaskan. 

Lagi dan lagi

Rindu menyapa lagi dan lagi..  Kau terus-terusan abaikan aku. Betul la org kata time kita rindu dia, dia tak rindukan kita, time dia rindukan kita, time tu kita dah macam terbiasa dah, hati mulai tawar.  Tidak mengapa. Mungkin nanti kau akan sedar keberadaanku. Mungkin nanti mau sedar kepedulianku.  Mungkin nanti kau rasa apa yang aku rasakan.  Tapi mungkin juga perempuan clingy mcm aku tak layak untuk disayangi. 

Sejenak

Kadang aku fikir apa yang kau sedang fikirkan kerana aku sedang memikirkanmu. Adakah kau fikirkan aku sebagaimana aku fikirkanmu? Termenung sejenak, tertanya menapa kau berubah sekelip mata.  Kau lupa janji kita begitu saja.   Menangis.. ye aku menangis bila kau abaikan aku. Terasa tidak dihargai, terasa kehadiran aku tidak ada makna dalam kehidupan kau.  Aku menangis.. menangis mengenangkan pahit manis yang kita lalui bersama.  Entah bagaimana lagi harus aku fahamkan kau tentang isi hatiku. Mungkin salah aku, aku yang terlalu sayangkan kau kadang melebihi diri sendiri.  Tapi kau sayangkan orang lain. Sedih cinta searah. Tapi tidak mengapa. Sekarang aku juga sudah berubah. Aku tidak lagi berharap terlalu tinggi seperti dulu. Mungkin sikapmu yang acuh tak acuh, pelan-pelan harapan aku kian tenggelam.  Kalau api boleh dipadamkan dengan air, cinta boleh dipadamkan dengan pengabaian. Jadi jika kau tidak inginkan cintaku teruskanlah abaikan aku.

Berubah

Dan bila dua orang sama terluka. Maka pudar sudah harapan. Saling takut untuk menjadi paling mencintai. Kerana takut lukanya paling dalam. Tapi aku tidak pernah takut menyintaimu.  Walaupun layananmu terhadapku sudah berubah.  Tatapan matamu sudah berubah. Senyumanmu sudah berubah. Banyak, ya banyak yang berubah tentang mu.  Seolah orang yang baru aku kenal.  Meski hati sedih aku tatap akan denganmu.

Pinta

Aku jarang meminta dekat Allah.  Aku cuma minta Allah kurniakan kesihatan yg baik buat org2 yg aku sayang.  Selain itu, ada satu hal lagi yang aku minta. Dari dulu sampai sekarang pinta aku tetap sama.  Aku cuma nak dia. Ya, aku memang sudah dapat.  Tapi tak dapat menggengamnya.  Hati manusia Allah yang pegang.  Allah yang bolak balikkan hati.  Aku tak boleh paksa Allah kabulkan permintaan aku. Aku juga tak mampu nak buat orang jadi satu energy denganku.  Aku tak mampu nak paksa orang jadi seperti apa yang aku nak. Aku tak mampu nak bagi orang berharapan yang sama seperti aku.  Apa yang aku mampu adalah jalaninya dengan tenang dan penuh kasih. Selagi ada cinta.. Selagi ada nyawa.. 

Menanti

Jam menunjukkan jam 2.11am, aku masih terjaga, itulah aku susah untuk lena, kalau penat sekalipon masih juga susah lena. Itu yg aku cemburu dgn org yg senang lena, letak kepala dh lena, sementara aku kena tunggu otak penat dulu dlm bercerita, berfikir, berharapan.. Entahla kadang aku rasa hidup aku kosong, mengulangi rutin bangun pergi kerja, pulang kerja tido, tiada sesiapa disini, tidak punya kawan rapat, partner? I don't know mgkin ada mgkin tiada. Tiada tempat aku berkongsi cerita. Tapi Alhamdulillah sekarang aku masih lagi hidup dengan tenang cuma jiwaku tidak begitu tenang. Bukan celaru, but rasa hilang sesuatu.  Haruskah aku pulang semula ke kampung dan bekerja di kampung semula? Di kampung ada family walaupon gaji tidaklah mahal. Disini, aku tidak ada sesiapa.  Niat aku merantau adalah untuk menenangkan diri tapi kini aku sudah tenang. Perlukah aku balik ke tempat asalku?  Begitu banyak persoalan yang sama. Tapi sebenarnya disini aku masih lagi menanti seseorang, ...

Pudar

Entah cinta yg mulai memudar atau alurnya harus seperti ini.. Aku rindukan kau tapi rindu kau yang dulu. Ye dulu.. Sebelum kita bertingkah.  Mungkin yg dulu itu dah jadi sejarah, maka sejarah itu hanya utk dikenang bukan diulang..  Tapi sejarah juga mungkin berulang kan..

