Motivasi Hari IIni dan Hari Esok
Apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu ada waktu petang kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh itu anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang. Hari yang saat ini MATAHARINYA menyinari anda dan siangnya menyapa anda, membuat anda mampu memandang alam sekitar.Itulah hari anda, maka manfaatkan hari itu sebaik2nya! Maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja, atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini jg. Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan anda sehiingga tidak tersempit dia antara dua kehidupan, masa lalu dan berbagai kesedihan dan kegundahan yang terjadi di masa itu, dan masa depan yang penuh ketidakpastian dan seringkali menakutkan. Pusatkanlah sepenuh perhatian dan kreativiti anda untuk satu hari sahaja. Pada hari inilah, anda harus bertekad mempersembahkan kualiti solat yang paling khuyu'...