Kebanyakan kita dengar dalam sebuah pertunangan ni banyak DUGAAN, jarang sekali kita dengan orang bincang tentang yang satu lagi ni iaitu PETUNJUK. Tidak perlu dijelaskan lagi, semua orang tahu pertunangan adalah fasa yang mana kita mengenali pasangan masing-masing. Kenapa fasa kenalan sedangkan sebelumnya kita dah kenal? Ada yang bertahun-tahun kenal sebelum bertunang?. Ok, berdasarkan apa yang aku alami sendiri, dalam pertunangan ni sebenanrnya apa yang korang tak tahu, Allah ada bagi pentunjuk atau hint kat kita sama ada kita perlu meneruskan sehingga ke perkawinan atau tidak, sebab tu islam anjurkan pertunangan untuk memberi sedikit waktu untuk kita bersedia menerima baik kurangnya pasangan kita, mampu atau tidak mampu kita untuk hadap kelemahan dan kekurangan pasangan kita, tiada siapa yang sempurna di muka bumi ini.
Tapi seeloknya sembunyikanlah pertunangan sebab belum tentu jodoh kita. Misalnya, dalam fasa pertunangan tetiba tunang kita menjadi kasar dan baran, adakah itu dugaan waktu bertunang? TIDAK.. itulah petunjuk Allah, dalam fasa ni Allah tunjukkan dekat kau, walaupon sebelum ni kau bercinta bertahun-tahun dia tak macam tu, jika kau nak juga berkawin dengan dia sebab dah lama bercinta, jadi kau kena bersedialah di masa akan datang, kau kena lali dengan baran dia. Satu lagi kisah yang terjadi dekat adik lelaki aku sendiri, dalam bertunang sempat tunang dia keluar dengan lelaki lain, alasannya merajuk adik aku lambat tentukan tarikh nikah, yelah dia lelaki kena kumpul2 duit dulu, bila dah stabil baru dia nak kawin. Bila tunang kita boleh keluar dengan orang lain, tak mungkin suatu hari dia buat perkara yang sama. Itulah petunjuk Tuhan, tapi kita sendiri yang pilih sama ada nak teruskan atau tidak.
Satu lagi orang kata, kalau ada lebih daripada 2 orang yang tidak merestui hubungan kita dengan pasangan, minta jangan diteruskan, kemungkinan itu juga petunjuk Tuhan, cuma kita ja tak nampak sebab hati dah sayang. Sebenarnya kita boleh rasa sendiri sama ada hati kita tenang ke tak, dan jangan lupa waktu inilah yang paling penting, istikarah jangan tinggal.
Berbeza pula dengan aku, seperti yang aku ceritakan dalam post sebelum ini aku terkemalangan bertunang. haha..macam mana tu? Buat2 faham la ya. Jadi, apa yang selalu kita dengar orang kata CINTA BOLEH TUMBUH SELEPAS NIKAH, dulu aku pon berfikir begitu tetapi aku tak boleh tipu diri sendiri, Tarikh menikah ditetapkan setahun selepas tunang, dalam beberapa bulan tu, cinta aku langsung tak muncul, suka pon tidak, bukan kurangnya dia, dia baik ja, keluarga baik-baik, takde perangai, tapi tak semestinya orang baik ni jodoh kita. Taklah bukan aku kata jodoh aku orang jahat, cuma nak kata cinta tu tak boleh dipaksa, walaupon mak aku sendiri paksa. Aku pikir panjang juga, kalau nikah tanpa cinta kita takkan bahagia walaupon kita gembirakan banyak orang, nanti dia juga yang sakit hati, yelah kalau takde cinta aku tak yakin dapat tunaikan tanggungjawab aku sebagai isteri dengan sempurna, sebenarnya banyak wanita di luar sana yang nikah tanpa cinta, mereka tak bahagia, mereka tetap teruskan sebab anak, yelah dah ada anak takkan nak berpisah. Orang kata nikah ni ibadah, aku takut tak jadi ibadah dah kalau aku nikah tanpa cinta, nanti aku dok dengan kepuraan, tak ikhlas, kita sepatutnya sekurang-kurangnya dah ada rasa suka sebelum kita nikah. Dalam 4 bulan bertunang tak silap, aku putuskan tali pertunangan. Maafkan aku tak dapat nak bahagiakan orang. Aku pon dah meminta maaf dan memulangkan cincin dekat mak ayah dia. Aku pulangkan dengan cara baik. Aku minta maaf dengan mak pak dia atas keputusan aku buat.
Apa yang nak aku simpulkan disini, tak semua fasa pertunangan kita diberi dugaan, kadang diberi petunjuk, walaubagaimanapun, jangan tinggal istikarah untuk membuat keputusan ya memang tak dinafikan kadang syaitonnirrajin juga memainkan peranan. Jangan nikah tanpa cinta, sekurang-kurangnya kau ada rasa suka kat dia dan rela menikah bukan berpura-pura, nanti esok-esj kasihan anak kau, nampak ibu ayah tak mesra.
No comments:
Post a Comment