Assalamualaikum...pembaca tersayang…
Ok, hari ni aku nak
share sedikit tips2 atau cara-cara bagaimana untuk menjadi orang yang disukai
yang pernah aku baca dalam buku seni bercakap-cakap dan berbual-bual. Sebenarnya,
cara untuk buat orang suka kat kita ni boleh buat dalam pelbagai cara
berdasarkan aspek-aspek tertentu. Tapi kali ni aku nak share bagaimana nak jadi
orang yang disukai melalui aspek gaya komunikasi kita ataupun cara kita
berinteraksi dengan orang di sekeliling kita. Cara-caranya ialah:
- 1. Kita mesti suka menolong orang lain.
Manusia
ni dia suka kepada seseorang yang suka menolong orang. Orang yang pernah
menerima pertolongan dari kita akan suka kepada kita. Pakar psikologi kata
orang yang pernah menerima pertolongan mudah terpengaruh dengan pandangan,
kata-kata dan nasihat orang yang menolong mereka.
- 2. Jadilah orang yang jujur, ikhlas dan berhati baik.
Jadikan
sifat mulia ni dalam percakapan dan perbualan kita. Bagi menggambarkan kita ni
seorang yang baik, jangan suka bercakap perkara yang negatif. Kalau kita nak
bercakap, bercakaplah perkara yang baik sahaja. Tapi ingat, jangan sesekali
bersandiwara atau berpura2 sebab sekali orang tahu kita hanya berpura2 baik
sampai mati orang akan benci kepada kita.
- 3. Ada orang sangat pandai bercakap dan petah bercakap sehingga melakukan kesilapan “banyak cakap’.
Sifat
ini membuatkan orang-orang yang mendengar tidak suka perangai ni. ha.. ingat
baik-baik ya tuan-tuan dan puan-puan. Kadang2 kita tak sedar yang kita ni
terlampau banyak cakap sehingga orang lain tidak diberi peluang untuk bercakap.
Kita sepatutnya cuba belajar banyakkan mendengar daripada bercakap. Biar orang
yang nak kita pikat hatinya itu yang dapat banyak peluang bercakap. Biar dia
puas bercakap…chewah… sifat manusia tu suka mendengar suaranya sendiri. Jadi
manusia akan suka kepada orang yang membenarkan dia mendengar suaranya sendiri.
- 4. Jadikan diri kita seorang yang pandai menarik minat orang itu apabila kita bercakap kepadanya.
Manusia
sentiasa menghargai kata-kata pujian. Jadi kita belajarlah teknik yang betul
memberi pujian. Manusia mudah terpengaruh dengan kata2 orang yang pandai
memberi pengiktirafan dan penghargaan kepadanya. Orang yang pernah menerima
pengiktirafan,pujian dan penghargaan
daripada kita akan bersikap lebih terbuka kepada pendapat kita. Mereka tak suka
orang yang banyak mengkritik dan menegur walaupun niat kita baik. Jadi sekali
sekala puji la orang di sekeliling kamu tu ye, tapi ingat ia mesti berbunyi
kata-kata puji bukan kata-kata perli.
- 5. Gunakan bahasa positif dan koperatif semasa berbual.
Maksud gaya positif
ialah tidak menggunakan kata2 negatif manakala gaya koperatif pula bermakna
kita tidak tunjuk kita seorang yang pandai dengan cara membuktikan orang lain
bodoh, salah atau tidak betul. Ingat ya tuan-tuan dan puan-puan jangan sesekali
bercakap bertentangan dengan kedua2 gaya bahasa ini ya. Sebab orang yang pernah
kita buktikan bodoh, salah dan silap tidak akan menyukai kita. Orang yang
bijaksana menggunakan cara2 yang lembut dan sopan untuk membuktikan mereka tu
betul.
- 6. Apabila berbual jangan tunjukkan kita berminat dengan diri sendiri.
Bila kita lihat, ramai
orang yang suka bercakap “ saya…saya…saya..” daripada mula sehingga habis. ia
sangat membosankan orang yang mendengar tapi lainlah kalau pendengar tu sendiri
yang suruh bercakap pasal orang tu ja. Jadi apa yang perlu kita buat ialah
berjimat cermat apabila menggunakan perkataan saya. Manusia memang minat dgn
diri mereka sendiri. Mereka ingat cerita mereka paling menarik diperdengar
kepada orang lain. Jadi, demi menjadi orang yang disukai oleh orang lain,
jangan banyak cerita mengenai diri kita. Sebaliknya, galakkan orang lain
bercerita mengenai diri mereka. Tapi boring jugak kan kalau kita dengar dia ja cerita pasal dia.. jadi kita perlukan
seimbangkan.. lepas kau cakap, aku pulak cakap..gitu..
- 7. Bila berbual, gambarkan kita banyak bersetuju dengan sikap orang tu.
Sebabnya manusia
mudah suka kepada manusia lain yang
setuju dengan mereka dan tunjukkan juga kita menghargai idea-ideanya. Dengan
ini, estim dirinya akan naik. Manusia suka kepada manusia lain yang menaikkan
estim dirinya.
- 8. Tunjukkan kita seorang yang positif.
Jadi , janganlah kita
asyik merungut ja kerja. Jangan kita bercakap tentang perkara yang kita xsuka.
Jangan sesekali mengata orang. Jangan sekali-kali mengata orang. Jangan mencari
salah orang dan jangan suka kritik orang. Itu membuktikan otak kita penuh
dengan perkara negatif. Kalau depan orang yang cuba kita pikat, jangan buat
macam tu yer.. Kajian menunjukkan bahawa manusia tertarik kepada orang2 yangpositif.
- 9. Ucapkan kata-kata yang membuatkan orang itu seronok.
Tunjukkan kita seronok
mendengar perbualannya dengan cara gigih mendengar dia bercakap. Apabila dia
berlawak kita sambutlah dengan ketawa. Jangan menyampuk dan menyambung
ayat-ayatnya. Dan jangan tengok kea rah lain. Dengan itu, keperluan
jiwanya akan terisi. Manusia suka kpd
manusia lain yang pandai mengisi keperluan jiwanya.
Ok..selamat mencuba
tuan-tuan dan puan-puan..hehe..
8 comments:
tips yg bagus..
betul tu...
semua tu mampu buat org selesa ngan kita..
td fiq tgk profil tu, mmg suka menyanyi ker? sama lah..huhuhuh :)
ye..mmg suka nyanyi...haha..
alhamdulillah.. best article ni.. boleh dpraktikan ni hahaa.. best3 terimakasih farazura (^.^)
seronok la baca article ni..
boleh diamalkan dalam kehidupan..
org akan jadi suka pada kita..
tq farazura :-)
Sama2
Ya,sama sama. Mari kita sama2 memanfaatkannya
Thank you very much for sharing information that will be much helpful for making coursework my effective.
F4n583771nG | Ayo Joint.... ditunggu ya :)
Post a Comment