The End
Tak kusangka kau berubah sekelip mata.
100% berubah.
Aku tidak lagi menjadi orang penting dalam hidupmu.
Selama ini sayangmu cuma palsu dan bohong.
Yang paling terluka ialah AKU, ya aku sebab akulah yang menyayangi dengan setulus hati.
Sementara kau bahagia tanpa kehadiranku lagi. Bahagia dengan kehadiran orang baru.
Betul kau tak salah, aku yang salah kerana terlalu percaya, terlalu sayang.
Kalau aku tak terlalu sayang sebegini, tidaklah aku terluka.
Ada masa aku fikir aku cuma nak menangis je sehari dua, aku nak betul-betul lepaskan semua. Tapi aku keje. Boleh ke ambik mc sebab hati terluka ye? Dia dera emosi aku.
Sakit sangat walau tak berdarah 🥲
Maka berakhir la sudah cerita kita. Aku sentiasa doakan kau walau dimana jua kau berada. Terima kasih setidaknya kau pernah membuatku bahagia. Aku ikhlaskan semua. Sudahku katakan sejak awal, berani menyayangi maka beranilah melepaskan.
Comments