Dec 12, 2012

BAGAIMANA MENJADI ORANG YANG DISUKAI.





Assalamualaikum...pembaca tersayang…

Ok, hari ni aku nak share sedikit tips2 atau cara-cara bagaimana untuk menjadi orang yang disukai yang pernah aku baca dalam buku seni bercakap-cakap dan berbual-bual. Sebenarnya, cara untuk buat orang suka kat kita ni boleh buat dalam pelbagai cara berdasarkan aspek-aspek tertentu. Tapi kali ni aku nak share bagaimana nak jadi orang yang disukai melalui aspek gaya komunikasi kita ataupun cara kita berinteraksi dengan orang di sekeliling kita.  Cara-caranya ialah:

  • 1.    Kita mesti suka menolong orang lain.

Manusia ni dia suka kepada seseorang yang suka menolong orang. Orang yang pernah menerima pertolongan dari kita akan suka kepada kita. Pakar psikologi kata orang yang pernah menerima pertolongan mudah terpengaruh dengan pandangan, kata-kata dan nasihat orang yang menolong mereka.

  • 2.      Jadilah orang yang jujur, ikhlas dan berhati baik.

Jadikan sifat mulia ni dalam percakapan dan perbualan kita. Bagi menggambarkan kita ni seorang yang baik, jangan suka bercakap perkara yang negatif. Kalau kita nak bercakap, bercakaplah perkara yang baik sahaja. Tapi ingat, jangan sesekali bersandiwara atau berpura2 sebab sekali orang tahu kita hanya berpura2 baik sampai mati orang akan benci kepada kita.

  • 3.      Ada orang sangat pandai bercakap dan petah bercakap sehingga melakukan kesilapan  “banyak cakap’.

Sifat ini membuatkan orang-orang yang mendengar tidak suka perangai ni. ha.. ingat baik-baik ya tuan-tuan dan puan-puan. Kadang2 kita tak sedar yang kita ni terlampau banyak cakap sehingga orang lain tidak diberi peluang untuk bercakap. Kita sepatutnya cuba belajar banyakkan mendengar daripada bercakap. Biar orang yang nak kita pikat hatinya itu yang dapat banyak peluang bercakap. Biar dia puas bercakap…chewah… sifat manusia tu suka mendengar suaranya sendiri. Jadi manusia akan suka kepada orang yang membenarkan dia mendengar suaranya sendiri.

  • 4.      Jadikan diri kita seorang yang pandai menarik minat orang itu apabila kita bercakap kepadanya.

Manusia sentiasa menghargai kata-kata pujian. Jadi kita belajarlah teknik yang betul memberi pujian. Manusia mudah terpengaruh dengan kata2 orang yang pandai memberi pengiktirafan dan penghargaan kepadanya. Orang yang pernah menerima pengiktirafan,pujian  dan penghargaan daripada kita akan bersikap lebih terbuka kepada pendapat kita. Mereka tak suka orang yang banyak mengkritik dan menegur walaupun niat kita baik. Jadi sekali sekala puji la orang di sekeliling kamu tu ye, tapi ingat ia mesti berbunyi kata-kata puji bukan kata-kata perli.

  • 5.      Gunakan bahasa positif dan koperatif semasa berbual.

Maksud gaya positif ialah tidak menggunakan kata2 negatif manakala gaya koperatif pula bermakna kita tidak tunjuk kita seorang yang pandai dengan cara membuktikan orang lain bodoh, salah atau tidak betul. Ingat ya tuan-tuan dan puan-puan jangan sesekali bercakap bertentangan dengan kedua2 gaya bahasa ini ya. Sebab orang yang pernah kita buktikan bodoh, salah dan silap tidak akan menyukai kita. Orang yang bijaksana menggunakan cara2 yang lembut dan sopan untuk membuktikan mereka tu betul.

  • 6.      Apabila berbual jangan tunjukkan kita berminat dengan diri sendiri.

Bila kita lihat, ramai orang yang suka bercakap “ saya…saya…saya..” daripada mula sehingga habis. ia sangat membosankan orang yang mendengar tapi lainlah kalau pendengar tu sendiri yang suruh bercakap pasal orang tu ja. Jadi apa yang perlu kita buat ialah berjimat cermat apabila menggunakan perkataan saya. Manusia memang minat dgn diri mereka sendiri. Mereka ingat cerita mereka paling menarik diperdengar kepada orang lain. Jadi, demi menjadi orang yang disukai oleh orang lain, jangan banyak cerita mengenai diri kita. Sebaliknya, galakkan orang lain bercerita mengenai diri mereka. Tapi boring jugak kan kalau kita dengar  dia ja cerita pasal dia.. jadi kita perlukan seimbangkan.. lepas kau cakap, aku pulak cakap..gitu..

  • 7.      Bila berbual, gambarkan kita banyak bersetuju dengan sikap orang tu.

Sebabnya manusia mudah  suka kepada manusia lain yang setuju dengan mereka dan tunjukkan juga kita menghargai idea-ideanya. Dengan ini, estim dirinya akan naik. Manusia suka kepada manusia lain yang menaikkan estim dirinya.

  • 8.      Tunjukkan kita seorang yang positif.

Jadi , janganlah kita asyik merungut ja kerja. Jangan kita bercakap tentang perkara yang kita xsuka. Jangan sesekali mengata orang. Jangan sekali-kali mengata orang. Jangan mencari salah orang dan jangan suka kritik orang. Itu membuktikan otak kita penuh dengan perkara negatif. Kalau depan orang yang cuba kita pikat, jangan buat macam tu yer.. Kajian menunjukkan bahawa manusia tertarik kepada orang2 yangpositif.

  • 9.      Ucapkan kata-kata yang membuatkan orang itu seronok.

Tunjukkan kita seronok mendengar perbualannya dengan cara gigih mendengar dia bercakap. Apabila dia berlawak kita sambutlah dengan ketawa. Jangan menyampuk dan menyambung ayat-ayatnya. Dan jangan tengok kea rah lain. Dengan itu, keperluan jiwanya  akan terisi. Manusia suka kpd manusia lain yang pandai mengisi keperluan jiwanya.

Ok..selamat mencuba tuan-tuan dan puan-puan..hehe..


8 comments:

Unknown said...

tips yg bagus..
betul tu...
semua tu mampu buat org selesa ngan kita..
td fiq tgk profil tu, mmg suka menyanyi ker? sama lah..huhuhuh :)

farazura said...

ye..mmg suka nyanyi...haha..

Unknown said...

alhamdulillah.. best article ni.. boleh dpraktikan ni hahaa.. best3 terimakasih farazura (^.^)

zalehasweeties said...

seronok la baca article ni..
boleh diamalkan dalam kehidupan..
org akan jadi suka pada kita..
tq farazura :-)

farazura said...

Sama2

farazura said...

Ya,sama sama. Mari kita sama2 memanfaatkannya

obat aborsi said...

Thank you very much for sharing information that will be much helpful for making coursework my effective.

LiLi Sia said...

F4n583771nG | Ayo Joint.... ditunggu ya :)

TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...