Mar 19, 2013

RESULT STPM???





Assalamualaikum pembaca tersayang…

Siapa yang ambik result STPM ni?? hehe.. memang aku ambil tapi pada tahun 2010 bukan 2013..
Bila dengar tentang result STPM aku teringat peristiwa yang terjadi pada aku semasa menduduki peperiksaan STPM dulu.. Serius…kisah ni aku rasa,mungkin terjadi kepada aku sorang ja.. kisahnya begini..

Pada suatu hari, tetiba mak dan ayah aku menghadapi pergolakan dan konflik antara satu sama lain. Pada masa yang sama aku sedang menduduki peperiksaan STPM.. jadi untuk lulus dalam STPM kita haruslah membaca dan mengulangkaji pelajaran.. tapi jangan study last minute macam aku ya.. Mengikut jadual belajar aku, waktu petang pukul 3 adalah waktu untuk aku belajar.. tetapi sebab wujudnya perang antara mak dan abah aku.. aku terpaksa tangguhkan waktu belajarku ke sebelah malam.. mengikut jadual, pada waktu malam pula pukul 9 aku akan mula belajar dan mengulangkaji tetapi perang antara kedua belah pihak masih lagi tidak berhenti.. jadi, untuk kali kedua aku menangguhkan waktu belajarku pada pukul 12 tengah malam, pada waktu itu semua penghuni yang menginap dirumahku sudah nyenyak dibuai mimpi indah.. hanya aku bertemankan meja bulat dan kerusi..

Detik jam 12 malam aku membaca untuk dijadikan bekalan menghadapi  paper BM keesokan harinya.. paper BM pon nak study ka?? Hehe.. tidak..sebenarnya, aku study subjek sejarah waktu tu.. untuk manage jadual yang dah ditetapkan oleh aku sebelum ni.. aku mesti kena ikut juga..
Jam 3 pagi, baru aku berhenti study kemudian sterika baju, basuh muka siapkan senjata exam sampailah pukul 4 baru aku tido.. tidoku sungguh berkualiti sehingga keesokan hari aku terjaga jam 9…. Hah????? Exam aku jam 8 pagi…

Bergegas ke bilik dan kejut mak aku.. “ mak…bangun.. tolong hantar orang g sekolah, orang dah lewat mak.. dah jam 9, exam jam 8…” sambil menangis…

Lepas tu aku terus ke bilik air, aku hanya sempat membasuh muka sahaja… hah??? Tak mandi, tak gosok gigi??

Ye… masa tu aku nak cepat sangat.. 9.10 dah siap.. mak aku hantar dengan kereta.. ya Allah.. kenapa aku tak sedar, ni mesti kes tido lewat..  aku dah set alarm kat telepon tapi tak bunyi pom…

Sampai ja exam hall..semua orang tengok aku, aku rasa masa tu aku macam artis la pulak dok tengok2 sedemikian rupa.. jumpa cikgu.. “ hah…fara kenapa lewat ni????” tanya cikgu..

“ saya bangun lewat cikgu”

Cikgu menggeleng kepala..

Aku terus duduk kat kerusi aku pastu datang pengawas exam, semua memandang ke arahku..


“kenapa lewat ni? adik tak diberi masa tambahan ye” kata pengawas tu.

“Ok2, saya tau..”

Jam 9.30 baru aku mula menjawab.. jadi aku hilang sejam setengah masaku untuk menjawab paper BM2.. Hui..dahlah karangan, banyak bahagian..

Masa tu aku ingat aku tak sempat jawab semua.. tapi dengan kuasa Allah, aku dapat juga jawab semua soalan dalam masa sejam setengah.. masa sebenar paper tu selama 3 jam.. Tak sempat buat kerangka soalan, masuk2 terus menulis, tak silap aku tajuk karangan langkah2 mewujudkan perpaduan kaum..

Ya Allah..tuhan sedang menguji aku masa tu.. lepas habis paper tu.. aku balik, masuk bilik menangis… sebab syarat masuk U wajib lulus BM.. masa tu aku fikir paper BM2 aku fail..
Lepas dah merdeka.. aku takut sangat nak tengok result STPM..

Bila tibanya tarikh untuk ambil result, aku dah menangis dalam bilik.. tu belum g ambik lagi..
Pastu aku g la ambil bersama2 dengan kawan2.. Tengok angka giliran nama dah betul..pelan2 aku buka slip exam tu.. Lega hati aku.. BM aku dapat B+.. result aku Alhamdulillah..sangat bersyukur kepada Allah sehingga sekarang.. aku tengok paper yang aku accident hari tu.. BM2 dapat B+… 

Sekarang aku dah fobia… aku rasa bimbang sangat bila tiba time exam.. aku selalu berjaga2 di waktu tido..takut kejadian itu diulangi lagi..

Adik-adik jangan jadi macam akak ya..hehe
kepada adik2 saya yang berjaya dapat keputusan yang cemerlang tahniah.. dan kepada sesiapa yang tidak berjaya usah sedih dan berputus asa.. teruskan lagi perjuangan anda...

*Nampaknya panjang benar aku membebel..dah la meleret..haha.

2 comments:

Anonymous said...

Klau bm fail xdpt msuk u ke?

LiLi Sia said...

F4n583771nG | Ayo Joint.... ditunggu ya :)

TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...