Tinta rindu

Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup saya. Terima kasih kerana pernah menjadi sebab saya tersenyum tanpa sebab. Kehadiran awak mengubah dunia saya menjadi lebih indah, walaupun akhirnya saya terpaksa menerima bahawa tidak semua yang indah ditakdirkan untuk kekal. Terima kasih banyak-banyak sebab sentiasa cari waktu dan korbankan waktu untuk saya. Saya sangat hargainya. Waktu-waktu itulah yang sentiasa saya rindukan. Tapi jangan risau lepas ni tiada lagi orang yang mahukan waktu awak.  Maaf kerana sepanjang kita bersama, saya masih belum menjadi seseorang yang awak impikan. Saya sedar saya ada banyak kekurangan. Saya pernah mengecewakan awak, pernah gagal memahami apa yang awak rasakan. Saya dah cuba menjadi yang terbaik, tetapi akhirnya saya sedar ada usaha yang tetap tidak mampu mengubah takdir. Awak dah memilih jalan hidup awak dan tiada "saya" di hidup awak.  Saya tidak akan lagi menunggu balasan yang mungkin tidak akan pernah datang. Saya tidak mahu menjadi beban ...

Attachment VS Detachment

Kalau ada attachment mestilah ada detachment kan. Attachment tu mmg mdh & senang terjadi, bila kita dh sygkan seseorang hdp kita bergantung pd dia jela. Bergantung pd mcm mana dia layan kita, kalau dia layan kita elok, kita elok, kalau ad masa dia dh start layan kita x elok jd triggered emosi kita. Well, sgt menguras tenaga kita.  But, aku belajar sesuatu tentang detachment, kt dunia ni kita kena ada mindset bahawa semua sama ada manusia atau benda di muka bumi ni bukan milik kita, dlm quran pon ada sentuh psl ni. Nk lbh phm lg misal la kita set yang partner kita ni mcm kucing liar, anggaplah dpn rmh kita ad kucing liar, kita boleh syg dgn dia, kita bg dia mkn, boleh belai2 tp x selalu blh mcm tu. Mungkin ad masa dia sensitive xmau dibelai, disentuh kalau kita paksa2 dia mencakar plk.  Kalau kita paksa org bagi waktu dia dekat kita ia jd menyakiti diri kita sendiri sbb dia xblh nk bg, kita jd pikir kita bkn priority dia, masih ada hal lain yg dia prioritykan. So anggap lah...

Hilang

Dann bila seseorang yang kita sayang selalu hilang tanpa khabar, adalah normal untuk kita mula mencari mereka.. Kerana hubungan yang sihat memerlukan dua orang melangkah ke arah satu sama lain, bukan seorang berlari dan seorang lagi hanya menunggu.

5 tahap in relationship

Dannn kebykn org x berhasil melepasi tahap ke-2: 1. Masih sangat mudah.  Tahap ni masih awal, org panggil tahap PDKT. Time ni chemistry terasa sempurna, lihat kesamaan bkn lihat kekurangan.  2. Struggling for handle problems. Tahap ke-2 ni perbezaan mulai terlihat. Hal kecil brbh jd pertengkaran bsr. Byk pasangan berhenti di tahap ini. mereka memilih berpisah lalu mengulangi lg tahap pertama dgn org baru pdhl pattern nya tetap sama. Kalau dh lepas tahap ni ke tahap next. 3. Penerimaan. Tahap ni kita dah faham, Kita tau pasangan kita mgkin xkan jd sempurna. pertanyaannya bolehkah kita tetap memilihnya? 4. Komitmen. Bukan lg hal perasaan tetapi keputusan utk trs membangun hubungan bersama.  5. Kesatuan. Cinta tidak lagi siapa yg benar, Tapi 2 org yg trs memilih satu sama lain walaupon kita tahu semua kekurangannya.  Korang dah sampai tahap mana? Ke masih stuck tahap ke-2. Tapi tahap2 ni xboleh digunapakai if gf/bf korang red flag, contoh curang, baran n lain2 yg org ka...

2 kali mencintaimu

Jam di dinding menunjukkan pukul 1.51 pagi dan aku masih lagi terjaga. Entah apa yang aku pikirkan tapi aku rasa nak menulis sedikit. Its about love. Aku pernah terdengar dekat tt, bunyi nya macam ni:  Ketika kau benar2 mencintai seseorang, kau akan mencintai dia 2 kali:  Yang pertama itu mudah,  kau jatuh cinta pada senyumannya, gurau sendanya & caranya membuatmu merasa. Disini kau mencintai versi dirinya yg happy yg ditunjukkan ke semua org, yg xperlu usaha apapon. Akhirnya kau melihat sisi lainnya , ketidakselesaan dia, trauma dia, bahagian yg dia sembunyikan dr byk org. Mcm mana dia bersikap ketika stress dan hal dirinya yg xmdh dihadapi. Dari situlah kebanyakan org pergi , ketika semuanya berhenti terasa menyenangkan mulai jd nyata, if kau tetap bertahan , kau ttp memilih dia setelah melihat semua mslhnya & kekurangannya, itulah cinta kedua.  Cinta yg pertama tu terjadi begitu saja kpdmu. cinta ke-2 adalah sesuatu yg kita pilih. Kita memilih utk tetap b...

