MIGRAINE DATANG LAGI!
Keyakinan diri untuk menjawab exam esok semakin
lenyap dan pudar..
Migraine datang kembali
menyelubungi hidup aku.. pagi tadi bila cahaya matahari memancar ke arahku
terasa seperti kejutan elektrik dikepalaku… pagi tadi juga waktu makan..tekak
terasa loya.. makanan tidak sempat untuk aku habiskan..sebab aku takut bila aku
memaksa diri untuk makan dan terus makan..nanti termuntah depan kawa-kawan aku, menggegar la di meja tu sekejap..haha
Ia mungkin berpunca daripada tidurku yang tidak
pernah teratur semenjak setiap kali bermulanya semester baru.. dan stress juga
sentiasa menghampiriku biarpun aku tidak pernah sama sekali terdetik pon ingin
bersama stress.. aku juga makan tak teratur, perutku ini terlalu cerewet dan sangat memilih apabila berdepan dengan makanan.. Disini amat susah untuk aku jumpa
dengan makanan yang aku idamkan tidak seperti di kampung.. cakap apa sahaja
mau makan, depan mata..toint2 timbul.. arhgg..
Kepala ni sekejap
berdenyut, sekejap tidak.. amat susah untuk aku study.. tapi tidak mengapa
mungkin ini ujian dari Tuhan.. Migraine ni akan hilang sebaik sahaja aku mula bergerak
menyelesaikan masalah ini..
Comments