Posts

Alkisah Duit Raya.

Image
Bila sebut pasal raya, salah satu yang orang ingat ialah duit raya lebih-lebih lagi bagi yang kanak-kanak. Di waktu kanak-kanak, mereka berfikir rumah siapa yang patut mereka kunjungi, bagi rumah orang kaya diutamakan, maklum la rumah besar pasti duit rayanya besar juga bukan.. Berkunjung kerumah orang pula semata-mata hendak mengumpul duit raya, tuan rumah yang bijak berkata " Makan dulu, baru dapat duit raya".. Cepat2 makan, lepas habis beratur ramai-ramai bersalam dan minta duit raya, itu pon kalau tuan rumah kasi. Habis satu kampung pi beraya, tak cukup sekampung kami pi beraya kat kampung jiran dan jiran kepada jiran.. Sanggup jalan kaki jauh semata-mata nak bertanding siapa yang dapat kumpul duit banyak.. Masa tu duit raya semuanya duit syiling, orang yang kaya sikit ja kasi duit kertas. Masa tu bagi kami RM1 pon dah banyak, 10 sen tu kiranya orang kedekut taik idung masin. Itu raya pertama, raya kedua pi raya kubur belakang umah aku ja, cabut rumput, bersih2...

Ramadhanku sekarang bukanlah yang dulu.

Bila terkenangkan ramadhan di zaman kanak-kanak .. terukir senyuman lucu dibibirku.. Aku dan kawan-kawanku adalah manusia yang tidak pernah kenal erti dok diam.. Wajah kamilah yang selalu orang kampung jumpa.. di situ sana sini.. wajah kami sentiasa muncul menceriakan suasana kampung... Terkadang wajah ini lah yang membuatkan orang kampung naik bosan dan wajah inilah membuatkan orang kampung rindu.. Kami suka bermain di depan rumah orang kampung ketika ketiadaan penghuni rumah tu.. Di depan rumah makcik kampung kami jadikan tangga rumahnya sebagai tangga kejayaan.. Tangga tersebut kami hias dengan bunga-bungaan.. rumput, daun pokok, batang kayu, pasir dan banyak lagi.. Menghias tangga menggunakan imaginasi dan kreativiti kami sendiri.. Sesekali aku membayangkan itu tangga yang bakal dilalui oleh aku suatu hari nanti.. Seperti cinderella yang berpakaian cantik berjalan ke di karpet merah sambil ditonton oleh banyak orang.. Tangga karpet merah yang dilalui orang2 besar atau orang y...

Praktikal - Part 1

Sudah 3 Minggu aku berpraktikal di sesebuah organisasi.. Praktikal bermula 1 Julai hingga 16 ogos .. Sebenarnya, aku nak minta tangguh praktikal pada sem akan datang tapi tak boleh.. Aku nak tangguh sebab mental aku belum bersedia lg.. Masa tu lepas exam.. sepatutnya lepas exam kita rasa lebih lega tapi aku lepas exam hbs tenaga.. migrain time tu jugaklah nak datang... Lagi satu sebelum ni aku pernah kerja, jadi aku dah rasa bagaimana perasaan bila bekerja.. Bukan mau elak tapi inginkan masa untuk bersedia.. baru perasaan tu ok sikit.. Ok, sepanjang praktikal perasaan bercampur gaul.. Kadang-kadang aku berasa bahagia, Kadang-kadang aku berasa tidak bahagia di tempat kerja.. Biasalah kan.. Cuba tanya orang yang sudah bekerja apa yang dia kata.. Aku suka bertanya kat staff apa perasaan dia apabila berada di dunia pekerjaan? Ramai mengatakan hal yang sama, ada jugak yang memberikan jawapan yang berbeza tapi tidak ramai.. Tapi yang buat aku selalu bahagia ialah ketika berada ...