Saat kau benar-benar sayang

Psikologi mengungkap bahwa saat kau benar-benar sayangkan seseorang,sensitiviti emosimu meningkat, terutama terhadap orang yang sangat kamu sayangi. Bahkan hal kecil atau ucapan yang remeh temeh pon boleh terasa begitu menyakitkan, bukan sebab kau lemah, tapi sebab kau sudah menurunkan pertahanan diri. Cinta membuatmu rentan, ia membangun ikatan emosional yang dalam di mana suasana hati, perhatian, atau kata-kata pasangan memiliki pengaruh lebih besar dibandingkan dari siapa pun. Itulah mengapa luka yang muncul terasa lebih pedih, kerana hatimu lebih terlibat daripada yang diakui oleh pikiranmu. 

Life

Ramai orang dewasa hilang satu benda. Rasa seronok hidup. Semua benda: kerja, duit, komitmen, stres. Tetapi hidup ni bukan hanya tentang tanggungjawab. Ada masa untuk ketawa juga. 

Erti kalimat "Awak terlalu baik buat saya"

Sape pernah dapat kata2 macam ni? korang tahu tak apa maksud di sebalik kalimat ini? nampak macam kata-kata pujian kan tapi hakikatnya itulah kata2 penolakan yang paling halus, kalau kau dapat kata2 dari sesesorang itu tandanya: Dia taknak bertanggungjawab dengan perasaannya.  Lbh kurang sama dengan perkataan you deserve better. Kalau aku dapat kata-kata macam tu aku dah tahu dah dia taknak dekat kita pon sbb kalau kita pikir, kalau orang betul2 nak dekat kita dia takkan suruh kita cari orang lain right? Kalau in relay korang ada masalah, if dia sayang kau mesti dia kata "saya akan cuba berubah, saya nak bertahan & nak fix, selagi boleh fix, why not kan tapi dia tak kata macam tu kan.  So, disini bukan masalah kau terlalu baik, masalahnya dia taknak bawa relay dengan lebih jauh. Untuk tidak menampakkan side dia yang jahat, maka awak terlalu baik pilihan kata yang lebih selamat untuk keluar dr relay dan tanpa rasa bersalah. So, awak2 kalau dia dah berkata "awak terlalu bai...

Sudahlah sudah

Sedih kan bila orang senang2 buang kita. Dia ingat perasaan kita main-main. Kadang aku pon tak faham dgn sesetengah org. Harini kata sayang, esok dah hilang sayangnya. Mungkin itulah maksud cinta main2, yang sakitnya orang yang ikhlas. Well, itu la sape suruh pakai perasaan, lain kali kalau nk syg org kena pakai lutut biar dia hilang nanti takde kesan apa2 dekat kita.  But it's okay. Kalau dah ikhlas mencintai, mestilah kena ikhlas melepaskan. Cinta dekat seseorang yg tak cintakan kita ni unik tau sebab kita boleh lagi bagi cinta sedangkan dia tak buat hal yg sama. Tapi kena pakai otak juga la boleh ke kita bahagia mcm tu dlm jangka waktu yg panjang? Kadang macam buang waktu dan energy kita, lebih baik kita dengan orang yang cintakan kita. Sama2 berbagi energy. Sudahlah kau tak perlu menangis & sedih pon sebenarnya kalau orang tak hargai kau. Kau pikir je aku ada rugi apa2 ke kalau hilang dia? Takde kan. Cuma terkesan sikit jela but it's normal perasaan boleh sembuh kan. Se...

Hal yang tersulit.

Apa satu hal yg tersulit dalam relationship? Bila dua pasangan sedar mereka pasti akan saling melukai. Orang membayangkan relationship ni tiada pertengkaran, tiada kekecewaan tiada kesedihan dan selalu bahagia tapi itu cuma khayalan. Hakikatnya, yang membuatkan relationship bertahan lama tu bukan sebab miliki pasangan yang perfect melainkan dua orang yang selalu memilih utk memaafkan. Partner kita akan membuat kesalahan, Partner kita akan berkata hal yang salah di waktu yang tidak tepat, Partner kita lupa support di waktu kita memerlukan. Partner kita kecewa sbb dia pon manusia biasa. Kadang kau juga melakukannya.  Kau ego, Kau ignored dia, Menyakitinya tanpa sengaja, Pertanyaannya? Adakah relationship ini cukup berharga untuk dua insan tetap bertahan? Dan saling memaafkan di tengah luka. Cinta yg kuat bukan milik pasangan yang tak pernah salah. Cinta yang kuat milik pasangan yang pilih bertahan dan tumbuh bersama meskipun sering salah.