Jul 14, 2013

Siapa Sahabat, Kawan dan Teman??




Memang Sahabat, Kawan dan Teman mempunyai maksud yang sama tapi ia berbeza dari segi hubungan atau sesuatu ikatan...

Kita semua ada Sahabat, Kawan dan Teman bukan?

kejap..jangan pening2.. kita teliti dulu apakah yang membezakan ketiga3 perkataan ni sedangkan bila didengar ia kelihatan sama sahaja, tak ada bezanya.. Sumber daripada uncle google mengatakan bahawa:

Kawan merupakan seseorang yang boleh didapati di mana-mana sahaja. Dari segi hubungan ia tidaklah seteguh sahabat dan teman, seseorang yang boleh berkongsi perkara seperti hobi, minat, perasaan dan sebagainya. Kawan boleh datang dan pergi dalam hidup kita dengan sekelip mata sahaja. Kawan boleh dikatakan sebagai penyeri hidup kita.

Teman merupakan seseorang yang mempunyai hubungan rapat dengan kita, seseorang yang boleh berkongsi  masalah, pandangan, suka dan duka kita. Dari segi hubungan teman makin menghampiri maksud sahabat. 

Sahabat merupakan seseorang yang mempunyai hubungan yang terlalu rapat dengan kita. Seseorang yang mempercayai kita dan boleh berkongsi masalah sampai ke lubang cacing. Sahabat biasanya akan setia dengan kita dan sanggup berkorban demi kita. Sahabat dijadikan sebagai motivasi

Aku mempunyai ramai kawan...kawan aku ada dimana2 sahaja.. ia tidak dapat dihitung kerana jumlahnya yang terlalu banyak.. Aku mempunyai sedikit teman...ia boleh dihitung cukup dengan jari tanganku sahaja... Tetapi sahabat hanya satu dalam seribu... Dimanakah sahabat2ku? Aku mencari sahabat, bukan kawan... Sehingga sekarang belum aku temui.. Tetapi aku tetap bersyukur dikurniakan kawan2 dan teman-teman..ia penyeri hidupku.. walaupon tidak selalu bersama suka dan dukaku... kerana aku tahu inilah lumrah...



2 comments:

依之汉 said...

Hukum karma. Ramai yang berkata tentang itu. Buat baik dibalas baik, buat jahat janga sekali.

Namun, saya percaya sunnatullah. Apa yang kita berikan, itulah yang kita dapat. Apa yang kita niatkan, itulah yang kita dapat.

Lalu, apabila bersahabat, seboleh mungkin saya letakkan niat kerana Allah Taala yang teratas. Jadi apabila hubungan tidak rasa akan ke mana, hanya Allah tahu di mana ia kan pergi jua.

p/s: just my dua posen opinion. Uhuks.

farazura said...

yes.. hanya Allah tahu..

TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...