Erti kalimat "Awak terlalu baik buat saya"

Sape pernah dapat kata2 macam ni? korang tahu tak apa maksud di sebalik kalimat ini? nampak macam kata-kata pujian kan tapi kenyataannya itulah penolakan yang paling halus, kalau kau dapat kata2 dari sesesorang itu tandanya:

Dia taknak bertanggungjawab dengan perasaannya. 

Sama juga dengan perkataan you deserve better. Kalau aku dapat kata-kata macam tu aku dah tahu dah dia taknak dekat kita pon. Kalau kita pikirkan, kalau orang betul2 nak dekat kita dia takkan suruh kita cari orang lain right?

Kalau in relay korang ada masalah dan dia yang punca semuanya, if dia sayang kau mesti dia kata saya akan cuba berubah, saya nak bertahan & nak fix, tapi dia tak kata macam tu kan. 

So, disini bukan masalah kau terlalu baik, masalahnya dia taknak bawa relay dengan lebih jauh. Untuk tidak menampakkan side yang jahat, maka awak terlalu baik pilihan kata yang lebih selamat untuk keluar dan tanpa rasa bersalah.

So, awak2 kalau dia dah berkata "awak terlalu baik" anggaplah dia dah buat keputusan. Fullstop.

Kalau orang yang betul-betul nak kita, dia takkan undur diri sebab kita terlalu baik.

Comments

Popular posts from this blog

BAGAIMANA MENJADI ORANG YANG DISUKAI.

TIPS SEMASA MENJALANI PRAKTIKAL.

Ujian fizikal, pancaindera & kecerdasan pen. peg. penguatkuasa 2016- pengalaman