Assalamualaikum…pembaca
tersayang.. internet yang slow begini agak sadis untuk aku berblog mahupon
berblogwalking but aku ni seorang yang degil dan tidak mudah putus asa
berblogwalking jugak dalam keadaan internet yang slow macam siput
Barbie..hehe.. mula2 aku akan lawat blog yang tinggal link diorang kat chatbox
aku tu, baca2 ada jugak blogger yang minta izin nak tumbuk tuan punye blog
ni…haha.. maaf la kalu ambe ada buat kesilapan kepada deme..tiada niat
langsung..
Alang2 aku dah mengadap laptop, baik aku mengupdate blog
lagipon aku rindu giler kat blog aku ni..haha..
Ok, point hari ni
perbezaan antara blog lelaki dan blog wanita.
1. Cara berblog?
Blog lelaki selalunya
derect to the point, blog perempuan pula indirect malah yang ada meleret-leret.
Kalau aku baca blog lelaki misalnya entry dia pasal macam mana nak jadi
handsem, selalunya mereka terus kepada point2 berkenaan tajuk. Kalau blog
perempuan pulak mukadimah kemain panjang sempat lagi citer “ tadi balik dari
kelas singgah kat kedai kak kedai kasut sekejap, pastu tetiba kawan datang,
bila nak balik rumah ada pulak jiran sebelah tegur, pastu jumpa dengan kak peah
tepi jalan borak2 kejap, balik rumah kena bebel dengan mak, masuk bilik jumpa
kucing senang lenang tido atas katil” contoh la.haha..xde niat nak perli sape2…
pastu barulah ada point2nya.. Memang la blog lelaki pon ada jugak indirect tapi
tak banyak..kalau yang indirect tu nampak pelik la pulak..
2. Warna blog?
Kalau blog lelaki takde
warna lain, hitam dan putih kalau tak pon biru.haha.. Kalau perempuan mesti
pink.. sepanjang aku berblog kebanyakannya blog warna pink aku jumpa.. jarang
sangat warna ungu, kuning, warna oren macam aku ni..hoho.. Pink kan comel..hehe.
3. Entry?
Apakah tajuk entry yang
selalu blogger perempuan dan lelaki postkan? Bila aku singgah blog perempuan
mesti aku jumpa entry yang berkaitan cinta, make up, fesyen..dan banyak lagi
yang berkaitan sosial hehe.. kalau
blogger lelaki lebih banyak dengan entry berkaitan teknologi, sukan, aktiviti2,
ekonomi, politik.. Tapi tajuk entry
sebenarnya depand pada orang tu macam mana.. Tapi ingat cara berblog juga salah
satu cara nak kenal orang tu macam mana..jadi berhati2 la apabila mengutarakan
idea atau melepaskan perasaan dalam blog.. *pesanan sesame kita…
2 comments:
setuju 101%
trima ksh
Post a Comment