Posts

Kecelaruan apakah ini?

Image
Assalamualaikum pembaca tersayang.. Semenjak dua menjak ini aku berasakan fikiran aku terlalu kacau.. aku terlalu banyak berfikir.. entah apa yang difikirkan aku, aku pon tak tau.. kadang-kadang aku berfikir tentang sesuatu yang tidak ada jawapannya… dan pertanyaan yang ada dalam fikiran aku ni, mendesak aku untuk mencari jawapan…  selagi tidak dapat jawapan, selagi tu fikiran aku kacau.. Rasa berdentum-dentam ja dalam kepala otak ni.. Mungkin aku tak cukup rehat.. dan perlukan rehat.. tidur aku pon tidak teratur.. aku tidak biasa tidur awal.. paling awal jam 3pagi aku masuk tido dan bangun subuh kemudian tido balik beberapa jam, bangun pula jam 8.30 untuk ke kelas… kadang2 kitaran tido aku tidak sempat untuk masuk ke alam mimpi pon.. Memang di wajah aku kecelaruan itu tidak nampak, tapi dalam hati ni hanya Tuhan saja yang tahu.. Kecelaruan apakah ini?  Aku harap aku akan pulih kepada sedia kala…Doakan saya..

Sebenarnya..dia bukan gila!!

Setiap kali aku melihat getah.. aku mesti teringatkan pakcik yang orang kampung gelarnya sebagai awie gila.. pakcik tu sebenarnya bukan gila tapi dia sakit..dia sakit mental.. orang ja anggap dia gila sbb xtau apa sebenarnya yg dimaksudkan dengan gila.. Orang kata pakcik awie takut kepada getah, aku tak tau kenapa, mungkin dia pernah dibidas ataupun dilastik oleh orang2 sebelum ni sehingga dia fobia bila tengok getah.. macam cicak man la pulak takut getah, pernah pakcik tu datang rumah aku, dia kata rumah aku cantik dan dia suka dok umah aku, dia tak ganggu orang sebenarnya, orang yang ganggu dia.. aku ni apa lagi takut la bila dengar orang kata nanti dia pukul, aku terus pi dapatkan getah dan cuba berlagak macam orang nak melastik.. dia dengan gegasnya terus bangun dan keluar dari rumah aku bila nampak aku nak lastik.. aku lihat muka pakcik tu bengang gila dengan aku tapi aku hanya sengih-sengih la.. aku selalu dok pikir, macam mana pakcik tu boleh jadi sakit mental er?...

Cerita Termenung dalam Menung..

Semasa menunggu bus untuk ke kampus tercinta, aku termenung sejenak kerana waktu itu sahaja peluang yang aku ada untuk termenung.. aku lihat orang yang menunggu bus hanya sepi, diam membisu tanpa kata.. aku mencuba untuk meneroka apa yang yang difikirkan oleh penunggu bus kerana aku melihat masing-masing khusyuk seakan-akan sedang memikirkan sesuatu.. tetapi aku bukan lah orang yang handal untuk meneroka fikiran orang, bukan juga paranormal yang boleh membaca hati orang.. aku hanya boleh mempersepsikan dialog yang keluar melaui fikiran penunggu bus itu.. terlihat lampu-lampu yang menyala dan juga tidak berapa menyala.. tapi itu hanyalah persepsi aku.. persepsi itu kadang kala boleh menipu.. Dalam termenung, aku juga memikirkan bagaimanakah aku pada hari-hari yang akan datang.. terasa masa begitu pantas berlalu.. padahal aku rasa baru semalam meraikan tahun baru.. azam tahun yang lalu sudah tercapai tetapi azam tahun ini mampukah tercapai... dan waktu termenung itu jugalah menca...

CIKGU OH CIKGU..