Hidup Tak Dapat Lari Daripada Membuat Pilihan

Salahkah seseorang memilih untuk bekerja daripada meneruskan persekolahan? Kebanyakan orang memandang rendah pada orang yang tidak berpelajaran tinggi, cukuplah dengan kata-kata hinaan dan cacian. Bagilah kata-kata yang membina. Apa perasaan kita bila orang berkatakan hal yang tidak benar tentang kita, hina kita caci kita? Mesti perasaan kita macam nak terjun bangunan ja kan bagi orang yang tidak mampu lagi bersabar. Mereka hanya tahu berkata-kata tanpa selidik dahulu apa sebab seseorang tu tidak meneruskan persekolahan. Tidak cukup hanya persepsi semata-mata. Setiap apa yang berlaku tu bersebab bukan? Bagi seseorang yang aku kenal dia mengambil jalan untuk bekerja kerana tidak mampu menanggung biaya sekolah. Adik beradiknya ramai. Hidupnya serba kurang. Ayahnya hanya bekerja kampung, ibunya pula menguruskan rumah. Dia bekerja kerana ingin mengurangkan beban ibubapanya. Dia bekerja kerana ingin menyara adik2nya yang lain. Gaji ayahnya hanya cukup untuk makan. Dia terpaksa memi...

Siapa Sahabat, Kawan dan Teman??

Image
Memang Sahabat, Kawan dan Teman mempunyai maksud yang sama tapi ia berbeza dari segi hubungan atau sesuatu ikatan... Kita semua ada Sahabat, Kawan dan Teman bukan? kejap..jangan pening2.. kita teliti dulu apakah yang membezakan ketiga3 perkataan ni sedangkan bila didengar ia kelihatan sama sahaja, tak ada bezanya.. Sumber daripada uncle google mengatakan bahawa: Kawan merupakan seseorang yang boleh didapati di mana-mana sahaja. Dari segi hubungan ia tidaklah seteguh sahabat dan teman, seseorang yang boleh berkongsi perkara seperti hobi, minat, perasaan dan sebagainya. Kawan boleh datang dan pergi dalam hidup kita dengan sekelip mata sahaja. Kawan boleh dikatakan sebagai penyeri hidup kita. Teman merupakan seseorang yang mempunyai hubungan rapat dengan kita, seseorang yang boleh berkongsi  masalah, pandangan, suka dan duka kita. Dari segi hubungan teman makin menghampiri maksud sahabat.  Sahabat merupakan seseorang yang mempunyai hubungan yang terl...

Berbicara Dengan Sepi..

Image
Duhai Sepi.. Kadangkala engkau penyeri.. Kadangkala engakaulah api.. Duhai sepi.. Kadngkala engkau hadir tanpa diundang.. Menghayutkan aku tatkala dendang.. Duhai sepi.. Aku tidak minta ditemani engkau.. Aku yang diminta menemani engkau.. Duhai sepi.. Bisakah setelah diteman aku engkau lepaskan.. Lepaskan aku dalam kesepian.. Pergilah sepi.. Kerana aku mahu engkau tahu.. Sesungguhnya kesepian itu tidaklah seindah yang engkau sangkakan..

TIPS SEMASA MENJALANI PRAKTIKAL.

Image
Anda pelajar yang bakal menjalani praktikal/Latihan Industri/praktikum  ?  Selamat menempuh dunia praktikum saya ucapkan kepada anda dan kepada saya sendiri... Anda bakal berhadapan dengan pelbagai cerita dan pengalaman yang indah mahupun yang kurang indah di tempat praktikum anda nanti.. Mungkin cerita kita semua akan berbeza... Bukan akan tapi pasti berbeza... Tapi apa-apa pon semoga kita berjaya menghadapi dengan tenang.. Sudah bersediakah anda untuk menjalani praktikum? Sebelum tu jom lihat tips2 dari sahabat saya iaitu sahabat interaktif  ini.. Tapi jangan lihat saja.. jom kita praktikkan tips ini semasa menjalani praktikal.. (zOOm in sikit) Pertama sekali cari peluang untuk 'menjual diri'.  Maksudnya cuba beri keyakinan kepada organisasi berkenaan apa yang anda mampu buat.  Kadang kala skop  kerja diberikan tidak sepenuhnya sama dengan apa yang dipelajari.  Namun itu tidak menghalang untuk calon memberikan komitmen dalam tugas...