Train to Gua Musang
27 may
Ingatkan taknak balik kampung Raya haji nak balik lepas Raya sebab memang tiket dh habis, pastu pikir mak aku pasti nangis nanti, so carila orang untuk tumpang sekali tapi tak jadi sebab aku buka balik apps ktmb tengok2 ada coach tambahan T5x & T5y. Biasa kalau musim perayaan train buka coach tambahan Alhamdulillah la tp ada mlm raya pertama sahaja. Awal dari tu takde, kalau tak boleh la aku tengok my family qurban tolong sekali ke apa. Takde rezeki.
Kalau ambik tiket train aku jarang ambik yang ekonomi, biasa aku ambik yang sleeping T6,T7,T8, atau yang business T1,T2 untuk keselesaan. Lagipon harga tiket takdela jauh beza sangat. Tp kali ni terpaksa naik yang biasa, kalau kempas baru ke gua musang tu dalam 11 jam juga la nk boleh sampai, sakit badan juga sebab seat biasa tak boleh nak turunkan kebelakang banyak sgt dia dh setting ikut dia punya level.
Sebenarnya malam tu aku macam takde mood entahla mungkin hati tengah terluka ececeh.. Tapi life must go on.
Sepanjang perjalanan aku tido je sebab kalau tak tido, banyak pula aku pikirkan, tapi dah memang aku dengan airmata tak dapat dipisahkan, disaat airmataku mengalir, tiber macam macam bunyi ku dengar,ada pakcik yang lupa off alarm dia, pakcik tu tidur tak sedar alarm dia bunyi dah kali ke berapa entah.
Ada bunyi anak yang bervideo call dengan ibunya, mau bagi khabar keberadaannya dimana. Ada yang tido berdengkur.
Dahtu, awalnya sebelah aku penumpang perempuan, lepas perempuan tu dah sampai destinasi selang beberapa jam kemudian tiba pula penumpang lelaki di sebelah aku, waktu tu aku tengah tido tapi dengar orang sebelah sok seh sok seh selsema. Sebenarnya seat dia sebelah window tp aku dok seat dia sebab tak selesa nak tido jadi dia datang aku biarkan saja. Hahaha. Maafla ye. Lagipon lagi beberapa minit aku dah nak sampai destinasi. Outfit tiba sama plk tu, berbaju hitam & berseluar jeans biru cair.
Tapi takde orang nampak pon aku menangis sebab terlindung disebalik topi hoodie yang aku tutup. Semoga semuanya baik-baik saja. Kalau aku tak jaga diri aku siapa lagi nak jaga aku?
Btw, blk kmpg aku mcm xde mood sgt, aku lebih byk tido sbb entah badan aku tibe xsihat. Nak plk kt kmpg ada aircond mmg best la tido. Cuma 1 je aku xsuka line dia dh mcm siput bab*, xleh nk update apa2 haha. Tp it's ok la tenang la sikit Kita betul2 rehat.
4 hari kt kampung, aku x pergi mana2 cuma dok rmh spend time dgn family, lgpon aku xde kenderaan nk g mana2, ada keta myvi mak aku pon manual aku xreti manual ambil lesen pon auto. Motor plk sejak eksiden 2017 aku dh x naik, silap2 xreti dh nk bawa motor mcm mana. Bila la dpt balik bawah kereta sendiri, jauh gile JB ke Kelantan, kalau drive sorang2 aku takut jg. Bukan apa, aku tkt sesat sebenarnya aku ni buta jalan, kdg ada maps pon blh tersalah. Takpela mungkin suatu hari kalau dh yakin nk drive blk kmpg.
1hb aku dh naik jb, hmm mak aku nangis wei dia kata aku balik sekejap je, tak sempat nk g mkn kt kolam. Kt kedai kolam ikan tu terkena dgn kesedapan ikan talapia masak cili padi.Dulu aku dgn mak aku selalu mkn kt kedai, aku selalu ikut kedai peberet dia selalu belanja dia mkn, nk hrpkan adik brdk lain mmg x la nk teman mak mkn tmpt yg dia suka.
Nak buat mcm mana dh Aku kena kerja kan. Tak kerja xde duit la 😅
Comments