Posts

Erti kalimat "Awak terlalu baik buat saya"

Sape pernah dapat kata2 macam ni? korang tahu tak apa maksud di sebalik kalimat ini? nampak macam kata-kata pujian kan tapi hakikatnya itulah kata2 penolakan yang paling halus, kalau kau dapat kata2 dari sesesorang itu tandanya: Dia taknak bertanggungjawab dengan perasaannya.  Lbh kurang sama dengan perkataan you deserve better. Kalau aku dapat kata-kata macam tu aku dah tahu dah dia taknak dekat kita pon sbb kalau kita pikir, kalau orang betul2 nak dekat kita dia takkan suruh kita cari orang lain right? Kalau in relay korang ada masalah, if dia sayang kau mesti dia kata "saya akan cuba berubah, saya nak bertahan & nak fix, selagi boleh fix, why not kan tapi dia tak kata macam tu kan.  So, disini bukan masalah kau terlalu baik, masalahnya dia taknak bawa relay dengan lebih jauh. Untuk tidak menampakkan side dia yang jahat, maka awak terlalu baik pilihan kata yang lebih selamat untuk keluar dr relay dan tanpa rasa bersalah. So, awak2 kalau dia dah berkata "awak terlalu bai...

Lepaskan

Sedih kan bila orang senang2 buang kita. Dia ingat perasaan kita main-main. Kadang aku pon tak faham dgn sesetengah org. Harini kata sayang, esok dah hilang sayangnya. Mungkin itulah maksud cinta main2, yang sakitnya orang yang ikhlas. Well, itu la sape suruh pakai perasaan, lain kali kalau nk syg org kena pakai lutut biar dia hilang nanti takde kesan apa2 dekat kita.  But it's okay. Kalau dah ikhlas mencintai, mestilah kena ikhlas melepaskan. Cinta dekat seseorang yg tak cintakan kita ni unik tau sebab kita boleh lagi bagi cinta sedangkan dia tak buat hal yg sama. Tapi kena pakai otak juga la boleh ke kita bahagia mcm tu dlm jangka waktu yg panjang? Kadang macam buang waktu dan energy kita, lebih baik kita dengan orang yang cintakan kita. Sama2 berbagi energy. Sudahlah kau tak perlu menangis & sedih pon sebenarnya kalau orang tak hargai kau. Kau pikir je aku ada rugi apa2 ke kalau hilang dia? Takde kan. Cuma terkesan sikit jela but it's normal perasaan boleh sembuh kan. Se...

Hal yang tersulit.

Apa satu hal yg tersulit dalam relationship? Bila dua pasangan sedar mereka pasti akan saling melukai. Orang membayangkan relationship ni tiada pertengkaran, tiada kekecewaan tiada kesedihan dan selalu bahagia tapi itu cuma khayalan. Hakikatnya, yang membuatkan relationship bertahan lama tu bukan sebab miliki pasangan yang perfect melainkan dua orang yang selalu memilih utk memaafkan. Partner kita akan membuat kesalahan, Partner kita akan berkata hal yang salah di waktu yang tidak tepat, Partner kita lupa support di waktu kita memerlukan. Partner kita kecewa sbb dia pon manusia biasa. Kadang kau juga melakukannya.  Kau ego, Kau ignored dia, Menyakitinya tanpa sengaja, Pertanyaannya? Adakah relationship ini cukup berharga untuk dua insan tetap bertahan? Dan saling memaafkan di tengah luka. Cinta yg kuat bukan milik pasangan yang tak pernah salah. Cinta yang kuat milik pasangan yang pilih bertahan dan tumbuh bersama meskipun sering salah. 

Sindiran

Maafkan jika aku terlalu meromantisasi cerita kau dan aku. Kita memang masih bukan siapa-siapa mungkin tak akan pernah jadi apa-apa. Tapi biarlah kucicipi bahagia meski hanya khayal belaka. 

Love is like a cancer

Terima kasih sudah hadir dalam hidupku, biarpun sudah lain suasananya. Terima kasih sudah membuat aku tersenyum. Terima kasih sudah membuatku bahagia.  Kadang kita kena terima walaupon sulit untuk diterima.  Merasa gagal membahagiakan orang, gagal buat orang faham kita, gagal buat orang terus ada. Gagal buat orang satu hati sampai mati.  Tapi tak mengapa sudahku persiapkan jiwa dan ragaku berdepan dengan ombak cinta.  Yang ikhlas mencintai tidak akan meninggalkan dendam dan benci. Perasaan masih sama cuma keadaan sudah bertukar dan berubah sekelip mata. Cinta tu ibarat kanser, datang tak dijangka, menghancurkanmu sekelip mata. 

Train to Gua Musang

27 may  Ingatkan taknak balik kampung Raya haji nak balik lepas Raya sebab memang tiket dh habis, pastu pikir mak aku pasti nangis nanti, so carila orang untuk tumpang sekali tapi tak jadi sebab aku buka balik apps ktmb tengok2 ada coach tambahan T5x & T5y. Biasa kalau musim perayaan train buka coach tambahan Alhamdulillah la tp ada mlm raya pertama sahaja. Awal dari tu takde, kalau tak boleh la aku tengok my family qurban tolong sekali ke apa. Takde rezeki. Kalau ambik tiket train aku jarang ambik yang ekonomi, biasa aku ambik yang sleeping T6,T7,T8, atau yang business T1,T2 untuk keselesaan. Lagipon harga tiket takdela jauh beza sangat. Tp kali ni terpaksa naik yang biasa, kalau kempas baru ke gua musang tu dalam 11 jam juga la nk boleh sampai, sakit badan juga sebab seat biasa tak boleh nak turunkan kebelakang banyak sgt dia dh setting ikut dia punya level.  Sebenarnya malam tu aku macam takde mood entahla mungkin hati tengah terluka ececeh.. Tapi life must go on. ...

Noktah

Tiada daya aku memaksa orang untuk terus stay. Ku hanya wanita, hanya mampu menangis di atas keputusanmu.  Itu bukan bermaksud aku lemah, aku cuma mengikuti takdirNya. Walaupon kadang aku memberontak "taknak macam ni" kesudahannya aku tiada daya semua ni.  Tapi kau buat keputusan ketika kau sedang marah padaku. Ia tidak adil kau telah berdusta dengan hati kau.  Tidak mengapa, aku sentiasa mendoakanmu dalam setiap hal. Aku tahu suatu hari kau dapat merasai apa yang aku rasa, pasti kau takkan meninggalkanku. Aku juga tau noktah kita bukan sampai disini.