Tau x dalam badan kita ada 3 character iaitu id, ego dan superego. Id 2 komponen keperibadian yang hadir sejak kita lahir lagi. Id didorong oleh prinsip kesenangan, yang berusaha untuk kepuasan segera dari semua keinginan, dan kehendak . Contoh la kan, kalau kita rasa lapar dan dahaga, kita mesti nak makan dan minum cepat2, xkira bagaimana cara pon nak jg makan, kalau bayi dia akan menangis kalau lapar. Kita ni yang dah tua2 ni nangis juga ka?? x kan.. kalau aku sanggup menghabiskan duit semata2 untuk makan... huhu.. secara umumnya, id ni pegang watak jahat dalam diri kita..
Ego pula ialah komponen kepribadian yang bertanggung jawab untuk menangani dengan realiti. Ego ni kita sendiri la, ego bekerja untuk id, apa yang id mahu, ego cuba untuk memuaskan nafsu id ni. Contohnya, bagi orang yang lapar tapi xda duit, habuk pun xda, macam orang2 di jalanan 2.. Id mula la berbisik ditelinga ego supaya mencuri ka, meragut ka, merompak ka... dan sebagainya untuk penuhi nafsu makan id. Asyik bagi contoh makanan ja,, contoh lain la kan, sebenarnya ego nie xnak tengok benda2 yang xsenonoh tapi disebabkan pengaruh atau keinginan id yang sangat kuat ego tepaksa mengalah...tengok juga benda yang xsenonoh.
1 lg character dalam diri kita, bukan dalam diri siti (3DSITI) ya... ialah superego iaitu aspek kepribadian yang menampung semua sifat moral dan cita-cita yang kita peroleh dari kedua ibubapa dan masyarakat.
Superego bertindak memberikan pedoman untuk membuat penilaian. Superego pegang watak baik dalam diri kita macam watak yang dimainkan oleh ashraf muslim sebagai ustaz amirul.. haha...superego nie macam tok iman la. Superego terpaksa bersaing dengan id yang mengada2 2.. Sebagai contoh, kalau id tadi mendesak supaya ego melihat benda2 yang xsenonoh superego pulak mendesak supaya tidak melakukan perkara yang sedemikian....
Jadi, timbul la konflik antara id ego dan superego, masing2 bersaing antara satu sama lain. Semuanya bergantung kepada ego iaitu kita sendiri untuk memilih yang mana yang dapat memberi manfaat atau kepuasan dalam diri, kalau ego kuat kita xkan layan kehendak id...kalau ego xkuat ego akan termakan desakan id. Tapi kebanyakannya dimenangi oleh ID..
SEBUAH CERITA MENGENAI ID, EGO DAN SUPEREGO .
Pukul 9: 00 MALAM,BERTEMPAT DI kolej
EGO: Ha... esok lecture akan ajar tajuk personaliti, baik aku baca kalau tidak kosong dalam kepala, xfahala lecture mengajar nanti.
ID: Huh, buat apa baca bukan terus faham pon, paling tidak sejam je melekat kat kepala otak.
SUPEREGO: kalau aku baca sebelum lecture 2 mengajar sekurang2nya aku dah faham apa 2 personaliti.
Baik AKU BACA.
Si ego nie baca la sedikit sebanyak tajuk personaliti 2, 15 minit kemudian muncul pula ID.
ID: adoi.. bosannya baca buku ni... aku nak buat apa eh?? oo... facebook, dah lama aku xonline facebook...
EGO: ok jugak facebook, xlah rasa bosan...
SUPEREGO: Apa kena dengan aku ni.. Nanti kalau aku xbaca buku nanti aku jugak yang rugi...
ID: huh... xpa la... aku baca lain kali la buku.. esok pon boleh..banyak masa lagi..
SUPEREGO: Banyak masa apa exam bulan 3, ni dah pertengan bulan 2... xlama lagi..
EGO: xpa la, aku baca esok buku. ( Ego ambil keputusan)
Akhirnya, ego memutuskan untuk berfacebook. Ego memenuhi kehendak id, suka la id... superego xdapat nak bantu sebab nafsu ego terlalu kuat. kebanyakannya kejadian ini berlaku pada student2 yang sedang belajar.
untuk maklumat lanjut berkenaan id,ego n superego just taip kat uncle google...hehe
Tontonlah video berkenaan id,ego dan superego ini..
No comments:
Post a Comment