Image
Cikgu oh cikgu.. Tanpa cikgu saya tidak akan menjadi macam saya sekarang.. Jadi yang macam mana..? saya boleh menulis, membaca, mengira, mewarna, dan sewaktu dengannya…hehe..kira menjadi la tu.. Selamat hari cikgu sedunia.. Bila aku recall balik apa yang berlaku pada aku pada zaman sekolah dulu.. Macam2 catatan yang indah malah yang kurang indah pon masih lagi berlegar-legar bermain di minda aku.. Antara cacatan2 itu ialah waktu kelas fardu ain.. darjah 3, semua pelajar diberi tugas untuk menulis perkataan “Alhamdulillah” dalam tulisan jawi.. Macam biasa ustaz mesti jalan2 ke setiap meja, pastu ustaz berhenti di meja aku..pastu mengusap kepala aku dan mengatakan yang tulisan jawi aku sangat bagus.. apa lagi kembang la hidung 3 inci..hahaha.. kawan aku sebelah tu tetiba masam muka dengan aku, mungkin dia kecil hati sebab ustaz tak puji dia.. jadi, aku pon tak sedap hati.. aku kata la yang tulisan aku tak cantik pon tulisan dia lagi cantik..dia terus senyum.. te...

KISAH SEORANG IBU..

              Mak..oh.. mak..            Dialah emakku dan dia jugalah abahku.. abahku bukan sudah pergi buat selama-lamanya tetapi jodohnya tidak panjang dengan mak aku.. dia pergi meninggalkan kami sekeluarga.. lalu membina kehidupan baru bersama keluarga barunya..             Mak aku seorang yang sempoi dan sporting.. dan mak yang tidak mengongkong anaknya..            Dia selalu berkorban untuk anaknya, sedangkan anaknya nak berkorban pon masih lagi berkira-kira.. teringat lagi di waktu kecil.. aku datangnya dari keluarga yang susah, adik-beradik ramai, kadang-kadang untuk mendapatkan sesuap nasi itu amat perit.. mak aku selalu mendahulukan anak2nya.. dia tidak kisah kalau dia tidak makan..            kami yang kecil2 ni mana tau apa, tau makan ja.. tapi kami bersyukur kerana kami makan bukanlah kerana untuk...

Tulisan Kak Ton mana ni? Comel sangat..

Image
(sila tekan untuk lebih jelas) Tulisan time battery full. Comel tak? Mata segar bugar lagi time menulis.. Tapi taklah secomel kak Ton. Tulisan time battery Low. Mata tak dapat menolong aku daripada terus menulis. Hasilnya.. apa dah jadi..?tulisan kak ton mana plk ni? *persoalan= Kak ton tu sape sebenarnya? Kenapa namanya begitu hangat disebut-sebutkan dalam perbualan harian tidak kirala yang kanak-kanak, muda dan tua?

Sikap Tangguh Kerja ~~~ Stress.

Saya sedar bahawa saya sekarang sedang mengalami stress ataupun dipanggil tekanan.. memang raut wajah saya tidak menunjukkan stress kerana sejak dari kecil diasuh untuk sentiasa bersikap cool.. tetapi dalaman saya berdentum-dentum seperti dentuman guruh di langit.. Apa perlu saya buat? Adakah saya perlu bertindak berfokuskan masalah? Atau berfokuskan emosi? Mana mungkin saya selesaikan masalah stress saya dengan berfokuskan emosi.. Kalau menangis, menonton cerita lawak.. Memang tidak berkesan.. malah makin bertambah stress..dan penyelesaian tak tercapai.. Jadi saya perlu bertindak berfokuskan masalah.. Masalah saya - kerja yang banyak.. setinggi-tinggi gunung everest tinggi lagi kerja saya.. *Hehe..ini menipu namanya.. Penyelesaiannya - sila buat kerja anda sekarang fara.. jangan malas.. dan katakan tak nak pada “Sikap menangguh kerja” Kenapa “Sikap menangguh kerja” tu sering menghampiri kita? Sebab kita sering cari jalan untuk mengelak daripada ...